Bilangan Pengunjung:

Monday, August 15, 2011

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Oleh: yieMEGA

TINGGAL kurang dari 15 hari lagi negara kita akan menyambut detik yang penuh bersejarah buat rakyat Malaysia. Detik yang penuh bersejarah yang dimaksudkan ialah apabila 31 Ogos kita akan menyambut hari kemerdekaan negara.

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera itulah tema sambutan Hari Kebangsaan negara kita pada kali ini. Apa yang menjadi kemerdekaan tahun ini lebih bermakna apabila ia berdekatan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tertarik penulis kepada perkataan "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", ia adalah bersesuaian dengan transformasi demi transformasi yang telah dibuat oleh Perdana Menteri kita sekarang ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, begitu banyak transformasi yang dilakukan oleh DS Najib sebelum ini. Persoalanya adakah semua transformasi tersebut sudah berjaya atau sebaliknya.

Penulis kejayaan program-program transformasi yang dijalankan Najib mungkin akan dijadikan kayu pengukur oleh rakyat untuk menentukan kesinambungan DS Najib sebagai Perdana Menteri pada PRU13 akan datang.

Memang benar, sekiranya transformasi berjaya rakyat akan sejahtera. Itulah hakikat yang perlu diakui oleh DS Najib Tun Razak. Persoalan pokok di sini, adakah transformasi-transformasi yang dilakukan telah berjaya atau tidak.

Jika transformasi berjaya, ini bermakna Malaysia akan terus kekal aman, makmur dan rakyatnya akan terus kekal sejahtera. Tambahan pula kita menyambut Kemerdekaan kali ini berdekatan dengan Aidilfitri.

Dalam pada itu, mengikut maklumat yang penulis terima sambutan kemerdekaan pada kali ini akan ditunda kepada 16 September 2011, kebetulan pula pada 16 September adalah Hari Malaysia jadi maknanya Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan akan disambut serentak pada tahun ini.

Di dalam kita menunggu 15 hari lagi hari kemerdekaan negara kita, bersama-samalah kita ingat dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang pada waktu itu bertungkus lumus untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita.

Fahamilah erti kemerdekaan yang sebenarnya, ingatlah Merdeka bukan bermakna kita bebas merempit, kita bebas membuat apa yang kita suka yang melampaui undang-undang sivil mahupun undang-undang syariah.

Kepada anak-anak muda belia di luar sana marilah kita bermuhasabah sendiri dan cuba kita hayati kemerdekaan negara kita dalam ertikata kemerdekaan yang sebenarnya dan hayatilah perjuangan-perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan di masa lalu.

Satu perkara yang kita harus dan patut ingat ialah "Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding kita mendapatkan kemerdekaan", Hayati dan renung-renungkalah ungkapan ini agar negara kita terus kekal bebas dan merdeka.

Pesan penulis kepada semua kakitangan awam di seluruh negara, marilah bersama-sama kita berusaha untuk memastikan program-program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan kita akan berjaya untuk membolehkan rakyat kita sejahtera. Fikir-fikirkanlah.....

1 comment:

hyhhh said...

Ya...akhirnya dah nak dekat sambutan kemerdekaan tahun nie...Malaysia akhirnya jadi sebuah negara yang maju..

Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4

Blog Widget by LinkWithin