Bilangan Pengunjung:

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Dan Merdeka....

Selamat Hari Raya Dan Merdeka....
Oleh: yieMEGA

SELAMAT hari raya Aidilfitri penulis ucapkan terutamanya kepada pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia dan di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang tahun kemerdekaan Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Uniknya raya pada kali ini adalah kerana ia hampir dengan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia menyambut hari negara kita dibebaskan daripada cengkaman penjajah atau dalam erti kata lain Merdeka.

Alhamdulillah tahun ini kita menyambut dua hari kemenangan, semoga tahun ini merupakan tahun yang berkat. Sebelum penulis terlupa, adalah elok penulis menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas sebarang salah silap penulis sepanjang bergelar blogawan.

Berbalik kita kepada hari Kemerdekaan Malaysia, apa yang penulis ingin ucapkan di sini adalah agar sama-samalah kita cuba memahami apakah erti kemerdekaan dalam ertikata yang sebenarnya. Hari ini kita lihat semakin ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami erti kemerdekaan dalam ertikata yang sebenarnya.

Apa yang penulis harapkan selepas ini Malaysia akan menjadi negara yang lebih maju daripada sekarang dan apa yang paling penting menjadi negara yang tinggi dari segi integritinya. Itulah yang kita harapkan sesuai pula tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah Transformasi berjaya, rakyat sejahtera.

Penulis doakan agar transformasi negara akan berjaya agar rakyat akan mendapat kesejahteraan daripadanya. Dalam masa yang sama, kerajaan perlulah meneruskan usaha-usaha untuk membantu rakyat kerana tanpa rakyat siapalah kerajaan.

Dalam masa yang sama, penulis berharap bebanan rakyat yang terus meningkat dari hari ke sehari agar dapat dikurangkan oleh kerajaan kerana rakyat tidak sepatutnya dibebankan oleh bebanan yang demikian.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin