Bilangan Pengunjung:

Monday, August 31, 2009

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Oleh: yieMEGA

PASCA Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini begitu banyak pilihan raya kecil diadakan ada yang baru aje selesai Pilihan Raya Kecil sudah pula ada pilihan raya kecil yang kedua nak diadakan, sebelum ini yang terakhir ialah Permatang Pasir dan terbaru berkemungkinan besar pilihan raya kecil Kota Seputeh juga mungkin di adakan.

Mohd Sayuti Omar ataupun nama glamour MSO telah memberi kata dua kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam blognya. Berhubung SPR yang akan bermesyuarat esok dan akan memutuskan samaada akan berlaku pilihan raya kecil di Kota Seputeh. MSO mendakwa sekiranya SPR membuat keputusan tidak perlu pilihan raya kecil di Kota Seputeh dan kerusi tersebut tidak akan kosong maka keputusan ini dikatakan memihak kepada BN.

Saya tidak pasti sama ada MSO mengetahui atau tidak fakta sebenar tentang isu tidak kehadiran ADUN Kota Seputeh tersebut, namun berdasarkan artikelnya penulis mengandaikan beliau tidak mengetahui faktanya itu kerana tidak dinyatakan sebenarnya ketidak hadiran ADUN tersebut sudah dimaklumkan kepada speaker beserta Sijil Cuti Sakit yang diberikan namun mungkin MSO terlalu ghairah kerana parti yang disokongnya sudah banyak kali menang pilihan raya membuatkan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Penulis yakin seandainya perkara yang seumpama ini berlaku ke atas ADUN Pakatan Rakyat sudah tentu mereka akan mengamuk sakan lebih-lebih lagi jika SPR memutuskan kerusi ADUN Pakatan Rakyat patut dikosongkan makin ramai lah 'pak pandir-pak pandir' akan tidur di atas jalan kerana tidur di atas tilam tak berapa selesa agaknya dan mungkin juga akan berlaku bantahan di sana sini, tetapi sekiranya perkara ini terjadi kepada BN mereka menuntut supaya ia dikosongkan.

Mungkin agak susah bagi SPR untuk membuat keputusan seperti mana kata pepatah melayu 'diluah mati mak, ditelan mati bapak' untuk keputusan bagi memuaskan hati semua pihak. Umum mengetahui bahawa fitrah manusia yang tidak berpuas hati dengan apa mereka ada, jadi memang betul-betul susah buat SPR untuk membuat keputusan. Penulis berharap SPR dapat membuat keputusan yang seadil yang mungkin.

Seadainya ditakdirkan mengumumkan kerusi Kota Seputeh dikosongkan adalah diharap BN tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa memilih calon untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir baru-baru ini. Proses pemilihan calon hendaklah yang benar-benar disukai rakyat bukan hanya disukai oleh pemimpin-pemimpin tertentu.


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin