Bilangan Pengunjung:

Wednesday, September 16, 2015

Sekitar Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) 16 September 2015

Sekitar Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) 16 September 2015

Oleh: yieMEGA

HARI ini 16 September 2015 berlangsunglah satu perhimpunan yang dikenali dengan nama Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali dengan nama "Himpunan Baju Merah". Adalah difahamkan perhimpunan ini diadakan adalah untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Pilihan Rakyat di samping mahu meluahkan kekecewaan mereka terhadap insiden pijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS sewaktu perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Sepertimana yang dilaporkan oleh KLXpress, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah lah jika benar tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Penulis mengucapkan tahniah kepada penganjur dan juga peserta perhimpunan kerana menjalankan perhimpunan mengikut etika dan tatatertib. 

Sebelum penulis terlupa, di kesempatan ini penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Penulis berharap sama-samalah kita memelihara keamanan yang kita kecapi selama ini agar ianya terus berkekalan untuk selama-lamanya. 

Penulis melihat mengenai Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung pada hari ini menunjukkan betapa kuatnya solidariti orang Melayu yang tidak mahu "Kerajaan Pilihan Rakyat" digulingkan. Selain itu sepanduk-sepanduk yang digunakan tidak bersifat perkauman dan malahan kebanyakkan sepanduk lebih ditujukan kepada DAP. 

Tak tahulah penulis kalau sepanduk yang menggunakan perkataan-perkataan merujuk kepada DAP dikira perkauman. Setahu penulis DAP sebelum ini telah mendakwa bahawa mereka parti pelbagai kaum dan bukanya mewakili kaum Cina jadi jika benar mereka tidak perlu sentap dengan keadaan ini. 

VIDEO SEKITAR PERHIMPUNAN RAKYAT BERSATU



No comments:

Blog Widget by LinkWithin