Pada kali ini penulis memilih tajuk "Menanti Kejutan DP Ibrahim Ali" sebagai tajuk artikel penulis. Tajuk ini sengaja penulis pilih selepas terbaca kenyataan Datuk Paduka Ibrahim Ali di akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan Keluaran Hari ini iaitu 31 Mac 2009.
Penulis merasa sangat berminat dan teruja untuk mengetahui apakah kejutan yang bakal dibuat oleh Datuk Paduka Ibrahim Ali yang juga dikenali dengan nama Adi Jagat itu.
Sepertimana umum mengetahui senario politik tanah air sekarang tidak menentu, pasang-surutnya pun tidak menentu seolah-olah arus politik tanah air telah dilanda La Nina. Umum juga mengetahui bahawa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) baru sahaja selesai mengadakan Perhimpunan Agung mereka.
Satu peristiswa bersejarah telah berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO tersebut dijalankan, iaitu negarawan ulung negara Ayahnda Tun DR. Mahathir sebelum ini mengumumkan keluar UMNO selagi DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Kehadiran Tun ke majlis tersebut sedikit-sebanyak memberi semangat baru kepada ahli-ahli UMNO yang sudah luntur semangat mereka sehingga mereka terus jatuh ditimpa ditangga. Pada hari yang bersejarah ini juga Tun mengumumkan hasratnya untuk kembali bersama UMNO.
Ekoran daripada peristiwa tersebut Datuk Paduka Ibrahim Ali atau Adi Jagat membuat kenyataan yang beliaun seorang yang kerdil akan membuat kejutan tidak berapa lama lagi, beliau yang diketahui umum seorang yang amat rapat dengan Tun Dr. Mahathir akan 'membuat kejutan' dan belum diketahui lagi bentuknya.
Sama-samalah kita nantikan apakah bentuk kejutan yang bakal dibuat oleh Adi Jagat, Adakah berita gembira buat UMNO ataupun berita gembira buat Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.
No comments:
Post a Comment