Bilangan Pengunjung:

Friday, August 11, 2017

Terima Kasih Najib Kerana Naikkan Harga Petrol dan Diesel

Terima Kasih Najib Kerana Naikkan Harga Petrol dan Diesel
Oleh: yieMEGA

UMUM sudah mengetahui bahawa pada minggu ini sekali lagi harga Petrol dan Diesel naik harga. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pemerintah Agung Malaysia Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menghadiahkan rakyat dengan hadiah yang akan meringankan beban rakyat ini. Mungkin ini menepati slogan yang kerap kali dilaunkang-laungkan beliau "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rakyat tidak marah dengan kenaikkan ini malah rakyat suka sangat dengan kenaikkan ini. Jangan bimbang Yang Amat Berkuasa, rakyat sentiasa berada di belakang anda walau apa jua keadaan pun. Mereka sanggup berkorban wang ringgit mereka demi mempertahankan kepimpinan Yang Amat Berkuasa. Hebat bukan, rakyat merelakan sahaja apa yang Yang Amat Berkuasa buat walaupun ia akan membebankan rakyat. 

Mungkin ada juga rakyat yang marah, tapi sebenarnya rakyat tak perlu marah kerana dinasti Kerajaan Barisan Najib inilah yang menjadi pilihan saudara dan saudari di luar sana. Malah saudara-saudari jugalah yang tetap mempertahankan kepimpinan beliau walau apa pun isu yang timbul. Solidariti saudara-saudari dalam mempertahankan kempimpinan manusia bernama Najib Bin Razak akhir dibalas dengan hadiah yang membebankan ini. Walaupun saudara-saudari memberi susu tetapi ianya dibalas tuba, tak mengapalah redha ajelah dengan pilihan anda. Teruskanlah mempertahankan kepimpinan Ayahnda Najib Bin Razak demi kesinabungan pemerintahan dinastinya. 


Saudara-saudari mungkin tak kisah dengan apa yang berlaku kerana apa yang penting Najib Razak tetap PM kesayangan saudara-saudari. Najib buatlah apa sahaja pun rakyat tetap terima dengan hati yang terbuka. Buat GST rakyat perlu bayar 6% setiap kali buat belian dan dapat perkhidmatan, rakyat tak kisah rakyat terima, naik kadar tol, rakyat tak kisah rakyat tetap terima dengan hati yang terbuka, buat cukai penginapan bagi sektor pelancongan pun rakyat tak kisah kerana mereka semua berpegang kepada slogan "We Love Najib" dan Juga "Kami sayang Najib". 

Jadi tak kisahlah harga Petrol dan Diesel naik tiap-tiap minggu pun rakyat tetap terima kerana itulah sebahagian daripada pengorbanan mereka bagi memastikan kesinambungan Dinasti Najib Razak. Dalam PRU yang akan datang pun rakyat akan memilih Kerajaan Barisan Najib untuk terus memerintah kerana itu yang mereka nak.

Mereka tak mahu pemimpin yang adil, mereka tidak mahu pemimpin yang tidak zalim, mereka tidak mahu pemimpin yang tidak membebankan rakyat, mereka tidak mahu pemimpin yang berkebajikan, mereka tidak mahu pemimpin yang bersih apa yang mereka mahu hanyalah Kerajaan Barisan Najib dan mereka tidak mahu Pakatan Harapan kerana bagi mereka Kerajaan Barisan Najib adalah yang terbaik di antara yang terbaik. 

Jadi tak payah bising-bisinglah kalau harga Petrol dan Diesel naik pun kerana anggap sahaja itu hadiah yang Kerajaan Barisan Najib beri kepada saudara-saudari kerana terus setia menyokong Kerajaan Barisan Najib untuk terus memimpin Malaysia ke arah kecelakaan....eh silap Kecemerlangan. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin