Bilangan Pengunjung:

Sunday, September 20, 2015

Ada Apa Dengan Parti Amanah Negara (PAN)?

Ada Apa Dengan Parti Amanah Negara (PAN)?
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini Parti Amanah Negara telah dilancarkan di Malaysia. Penubuhan parti ini dimulakan dengan pengambil alihan Parti Pekerja Malaysia oleh Mat Sabu kemudian ia dijenamakan semula menjadi Parti Amanah Negara. Mat Sabu merupakan Presiden Parti Amanah Negara.

Disamping di dalam PAS berlaku penghijrahan besar-besaran yang kebanyakkan menyertai Parti Amanah Negara dan sebilangan kecil menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Begitulah nasib yang perlu diterima PAS akibat perbuatanya sendiri.

Sebelum ini penulis telah beberapa kali mengingati PAS berkenaan wujudnya parasit dalam PAS, namun pada waktu itu PAS seolah-olah pandang sebelah mata dalam hal ini. Paling menyakitkan hati penulis ada yang mendakwa bahawa dakwaan seumpama itu sebelum ini hanyalah bertujuan untuk memporak-perandakan PAS. Akhirnya kali ini terjawaplah siapa yang ingin memporak-perandakan PAS. 

Parasit-parasit menyusup masuk ke dalam PAS untuk memudahkan mereka bertapak dalam arena politik. Mereka masuk dan kemudian keluar membawa penyokong-penyokong walhal sebelum ini mereka diluar PAS tapi masuk PAS untuk ambil penyokong untuk memudahkan cita-cita politik mereka. 

Kerana menerima mereka memasuki PAS tak lama dahulu, kini mereka telah memberi kerugian besar terhadap PAS. Nasihat penulis kepada PAS usahlah ditanggisi pemergian mereka kerana bukan PAS yang menumpang populariti mereka tetapi yang sebetulnya mereka yang menumpang populariti PAS.



Bayangkan kemasukkan mereka telah membuat ahli PAS berpecah-belah, di mana sebelum ini ahli PAS lah merupakan ahli yang paling setia dengan parti mereka. Mereka mengundi tidak mengira siapa asalkan PAS malah sekiranya diletakkan batu dan kayu mewakili PAS pun mereka tetap undi PAS.

Tapi segala-galanya telah berubah, kemasukkan golongan parasit ini ke dalam PAS benar-benar menghancurkan PAS. Mungkin Anwar Ibrahim gembira dengan keadaan ini memandangkan sebelum ini PAS memang berkeras untuk melaksanakan hudud dan sekiranya PAS lemah sudah tentu Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan untuk menghalang PAS daripada melaksanakan hudud.

Berbalik kita kepada Parti Ahli Neraka op silap Parti Amanah Negara, nampaknya mereka telah berjaya menghuru-harakan PAS di samping mereka meletakkan PAS di kedudukan yang paling lemah setelah ahli-ahli Parti Ahli Neraka op silap lagi Parti Amanah Negara berjaya merompak ahli-ahli PAS untuk menjadi ahli neraka, Alamak silap lagi ahli Parti Amanah Negara.

Sebenarnya ada kebaikkan juga penubuhan Parti Amanah Negara kepada PAS. Apakah kebaikkanya kepada PAS? sekurang-kurangnya parasit sudah tiada lagi di dalam PAS. Jadi mulai sekarang mereka perlu berusaha bagi memastikan selepas ini tiada lagi golongan parasit yang menyelinap masuk ke dalam PAS. 

Kesempatan ini penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Hj. Mat Sabu kerana berjaya menubuhkan Parti Ahli Neraka eh silap Parti Amanah Negara, dalam masa yang sama penulis ingin mendesak beliau mendedahkan daripada mana dana-dana yang beliau dapat untuk menubuhkan Amanah dan siapa yang jadi 'mastermind' di dalam pemberian dana tersebut. 

Mat Sabu perlu telus dengan mendedahkan secara terperinci maklumat-maklumat tersebut. Jangan ada satu pun disembunyikan sesuai dengan nama parti mereka Amanah jadi janganlah amanah pada perkataan sahaja.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin