Bilangan Pengunjung:

Sunday, August 7, 2011

Ku Li dan Angkatan Amanah Merdeka


Ku Li dan Angkatan Amanah Merdeka
Oleh: yieMEGA

ANGKATAN Amanah Merdeka, sekali dengar ia sudah hampir dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditubuhkan Ku Li sewaktu berada di dalam Parti Melayu Semangat 46 tidak beberapa lama dahulu. Lama juga nama Ku Li tenggelam daripada arena politik tanah air, tup-tup hari ni timbul pula namanya dan ia ada kaitan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali dengan nama Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH.

Dengan timbulnya NGO bernama AMANAH ini timbullah pula dakwaan bahawa NGO ini digerakkan untuk menjatuhkan Kerajaan Pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun perkara ini telah dinafikan oleh Ku Li sendiri. Kemudian timbul pula dakwaan bahawa Ku Li akan dicaturkan untuk menjadi Ketua Pembangkang mengantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memang di dalam politik tiada yang mustahil akan terjadi, namun penulis percaya yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan terus mengekalkan kesetiaanya terhadap UMNO, tambahan pula tanah di mana Bangunan UMNO tersergam indah selama ini adalah milik beliau. Bagi penulis beliau akan terus setia bersama UMNO.

NGO yang bernama AMANAH ini mungkin mempunyai matlamat lain yang lebih relevan contohnya seperti menyatupadukan kaum-kaum yang ada di Malaysia sepertimana yang cuba diterapkan oleh DS Najib Tun Razak dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau.

Bagi penulis UMNO masih memerlukan khidmat Ku Li, tambahan pula beliau seorang negarawan dan berpengalaman luas di dalam bidang politik dan juga mempunyai kepakaran ekonomi. Hairan juga penulis kenapa UMNO tidak memberi peranan penting kepada Ku Li agar ia akan mendatangkan kebaikkan untuk UMNO juga.

Perlu ditegaskan bahawa kepakaran negarawan seperti Ku Li memang amat diperlukan bagi menghadapi iklim politik yang tidak menentu yang melanda kebanyakkan negara selama ini. Krisis-krisis politik di luar negara telah membuktikanya.

Mengapa kita masih mahu sisihkan orang yang boleh menjadi senjata mahupun perisai untuk kita. Oleh yang demikian, janganlah kita sia-siakan kewujudan Ku Li di dalam UMNO. Di dalam politik kita perlu mengenepikan matlamat diri dan mengutamakan matlamat dan visi parti.

Apakah kesudahan isu KU LI dan AMANAH ini sama-samalah kita nantikan kesudahanya, adakah Ku Li akan bertindak sebagaimana yang di dakwa atau sebaliknya. Bersabarlah kita menantikan kesudahanya dan sama-samalah kita nantikan apa lagi yang akan mewarnai dunia politik tanah air kita.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin