Bilangan Pengunjung:

Friday, March 6, 2009

Kecelaruan Politik Malaysia

Pada artikel penulis yang lepas penulis telah memberikan komen mengenai senario yang berlaku di dalam arena politik Malaysia masa kini, artikel yang bertajuk "Politik Malaysia Hari Ini" mungkin sudah ramai pembaca setia blog ini sudah membacanya, pada artikel penulis pada kali ini juga akan memberikan komen berhubung politik di Malaysia yang menjadi semakin melucukan serta meragukan.

Hari ini kelembapan ekonomi dunia benar-benar memberi kesan kepada Malaysia amnya dan kepada Rakyat Malaysia khasnya. Kalau kita lihat pada hari ini semakin banyak kilang-kilang yang bertaraf multinasional sudah mengurangkan kos operasi mereka dengan bertindak membuang pekerja-pekerja mereka atau dengan istilah yang lebih lembut, mengurangkan bilangan pekerja mereka bagi menjimatkan kos operasi di dalam memngharungi kelembapan ekonomi dunia yang sedikit sebanyak telah mengurangkan pendapatan syarikat atau kilang tersebut dan ada diantaranya berlaku 'pengeluaran melebihi permintaan'.

Walaupun begitu, seolah-olah rakyat Malaysia tidak prihatin dengan keadaan ekonomi semasa dan mereka selesa untuk berpolitik daripada memberi idea-idea kepada kerajaan untuk membantu membuat pemulihan ekonomi ataupun ransangan ekonomi. Politik di Malaysia pada hari ini semakin buntu dan kadang-kadang tidak keterlaluan kalau penulis katakan yang politik Malaysia dewasa ini amat memalukan dan kebanyakkan pemimpin yang bertindak seolah-olah mereka adalah masih kanak-kanak.

Sidang Dun Bawah Pokok
Baru-baru ini dilaporkan bahawa beberapa ahli Pakatan Pembangkang di Perak telah membuat satu sidang Dewang Undangan Negeri di bawah pokok. Saling tak tumpah seperti pondok-pondok zaman kanak-kanak dulu.
Bagi penulis tindakan tersebut amatlah memalukan, dan langsung tidak melambangkan mereka sebagai pemimpin sepatutnya menjadi idola kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Penulis percaya mereka masih mempunyai pemikiran yang waras yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa dan mampu berfikir dengan elok serta profesional, tetapi kenapa mereka bertindak sedemikian seolah mereka masih berada di zaman kanak-kanak, adakah mereka masih berfikiran kanak-kanak ataupun mereka tidak puas menghadapi zaman kanak-kanak yang diketahui ramai indahnya zaman ini.

Penulis berharap selepas insiden melalukan seperti ini tidak akan berlaku pada masa-masa yang akan datang, tambahan pula kita sedang berada di dalam fasa kelembapan ekonomi dunia pada waktu ini, kejadian-kejadian seperti ini boleh mengudang malapetaka ekonomi kepada negara kita dan boleh juga mendatangkan kesan atau mudarat kepada kita sebagai Rakyat Malaysia, hentikanlah politikus, marilah bersama berganding bahu memulihkan ekonomi untuk kesejahteraan kita bersama.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Anonymous said...

Ko punya penulisan berdasarkan kepala otak ko yang penuh emosi. Guna la fakta sikit, baru la orang tabik. Senang citer, bace je kat sini. Semuanya jelas.... http://sheikh-telukintan.blogspot.com/2009/02/puak-umno-dan-ngo-bangang-baca-ini-bior.html

Blog Widget by LinkWithin