Bilangan Pengunjung:

Friday, July 19, 2013

Coretan Khas PRK Dun Kuala Besut

Coretan Khas PRK Dun Kuala Besut
Oleh: yieMEGA


Cuma tinggal beberapa hari lagi rakyat di Dun Kuala Besut akan membuat keputusan untuk memilih siapakah yang bakal memimpin mereka untuk meneruskan legasi Allahyarham Dr. Abdul Rahman yang mengikut rekod sudah dua kali pilihan raya beliau telah memenangi kerusi DUN Kuala Besut ini. Ekoran daipada itu kelihatan petugas-petugas parti mengandakan usaha mereka untuk memenangi hati rakyat.

NAMPAKNYA Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut sudah mula nampak kerancakkanya, jika diibaratkan kalau kita memandu kereta, sekarang ini sudah masuk 'gear lima'. Walaupun PRK kali ini di bulan Ramadhan al-mubarak nampaknya petugas-petugas kempen bekerja dengan begitu bersemangat tanpa menghiraukan keletihan berpuasa sehari suntuk.

Pada mulanya penulis menyangka kempen PRK Dun Kuala Besut diadakan di dalam bulan Ramadhan ini tiadalah kempen yang berunsur kata mengata, caci mencaci, serangan peribadi, namun ternyata sangkaan penulis meleset sebaliknya kempen berunsur sedemikian terus mengila. Mungkin kerana terlalu taksub dengan parti tertentu mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mencemarkan kesucian bulan Ramadhan Al-mubarak demi kemenangan politik.

Cuma tinggal beberapa hari lagi rakyat di Dun Kuala Besut akan membuat keputusan untuk memilih siapakah yang bakal memimpin mereka untuk meneruskan legasi Allahyarham Dr. Abdul Rahman yang mengikut rekod sudah dua kali pilihan raya beliau telah memenangi kerusi DUN Kuala Besut ini. Ekoran daipada itu kelihatan petugas-petugas parti mengandakan usaha mereka untuk memenangi hati rakyat.


Tanggal 24 Julai 2013 merupakan hari penentuan kepada keputusan siapakah yang bakal menduduki kerusi DUN yang dikatakan 'kerusi panas' ini, pada hari inilah kita dapat mengetahui adakah misi 16-16 yang diwar-warkan PAS menemui kejayaan atau menemui kegagalan. Di hari ini jugalah kita dapat mengetahui adakah jurutera mahupun kontraktor yang menjadi pilihan di kalangan rakyat di sekitar DUN Kuala Besut.

Penulis percaya ramai yang di luar sana sudah tidak sabar-sabar menanti keputusan kerusi DUN Kuala Besut menjadi milik siapa, penulis pun sudah tidak sabar menanti keputusan itu. Persoalan yang sering terngiang-ngiang di kepala penulis ialah raya nanti adakah majlis hari raya ADUN Kuala Besut berbenderakan bulan ataupun dacing.

Penulis boleh katakan bahawa PRK Kuala Besut kali ini adalah pilihan raya kecil tumpuan ramai terutamanya ia dikatakan PRK Penentuan bagi Kerajaan Negeri Terengganu. Adakah selepas ini akan wujud kerajaan campuran atau sebaliknya.

Penulis juga ternanti-nantikan berapakah peratus keluar mengundi pada hari pengundian kelak kerana maklum sahaja ni kan bulan puasa, adakah ia akan mempengaruhi kehadiran pengundi ke tempat membuang undi ataupun tidak...

Pendek kata semua persoalan hanya akan terjawab pada 24 Julai 2013 kelak, oleh yang demikian marilah kita menantinya dengan penuh kesabaran. Harap persoalan yang bermain-main di fikiran akan terjawab pada tarikh keramat itu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin