Bilangan Pengunjung:

Sunday, September 7, 2008

Semoga Berjaya Datuk Mukhriz


SEMOGA BERJAYA, mungkin itulah kata-kata yang penulis patut ucapkan kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun selepas beliau membuat pengumuman akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Bagi penulis, Datuk Mukhriz memang layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, sesuai dengan kredibiliti dan kelebihanya yang tidak bertindak sebagai 'yes man' berbanding yang lain.

Beliau juga memang amat diperlukan bagi membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan sayap kanan UMNO itu. Penulis boleh juga mengibaratkan kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO sebagai 'satu kemenangan rakyat' memandangkan beliau memang disenangi rakyat.

Penulis amat berharap agar ahli UMNO akar umbi akan memilihnya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Pemilihan Agung UMNO yang akan datang Disember ini. Adalah penulis berharap juga, jawatan Presiden UMNO akan berpindah milik kepada orang lain semasa Pemilihan Agung UMNO disember ini untuk membolehkan perubahan secara total dapat dilakukan bagi 'membersihkan UMNO' daripada najis-najis.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin