Bilangan Pengunjung:

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan......

SALAM RAMADHAN

Oleh: yieMEGA

PENULIS ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua pembaca blog Suara Generasi Muda Malaysia. Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog ini kerana talian internet di rumah penulis mengalami gangguan beberapa hari yang lalu. Ini pun penulis menggunakan Celcom Broadband Prepaid kalau tak guna tak dapat lah penulis mengemaskini blog ini.

Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan blog SGMM ini, Alhamdulilllah bilangan pengunjung blog ini semakin meningkat dari hari ke hari. Tanpa kehadiran pembaca apa maknanya blog ini.

Ramadhan ini banyak memberi makna kepada penulis, penulis berharap Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini, penulis akan cuba berusaha agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik berbanding dahulu, Penulis pun berharap pembaca-pembaca sekalian dapat juga berusaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik bagi diri mereka.

Penulis juga ingin menyarankan agar yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kerana ia dapat membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam. Sebenarnya puasa adalah satu simulasi di mana kita di bawa merasai keperitan fakir miskin sebelum ini, di waktu enak makan mereka masih tidak menjamah walaupun sesuap nasi.

Walaupun bulan Ramadhan penulis merasakan tidak salah jika penulis ingin membicangkan hal politik, namun mungkin ia akan dibincangkan pada artikel yang akan datang. Cuma penulis berharap sesiapa memberi komen janganlah terlalu emosional hormatilah Bulan Ramadhan, nanti tak pasal-pasal kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

Pada kesempatan ini penulis ingin memohon maaf sekali lagi kerana kurang memberi liputan terhadap Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, bukan kerana penulis tidak mahu memberi liputan tetapi kerana talian internet di rumah penulis mengalami gangguan insyaALLAH kalau kerja-kerja pembaikkan dapat disiapkan hari ini penulis akan cuba membuat liputan mengenainya.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin