Bilangan Pengunjung:

Monday, August 7, 2017

Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat?

Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat?
Oleh: yieMEGA

PENULIS terbaca satu laporan yang disiarkan oleh Sinar Harian Online, tajuk laporan tersebut ialah "Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat". Betulkah dengan dakwaan ini, ataupun ini satu lagi dakwaan bagi terus mempertahankan kekuatan Dinasti Barisan Najib dan konco-konconya. Dakwaan itu dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata "Tindakan Tun Mahathir Mohammad melaga-lagakan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dengan Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghilangkan rasa hormat rakyat kepadanya". 

Benarkah tindakan tersebut boleh membuatkan rakyat rasa hilang hormat kepadanya? Adakah Datuk Rosnah ni seorang bomoh ke sehingga boleh membuat dakwaan yang sedemikian. Sebelum terlupa semalam penulis ada menonton Ucapan Zahid Hamidi yang disiarkan oleh stesen tv pengampu no 1 negara yakni TV3, di dalam ucapan tersebut Zahid Hamidi sanggup bersumpah laknat bagi menepis dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak. Wow hebat sekarang ni demi kekuasaan politik orang sekarang dah sanggup mempergunakan dan mempermain-mainkan sumpah laknat hanya kerana mahu mengekalkan kekuasaan politik. Sebut pasal sumpah, teringat ayat seorang penagih Methamphetamine yang selalunya sekiranya dia memerlukan wang dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat wang tersebut termasuklah membuat sumpah laknat. Oleh yang demikian, zaman sekarang ini kita sudah tidak boleh percaya lagi pada sumpah-sumpah ni kerana sekarang ni sumpah-sumpah ni orang dah boleh buat main-main atau dengan kata lain sumpah sekarang sudah dapat dibeli di pasar. Daripada Zahid bersumpah lebih baik zahid menyumpah. 

Kepada Datuk Rosnah, jangan pandai-pandai ayat dan dakwaan sendiri kalau kita itu tak tahu apa-apa. Rakyat bukan hilang rasa hormat pada Tun M tapi hilang rasa hormat pada Datuk Rosnah sendiri kerana berterusan mempertahankan dinasti Barisan Najib yang dipimpin oleh Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan rakyat mahukan Najib diundurkan kerana bagi mereka tiada guna UMNO terus memelihara biawak hidup kerana tidak ada apa-apa keuntungan sekiranya kepimpinan Yang Amat Berkuasa dikekalkan. Sebenarnya tindakan Datuk Rosnah ini juga akan membuatkan rakyat akan melabel beliau sebagai 'monyet peliharaan' Yang Amat Berkuasa yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan Yang Amat Berkuasa terus berkuasa memimpin sebuah dinasti pemakan dedak. 


Kepada Zahid hamidi, janganlah nak bersumpah laknat. Kalau Zahid tidak terlibat dalam cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa tak perlu lah beliau 'melenting' kalau nak sangat bersumpah pergilah jumpa Pesuruhjaya Sumpah, nanti dia boleh tolong menyumpah untuk Zahid. Tapi pelik juga kenapa Zahid melenting apabila di dakwa terlibat dalam cubaan menjatuhkan Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa? Macam ada sesuatu yang tak kena dan tersembunyi aja mungkinkah Zahid cuba ikut rentak Najib semasa era Pak Lah dahulu iatu Najib kelihatan seperti "Playsafe" tapi sebenarnya apa yang berlaku sebaliknya. Harap-harap Zahid tidak begitu. 

Kepada Tan Sri Salleh Said Keruak jangan berlagak dan tunjuk hebat. Mungkin anda beranggapan anda hebat kerana dapat berterusan melontar peluru ke arah Tun Mahathir. Tapi bagi penulis ia langsung tidak hebat sebaliknya ia memperlihatkan lagi seorang menteri yang pemikirannya setaraf dengan budak tadika diangkat oleh Yang Amat Berkuasa menjadi menteri kerana menteri seumpama inilah menjadi pilihan Yang Amat Berkuasa kerana senang dicucuk hidung sepertimana lembu peliharaan pemakan dedak. Lebih baik TSSK menumpukan usaha-usaha untuk memajukan kementerian beliau daripada membuat kenyataan-kenyataan budak hingusan seperti itu. Untuk rekod, tiada pencapaian yang boleh membanggakan setakat ini sejak TSSK menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini membuktikan beliau tidak layak menjadi menteri malah beliau lebih layak balik kampung jadi penanam jagung sahaja. 

Penulis ingin mendesak Tan Sri Salleh Said Keruak supaya meletakkan jawatan beliau kerana beliau telah gagal sebagai menteri, jangan bazirkan lagi duit rakyat untuk membayar gaji anda sedangkan anda tidak menunjukkan prestasi yang terbaik sekiranya anda terus menjadi menteri ternyata duit rakyat yang terpaksa membayar GST hanya untuk membayar gaji menteri yang tak tahu buat kerja, lebih baik beri duit tu kat budak tadika ada juga gunanya.

Akhir kalam, penulis berharap usaha-usaha Ayahnda Tun Dr. Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia daripada dinasti Yang Amat Berkuasa akan mendapat perhatian rakyat, ayuhlah bersama kita bangkit menyelamatkan Malaysia demi negara tercinta kerana disinilah tanah tumpahnya darahku.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin