Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 13, 2013

Dulu Tembak-Tembak Sekarang Bom Mengebom

Dulu Tembak-Tembak Sekarang Bom Mengebom
Oleh: yieMEGA

FENOMENA hari ini kita dapat lihat banyak kes tembak-tembak menembak dilaporkan oleh media-media massa tempatan. Seolah-olah negara kita ini sudah dibanjiri dengan senjata-senjata api haram yang diseludup masuk dari negara jiran. Perkembangan semasa ini memang amat membimbangkan kerana ia sedikit sebanyak mengancam keselamatan negara.

Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya ianya dibiarkan ia boleh membahayakan nyawa rakyat negara kita. Belum pun reda isu tembak menembak ini, baru baru ini kita dikejutkan dengan letupan bom di Kuala Krai, Kelantan yang meragut seorang nyawa.

Nampaknya semakin parah, dulu tembak menembak sekarang ni pula bom mengebom pula. Apa nak jadilah dengan dunia hari ini. Sekiranya tiada langkah drastik diambil, penulis percaya satu masa nanti Malaysia akan mendapat jolokkan 'little thailand' tak pun serambi Thailand. Perkara seperti ini semakin hari semakin membimbangkan sekaligus ia bakal menjejaskan kedatangan pelancong ke negara kita.

Menurut maklumat yang penulis terima kebanjiran senjata api haram masuk ke Malaysia disebabkan ada pengedar dadah daripada Thailand menawarkan senjata api percuma sekiranya membuat belian pukal dadah dengan mereka secara tidak langsung peningkatan kes pembunuhan membabitkan senjata api adalah berpunca daripada sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpangkalan di Thailand. 


Oleh yang demikian, penulis menyeru agar kerajaan mempertingkatkan lagi kawalan di sempadan tanah air terutamanya di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand. Kerjasama Polis Malaysia dan Polis Thailand juga dilihat perlu untuk bertukar-tukar maklumat mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, kerajaan juga perlu melipat gandakan usaha-usaha untuk menghapuskan sepenuhnya pengedar dadah di Malaysia. Realitinya hari ini kita dapat lihat pengedar dadah yang berjaya diheret ke muka pengadilan hanyalah pengedar dadah kecil-kecilan atau kita istilahkanya sebagai pengedar bilis sedangkan pengedar jerung begitu berleluasa di luar sana malah kegiatan mereka dikatakan sukar dihidu oleh pihak berkuasa kerana kebanyakkan perniagaan mereka digerakkan dengan peniaga bilis.

Sekiranya Kerajaan berusaha untuk mengheret pengedar jerung ke muka pengadilan penulis percaya permasalahan mengenai tembak-menembak dan bom-mengebom ini sedikit sebanyak dapat di atasi. Keselamatan rakyat hendaklah diutamakan di dalam hal ini.

Kawalan di sempadan harus dipertingkatkan bukan sahaja di pintu-pintu masuk malah di 'lubang-lubang' tikus juga perlu diperhebatkan demi menjamin keselamatan rakyat negara kita. Dibimbangi sekiranya langkah-langkah seperti ini tidak diambil satu masa nanti negara kita akan jadi sama sahaja dengan negara jiran kita yakni Thailand. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin