Bilangan Pengunjung:

Sunday, October 2, 2011

Bila PAS nak buat Hudud...

Bila PAS nak buat Hudud...
Oleh: yieMEGA

BILA PAS nak buat Hudud menjadi tajuk pilihan artikel penulis pada kali ini. Sesuai lah juga dengan isu semasa sekarang ini apabila PAS sudah mula menayangkan kembali apa yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini dipendamkan sementara mungkin kerana mahu menjaga hati parti sekutu mereka bernama DAP.

Bila saja PAS menayangkan kembali perjuangan asal mereka untuk menegakkan undang-undang Hudud di negara bernama Malaysia ini, tiba-tiba sahaja DAP melatah. Sehingga menyebabkan perang mulut antara Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan orang kuat DAP iaitu Karpal Singh. Nik Aziz bertegas mahu menegakkan undang-undang Hudud manakala Karpal Singh pula bertegas mahu menegakkan undang-undang yang dilabel 'sekular' oleh Nik Aziz.

Penulis ingin bertanya dengan anda semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia, apa yang kita lihat apabila isu ini meletus, ramai pula pemimpin-pemimpin kita sibuk memberikan komen terhadap isu tersebut, kenapa ya? Adakah mereka merasakan inilah masa yang sesuai untuk mereka "menanguk di air yang keruh"? Kalau mereka fikir begitu ternyata mereka silap.

Kenapa penulis berkata sedemikian rupa? Jawapanya mudah sahaja tidak terfikirkah mereka bahawa kenapa isu itu tiba-tiba aje timbul tambahan pula ia boleh dikira ditimbulkan apabila Pilihan Raya Umum 13 semakin dekat, sudah tentu ada udang di sebalik mee.

Pada pandangan penulis, ianya satu strategi pilihan raya PAS atau lebih tepat lagi Pakatan Rakyat. Anda semua perlu ingat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil yang melibatkan PAS yang lalu, ternyata sokongan kaum Melayu terhadap mereka semakin berkurangan, jadi bagi menarik semula sokongan kaum Melayu yang beragama Islam mereka terpaksa melaung-laungkan kembali yang mereka nak buat undang-undang hudud. Walaupun mereka tahu yang persediaan untuk menggubal undang-undang hudud masih belum cukup dan juga ia juga akan dalam konteks Malaysia ia juga sukar dilaksanakan kerana negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Mereka tahu itu semua mustahil tetapi mereka nak buat juga bagi mengembalikan semula sokongan kaum Melayu beragama Islam kepada mereka yang telah beralih arah sebelum ini. Inilah yang dikatakan "Demi Kuasa Manusia Sanggup Melakukan Apa sahaja untuk mendapatkan kuasa".

No comments:

Blog Widget by LinkWithin