Kemelesetan Ekonomi
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
KEMELESETAN ekonomi menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, penulis memilih tajuk ini ekoran daripada pada masa ini negara mengalami kemelesetan ekonomi. Percaya atau tidak kemelesetan ekonomi pada kali ini benar-benar menjejaskan pendapatan rakyat terutamanya rakyat yang mengusahakan perniagaan.
Tinjauan rambang penulis di beberapa tempat di Besut dan Kota Bharu apa yang penulis dapati memang perniagaan mereka benar-benar merosot. Malah ada yang pelangganya merosot hampir 50%, ekonomi kita pada masa ini memang benar-benar mendatangkan kerisauan terhadap keadaan ini. Dikhuatiri sekiranya kemelesetan ekonomi ini tidak dapat diatasi dengan segera tak mustahil peniaga-peniaga bumiputra akan gulung tikar.
"Bohong" itulah yang boleh penulis katakan pada mereka yang berkata kemelesetan ekonomi ini memang tidak menjejaskan mereka. Hampir semua peniaga yang penulis temui melahirkan rasa runsing dengan keadaan ekonomi sekarang dan mereka berharap kerajaan berbuat sesuatu dengan segera agar kebimbangan rakyat dapat diatasi segera.
Mungkin penulis boleh berkongsi mengenai sebuah kedai makan yang menjual nasi bungkus yang popular di Pasar Awam Kota Putra, Besut, Terengganu. Kedai ni juga dikenali dengan nama kedai Mak Nah Juta kalau dulu pelanggan tak putus-putus berkunjung ke kedai ini tetapi sekarang dalam sejam tu paling banyak boleh dapat 2 atau 3 Pelanggan.
Jelas sekali kemelesetan ekonomi negara kita pada kali ini memamg benar-benar membuatkan rakyat tidak senang duduk dengan keadaan ini. Bayangkan macamana mereka nak bayar sewa kedai, bil utiliti dan pinjaman TEKUN/AMANAH dalam keadaan ekonomi sekarang ini.
Kerajaan sebenarnya patut melipatgandakan usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara kita dengan kadar seberapa segera. Pada pandangan penulis DS Najib Razak perlu membuat pengorbanan besar dengan membuat pengunduran segera bagi memberikan laluan kepada penggantinya membuat revolusi ekonomi bagi meletakkan semula ekonomi negara di landasan asalnya kembali.
Datuk seri penulis percaya jika Datuk Seri membuat 'pengorbanan besar' ini rakyat akan ingat pengorbanan ini sampai bila-bila. Lagipun Datuk Seri dah lebih dua penggal menjadi PM berilah peluang kepada orang lain pula TS Muhyiddin misalnya nak tengok juga apa yang boleh dia buat untuk memajukan ekonomi negara.
Kesimpulan yang boleh penulis buat di sini ialah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelesetan ekonomi kita ialah dengan pengumuman perletakkan jawatan DS Najib Tun Razak, penulis percaya dengan pengumuman ini sedikit sebanyak mampu memulihkan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment