Bilangan Pengunjung:

Saturday, July 27, 2013

Kuala Besut Mahu Abe Ku

Kuala Besut Mahu Abe Ku
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA KECIL DUN Kuala Besut sudahpun melabuhkan tirainya, keputusan mengenainya sudahpun kita ketahui, ternyata rakyat di dalam DUN Kuala Besut masih memilih Barisan Nasional untuk mewakili kerusi yang menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. 

Untuk rekod Barisan Nasional memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti 2,696 undi menewaskan calon daripada PAS Che Long. Abe Ku atau nama sebenarnya Tengku Zaihan telah berjaya mendapatkan 8,288 undi sekaligus menewaskan Che Long yang hanya mendapat 5,696 undi. Dalam masa yang sama misi 16:16 PAS menemui kegagalan. 

Penulis ada membuat sedikit analisa berhubung kemenangan BN di PRK DUN Kuala Besut, penulis akan berkongsi analisa berkenaan dengan pembaca agar kita dapat membincangkan secara profesional. Perlu diingatkan di sini perbincangan kita hendaklah profesional dan jangan-jangan sekali kita emosional kerana zaman sekarang ini kita perlukan kepada seseorang yang berfikiran lebih matang. 


Daripada analisa yang penulis buat berhubung kemenangan BN di sana adalah berdasarkan beberapa faktor, namun penulis lebih suka untuk mengariskan tiga faktor penting yang menjadi formula kemenangan BN di PRK DUN Kuala Besut. Mungkin ada diantaranya sama dengan analisa orang lain namun ianya hanya kebetulan sahaja kerana analisa dibuat adalah berdasarkan pemerhatian penulis sahaja. 

Faktor pertama yang memainkan peranan penting juga menjadi punca kepada kemenangan BN dan kekalahan PAS di Kuala Besut. Faktor yang penulis maksudkan ialah faktor calon yang diketengahkan oleh BN itu sendiri, di mana ia seorang profesional, seorang yang muda dan anak kepada tokoh agama yang sememangnya dikenali ramai di Kuala Besut. Beberapa percubaan PAS untuk membuat serangan peribadi terhadap calon ini ternyata gagal apabila rakyat di sekitar Kuala Besut tidak memngambil pusing mengenai serangan peribadi yang dibuat PAS terhadap Abe Ku, malah kenyataan calon PAS yang membawa kepada orang berminat untuk mengundi beliau juga menjadikan beliau sebagai seorang calon yang lemah apabila membuat kenyataan kepada media massa bahawa beliau ingin meneruskan kerja-kerja sebagai seorang kontraktor dan akan mengajikan seorang wakil bagi mewakilinya dan menjalankan tugas-tugas wakil rakyat, ternyata kenyataan beliau ini merupakan kenyataan bunuh diri yang membawa kepada kegagalan misi 16:16 PAS. 

Faktor kedua yang tidak kurang pentingnya ialah mengenai Timbalan Pengarah Pilihan BN untuk PRK Kuala Besut iaitu Menteri Pendidikan II yakni Datuk Seri Idris Jusoh yang lebih dikenali oleh masyarakat Kuala Besut dengan nama Haji Deris di mana pengaruhnya begitu meluas di seluruh Besut termasuklah Kuala Besut. Untuk rekod PRU13 baru-baru ini BN berjaya mengekalkan 4 kerusi DUN disebabkan juga pengaruh DSIJ yang sudah sebati dengan masyarakat Besut. 

Faktor ketiga, mungkin juga menjadi faktor penambah untuk melengkapkan resipi kemenangan BN di Kuala Besut ialah faktor Politik Pembangunan yang masih diterima dikalangan masyarakat DUN Kuala Besut kerana mereka mahu melihat Kuala Besut menjadi sebuah bandar yang termaju di daerah Besut mungkin juga di masa akan datang ia akan menjadi bandar alternatif selepas Bandar Jerteh. 

Itulah sahaja tiga faktor yang menjadi resipi kejayaan kepada kemenangan BN di Kuala Besut yang dapat penulis gariskan untuk perbincangan kita semua, pembaca dijemput memberi komen di ruangan komen dan perlu diingatkan komen dengan nama Anonymous tidak akan dilepaskan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin