Skandal Seks Sonsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib???
Oleh: yieMEGA
BARU-BARU ini penulis ada bertemu seseorang yang berceritakan mengenai satu skandal seks sonsang membabitkan seorang Menteri Kabinet yang masih lagi menjadi Menteri Kabinet. Khabarnya hubungan seks sonsang tersebut dikaitkan dengan seorang artis lelaki yang terkenal tak lama dahulu, malah suara artis tersebut memang merdu bak buluh perindu.
Informer tersebut turut memberitahu penulis bahawa menteri kabinet tersebut turut 'membiayai' kewangan dan keperluan hidup artis tersebut. Siapakah menteri kabinet tersebut? Siapakah artis tersebut? Maaf penulis memilih untuk merahsiakan identiti kedua-dua mereka untuk kebaikkan semua. Namun, siapakah mereka berdua tidak penting di sini apa yang penting adalah di dalam Kerajaan Barisan Najib ada pengamal seks sonsang, adakah menteri ini sengaja dikekalkan kerana Yang Amat Berkuasa memikirkan bahawa menteri berkenaan tidak akan melawan beliau kemudian hari kerana 'rahsia besar' yang mungkin diketahui Yang Amat Berkuasa tetapi tidak ketahui pemimpin bawahan yang bertaraf rakyat marhaen.
Sebenarnya berdasarkan maklumat yang penulis terima, hubungan mereka berdua bukanlah baru tetapi sudah lama sangat. Cuma ia tidak diketahui umum, mungkin lazimnya pak-pak menteri ni bijak menyembunyikan kegiatan gelapnya bagi memastikan imej mereka tidak tercalar demi kesinambungan kuasa mereka sebagai manusia yang berpangkat menteri. Itulah hebatnya Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib bersandiwara sehinggakan ia tidak dapat dihidu oleh rakyat marhaen sepertimana penulis ini.
Khabarnya menteri berkenaan selalu memberi kemewahan-kemewahan yang ada pada beliau kepada artis tersebut. Malah beberapa barang beharga turut dihadiahkan kepada artis tersebut, tak tahulah untuk apa. Cuma yang pastinya mereka ada menjalinkan hubungan sonsang tapi tak pastilah mereka pernah melakukan hubungan seks atau tak.
Namun, bagi penulis persoalan mereka pernah melakukan hubungan seks atau tidak itu tidak penting, tapi apa yang penting adalah menjalinkan hubungan istimewa antara lelaki dengan lelaki tidak sepatutnya ada kepada seseorang yang berjawatan yang cukup tinggi yakni menteri kabinet.
Satu lagi daripada mana menteri berkenaan mendapat sumber kewangan sehinggakan mampu menaja barang-barang mewah artis tersebut. Tapi tak mengapa mungkin juga di seorang menteri sudah tentu bergaji tinggi jadi tak heranlah kalau dia boleh menaja artis tersebut dengan barang-barang mewah kalau kita cuba berfikiran positif sedikit.
Apa yang penulis hendak tekankan di sini ialah mengapa Yang Amat Berkuasa mengekalkan beliau sebagai menteri kabinet? Adakah Yang Amat Berkuasa tidak mengetahui tentang kegiatan sonsang beliau? Mungkin ya mungkin tidak. Mungkin ya Yang Amat Berkuasa tidak mengetahui tentang perkara tersebut menyebabkan beliau masih mengekalkan menteri kabinet berkenaan. Namun, sekiranya mungkin tidak adalah mustahil sebagai pemimpin nombor wahid Kerajaan Barisan Najib tidak mengetahui tentang kegiatan sonsang beliau dan mungkinkah ia sengaja dikekalkan kerana difikirkan akan memberikan keuntungan kepada Yang Amat Berkuasa? Wallahualam...
Akhirkalam, Kerajaan Barisan Najib sudah tidak lagi relevan pada masa ini kerana tiada apa yang menguntungkan rakyat sekiranya kepimpinan Kerajaan Barisan Najib dan konco-konconya terus diberi peluang untuk memerintah Malaysia pasca PRU14 kelak. Kalau setakat beri BR1M yang sekadar 'lekat celah gigi' itu tidak berbaloi langsung kalau rakyat masih memilih Kerajaan Barisan Najib di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Jadi fikir-fikirkanlah masa depan anak cucu kita. Berubahlah demi negara yang tercinta, tanah tumpahnya darahku ini.
No comments:
Post a Comment