Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2
Oleh: yieMEGA
BARU-baru ini penulis ada mendedahkan berkenaan dengan Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib, tak sangka juga penulis artikel tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca sehinggakan ramai yang bertanya siapakah gerangan Menteri Kabinet tersebut dan siapakah gerangan artis lelaki yang disebutkan penulis itu.
Harap maaf penulis masih mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti Menteri Kabinet terbabit kerana penulis belum bersedia untuk mendedahkan identiti mereka berdua. Cuma apa yang penulis boleh cakap mengenai artis tersebut adalah seorang artis popular yang namanya bermula dengan huruf 'A' terpulang kepada anda untuk meneka siapakah gerangan artis tersebut.
Manakala Menteri Kabinet tersebut penulis belum bersedia untuk mendedahkan namanya bermula dengan huruf apa, In Shaa Allah satu hari nanti pasti akan penulis dedahkan. Namun, bagi memberi sedikit petunjuk kepada anda portfolio yang dipegang oleh menteri tersebut boleh dikatakan amat penting bagi negara kita. Setakat itu sahaja penulis boleh dedahkan tentang menteri tersebut. Harap pembaca faham dengan situasi ini.
Cukuplah sudah beberapa pembayang atau petunjuk yang penulis bagi untuk pengetahuan anda selaku pembaca setia blog penulis yang tak berapa popular ini. Skandal Seks Songsang ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku di negara kita apatah lagi ia melibatkan menteri yang sudah bertaraf VVIP. Penulis pun hairan kenapa Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri yang disayangi rakyat kononya, masih mengekalkan menteri ini. Mungkin juga Yang Amat Berkuasa tidak mengetahui tentang skandal ini. Harap-harap begitulah.
Tapi jika kita fikirkan balik, mustahil juga kalau Yang Amat Berkuasa tidak mengetahui berhubung skandal seks songsang melibatkan menteri kabinet ini kerana daripada apa maklumat yang penulis terima ramai juga pemimpin yang sudah mengetahui tentang Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet ini, tak kan tak ada seorang mereka memberitahu Yang Amat Berkuasa tentang hal ini. Mungkin mereka semua takut untuk menegakkan kebenaran ataupun mereka takut 'dedak' mereka akan hilang jika bertindak sedemikian.
Mungkin ini petanda jelas buat rakyat marhaen di luar sana untuk kita bersama-sama bersatu di bawah satu bumbung dengan memberi undi kepada Pakatan Harapan di dalam PRU14 kelak kerana Malaysia sememangnya perlu diselamatkan daripada kerakusan pemerintahan Yang Amat Berkuasa menerusi Kerajaan Barisan Najib.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tiada untungnya kalau kita terus mengekalkan pemerintahan Yang Amat Berkuasa dan juga Kerajaan Barisan Najib, sebaliknya kalau kita semua masih memilih mereka ini bermakna kita akan merana dan menyesal seumur hidup. Ayuh kita berusaha berusaha dan bersatu demi memastikan pemerintahan Kerajaan Barisan Najib dapat ditumbangkan menerusi saluran demokrasi yang akan dibuat menerusi Pilihan Raya Umum Ke 14 kelak.
Akhir kalam, inilah masanya kita perlu buat perubahan demi masa depan anak-anak cucu kita. Kita tidak mahu anak-anak cucu kita di masa depan merana kerana kita tersilap pilih kerajaan Barisan Najib di dalam PRU14 nanti. Anda telah buat silap di dalam PRU13, adakah kesilapan sama kita mahu buat di dalam PRU14? Ingat kalau kita jatuh di dalam lubang yang sama untuk kali kedua itu bermakna kita seorang yang bodoh jadi janganlah lagi kita jatuh ke dalam lubang yang sama bak kata Jay Jay dalam lagunya "Cukuplah sekali". Majulah Pakatan Harapan untuk negara.
No comments:
Post a Comment