Bilangan Pengunjung:

Saturday, September 26, 2015

Andaikata UMNO dan PAS Bersatu

Andaikata UMNO dan PAS Bersatu
Oleh: yieMEGA

PADA hari Selasa selepas (22 September 2015) penulis telah membaca artikel blog, penulis politik Mohd Sayuti Omar yang merupakan pemilik kepada blog Merah Tinta MSO. Penulis tertarik dengan artikel blognya yang bertajuk "Apakah mesyuarat meja bulat buka ruang kepada PAS untuk bersama UMNO". 

Memang 'panas' bunyinya tajuk artikel tersebut. Memang daripada dulu penulis mahukan kedua-dua parti politik yang majoritinya Umat Melayu ni bersatu dan bergabung. Apabila Melayu ni bersatu sekurang-kurangnya musuh-musuh Melayu gerun untuk membuat perkara yang bukan-bukan. Sebelum kita pergi lebih jauh sila rujuk Perlembagaan Malaysia yang membuat tafsiran apa itu Melayu. Melayu menurut perlembagaan Malaysia ialah mereka yang Beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan sifat dan cara hidup Melayu.

Jadi ini bermakna kalau PAS dengan UMNO bergabung ini bermakna Umat Islam turut bersatu. Islam sememangnya menuntut umatnya bersatu terutamanya di dalam menghadapi musuh-musuh Islam atau lebih manis kalau kita gelarkan mereka "Kafir Harbi". Sememanya kafir harbi memang tidak mahu Umat Islam bersatu kerana sekiranya Islam tidak bersatu lagi mudahlah kerja mereka untuk menghancurkan Islam. 

Oleh yang demikian penulis berharap penyatuan UMNO dengan PAS ini menjadi kenyataan. Jangan hanya datang bersama angin dan berlalu begitu sahaja. Penulis berharap tiada yang menghalang usaha-usaha ke arah menyatukan PAS dan UMNO ini. Ingatlah Islam kuat Musuh Islam akan gerun.


Bersama-samalah kita merapatkan saf berjuang menentang musuh-musuh Islam terutamanya mereka yang di dalam kategori kafir harbi ini. Mungkin ada yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan kafir harbi ini sebenarnya ia bermaksud kafir yang kita perangi mereka (dengan mengikut ketentuan syarak) Mengapa kita memerangi mereka kerana mereka telah melanggar perjanjian dengan Muslimin sepertimana kaum Yahudi di Madinah. Jadi faham-faham sendiri siapa kafir harbi yang ada di Malaysia.

Semoga penyatuan PAS dengan UMNO menemui kejayaan demi survival Umat Islam di Malaysia. Akhirkalam Bersatulah Melayu Bersatulah Islam mari bersama-sama kita berjuang untuk memerangi kafir harbi. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin