Bilangan Pengunjung:

Saturday, August 19, 2017

PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi

PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi
Oleh: yieMEGA

KEBELAKANGAN ini kerap kali kita mendengar tentang Tsunami Melayu. Tsunami Melayu ini adalah melibatkan perubahan undian kaum Melayu di negara kita tanah tumpahnya darahku ini yang dijangka berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Dalam PRU tersebut dijangka ramai rakyat kita yang berbangsa Melayu yang pada pilihan raya umum yang lalu telah memberi undi yang tak berbelah bahagi kepada Barisan Najib dijangka mengalih arah undian mereka kepada pembangkang ekoran beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Kerajaan Barisan Najib mendakwa perkara ini hanyalah fantasi semata-mata malah ada konco-konconya yang mendakwa pembangkang bermimpi di siang hari dan perkara ini tidak akan terjadi sama sekali. 

Itulah yang penulis hendak kupas hari ini berkenaan tajuk PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi, penulis akan cuba kupas dengan semampu yang penulis boleh kupas khas untuk pembaca setia blog penulis yang tidak berapa popular ini. Mungkin tidak ramai yang menjadi pembaca blog ini, tetapi ia tidak boleh dijadikan ukuran namun penulis meminta jasa baik pembaca-pembaca yang budiman untuk meviralkan artikel penulis dengan membuat sharing di Social Media milik anda tidak kiralah samaada Twitter, Facebook, Wechat, Whatsapp dan lain-lain lagi. 

Kerajaan Barisan Najib juga mendakwa Tsunami Melayu ini hanyalah rekaan ataupun propaganda pembangkang semata-mata. Adakah benar dakwaan ini? Jika benar dakwaan ini maka terbuktilah Tsunami Melayu hanyalah Fantasi bukanlah Realiti. Namun, apa yang penulis hendak ingatkan di sini bahawa untuk apa pembangkang buat propaganda sedemikian kalau sekadar nak menarik sokongan langsung tidak masuk akal. Daripada maklumat yang penulis dapat ialah Tsunami Melayu tersebut bukanlah sebuah ramalan semata-mata malah ia lahir dari satu kajian yang dibuat secara rawak terhadap rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu yang sudah layak mengundi. Mungkinkan ini juga dikatakan Fantasi? Adakah kita masih hendak menafikan realiti dan mendakwa benda sepatutnya realiti adalah fantasi. 


Kalau Kerajaan Barisan Najib masih beranggapan Tsunami Melayu ini hanyalah fantasi, tak mengapa elok sangat mereka duduk diam-diam dan wait and see adakah ia akan menjadi realiti ataupun sebenarnya fantasi semata-mata. 

Penulis sendiri telah beberapa kali membuat 'temuramah' secara rawak berkenaan hal tersebut. Bagi mengukuhkan dakwaan bahawa Tsunami Melayu adalah realiti penulis akan cuba kongsikan sedikit sedutan temuramah tersebut, namun nama dan orang yang penulis temuramah dirahsiakan atas permintaan orang tersebut, oleh kerana penulis sudah berjanji untuk merahsiakan identiti beliau penulis tidak akan mungkiri janji tersebut kerana orang yang mungkiri janji ini adalah ciri-ciri orang yang munafik. Penulis berharap pembaca faham dengan keadaan ini. Berikut adalah sedutan temuramah tersebut:

Penulis: Adakah anda menjangkakan Kerajaan Barisan Najib masih memerintah pasca PRU 14?
Responden: Saya tidak yakin Kerajaan Barisan Najib akan kekal pasca PRU 14

Penulis: Mengapa apa berkata sedemikian?
Responden: Rata-rata pengundi Melayu termasuklah saya sudah hilang kepercayaan terhadap Najib

Penulis: Kenapa hilang percaya pada Najib?
Responden: Terlalu banyak isu yang ditimbul gagal ditangani dengan baik oleh Najib, dan bukan saya sahaja yang hilang percaya pada Najib malah ramai kawan saya yang berbangsa Melayu sudah hilang percaya pada Najib.

Penulis: Bukankah Najib sudah banyak beri gula-gula kepada rakyat contohnya BR1M dan yang terbaru insentif untuk peneroka.
Responden: Memang benar Najib ada bagi BR1M tapi ia sedikitpun tidak membantu meringankan beban kami, malah GST sebenarnya yang benar-benar membebankan kami. Apa yang saya nak tekankan di sini kami mukan 'pemakan dedak' sepertimana menteri-menteri yang ada sekarang jadi BR1M ini sebenarnya salah satu cubaan Najib untuk mendidik rakyat menjadi 'pemakan dedak'. 

Penulis: Bukankah ramai yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Najib.
Responden: Itu hanya retorik semata-mata, dari luaran sememangnya kelihatan mereka setia menyokong Najib tetapi sebenarnya ia sebaliknya. Malah ada kawan saya boleh dikatakan 'orang kuat' Barisan Najib jugak tetapi sebenarnya mereka tidak tahu dalam diam beliaulah yang mengerakkan usaha untuk menambahkan keahlian PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia ) dan beliau sendiri pun sudah menjadi ahli PPBM secara diam-diam tanpa diketahui sesiapa.

Penulis: Bukankah Kerajaan Barisan Najib memandang remeh keupayaan PPBM
Responden: Ya memang mereka memandang remeh kerana bagi mereka parti serpihan UMNO ini tidak popular dan tidak hebat tetapi mereka tidak tahu yang sudah ramai ahli UMNO sebenarnya sudah menjadi ahli PPBM secara diam-diam. 

Penulis: Adakah anda bersetuju rakyat negara ini perlu memilih Pakatan Harapan untuk 'menyelamatkan' Malaysia?
Responden: Ya saya bersetuju sangat, Pakatan Harapan telah memberi harapan baru kepada kami semua agar mendapat sesuatu yang lebih baik tatkala mereka membentuk Kerajaan Persekutuan Pasca PRU14.

Akhir kalam, penulis berharap anda dapat membuat penilaian sendiri berdasarkan temuramah tersebut. Realiti atau fantasi semuanya bergantung kepada anda, anda yang lebih layak untuk menentukan samaada perkara tersebut kekal sebagai fantasi mahupun berubah menjadi realiti. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin