Bilangan Pengunjung:

Sunday, September 18, 2011

HARI MALAYSIA


HARI MALAYSIA
oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September merupakan detik bersejarah bagi negara kita Malaysia. Pada tarikh keramat itulah negara bernama Malaysia ditubuhkan, kini Hari Malaysia telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

16 September 2011 sekali lagi sejarah diukir apabila sambutan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak ini menjadikan sambutan Hari Malaysia lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lalu.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, dalam pada itu marilah kita bersama-sama bersatu untuk merealisasikan hasrat transformasi berjaya, rakyat sejahtera.
Penulis berharap sempena Hari Malaysia ini semua pemimpin-pemimpin tak kiralah daripada pihak kerajaan mahupun oposisi hendaklah bekerja dengan lebih keras lagi dan janganlah mereka kerja secara main-main lagi.

ISA DIMANSUHKAN

SEPERTIMANA yang anda semua tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat satu pengumuman yang boleh dikatakan berani iaitu mengenai pemansuhan undang-undang yang tidak disenangi oleh oposisi iaitu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mungkin pihak oposisi akan mendakwa perjuangan mereka selama ini telah berjaya apabila DS Najib mengisytiharkan demikian rupa, namun mereka silap kerana pemansuhan tersebut dibuat ialah lanjutan daripada program-program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini.

Pihak oposisi tidak boleh mendabik dada mengatakan perjuangan mereka selama ini berhasil kerana pemansuhan ini dibuat adalah sebahagian daripada plan transformasi Kerajaan Malaysia.

Bercakap mengenai pemansuhan ISA, penulis merasakan adalah lebih baik undang-undang baru yang digubal oleh kerajaan untuk menggantikan ISA hendaklah lebih baik daripada ISA. Penulis percaya sudah tentu PM sudah ada cara yang terbaik untuk menggubal undang-undang untuk menggantikan ISA.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin