Bilangan Pengunjung:

Sunday, August 2, 2009

Himpunan Anti ISA: Jelas Kami Diperbodohkan - Ahli Pas

Himpunan Anti ISA: Jelas Kami Diperbodohkan - Ahli Pas
Oleh: yieMEGA

HIMPUNAN Mansuhkan ISA yang berlangsung di ibu negara pada tanggal 1 Ogos baru-baru ini memang mendapat sambutan di kalangan penyokong-penyokong PAS. Angka yang dikeluarkan oleh Utusan ialah 10,000 - 20,000, manakala angka yang dinyatakan Anwar Ibrahim ialah 1000,00, penulis sempat menjenguk blog MSO yang memberikan angka 80,000 tak tahulah penulis pengiraan matematik mana yang betul apa yang boleh penulis boleh cakap ialah hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahui.

Petang tadi penulis secara tak sengaja terjumpa dengan ahli PAS yang menyertai himpunan mansuhkan ISA di ibu negara. Beliau tiba di Kota Bharu pada pukul 5.30 pagi tadi katanya. Beliau melahirkan rasa kesal terhadap sambutan terhadap himpunan anti Isa tersebut.

Kekesalan itu menyebabkan hati penulis tertanya "nak kesal sambutan himpunan tersebut sebab apa, sedangkan Anwar pun kata 1000,00 pengunjung". Rupa-rupanya beliau melahirkan rasa kesal tersebut kerana majoriti yang menyertai perhimpunan itu adalah Melayu PAS dan PKR sahaja, sedangkan hanya beberapa kerat sahaja yang datang dari bukan Melayu PKR dan Juga DAP yang lain semuanya sedap tidur di rumah.

Tambahnya lagi "seolah-olah kudrat kami dipergunakan bagai askar gurka demi kepentingan politik bukan Melayu PKR dan DAP atau dengan bahasa lebih senang ialah kami telah diperbodohkan dan diperkudakan oleh bangsa bukan Melayu di dalam PKR dan DAP.

Kalau melihat di dalam perhimpunan itu, memang benar majoritinya adalah di kalangan ahli PAS, kalau mereka kata mereka mahu ISA dimansuhkan kenapa mereka tidak turun bersama kami, sedang mereka lena tidur di rumah kami pula terpaksa memedihkan mata, menyakitkan badan dan mempertaruhkan nyawa hanya untuk minta ISA dimansuh sedangkan mereka tidak buat apa-apa".

Ahli Pas tersebut juga menuntut agar pimpinan PAS pusat supaya mengkaji semula persepakatan PAS+DAP+PKR di dalam Pakatan Rakyat, kerana tidak ada gunanya sekiranya kita berada di dalam Pakatan Rakyat tetapi hanya tenaga kita dikerahkan sedangkan mereka mendapat keuntungan daripada tenaga yang kita kerahkan.

Bagi penulis, ada betulnya juga pandangan ahli PAS ini kerana kebanyakkanya di dalam perkara-perkara yang terjadi sebelum ini, PAS lebih banyak berkerja keras berbanding parti lain dan tidak keterlaluan jika penulis katakan kemenangan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri hasil daripada kerja kuat PAS sebelum ini jadi mereka sepatutnya menjadi Parti Tonggak di dalam Pakatan Rakyat.

Pada masa perhimpunan itu berjalan, perniagaan di sekitar perhimpunan itu berlangsung dikatakan lumpuh. Ramai peniaga yang terpaksa menanggung kerugian. Pada pandangan penulis peniaga-peniaga tersebut boleh menuntut ganti rugi daripada Gerakan Mansuh Isa (GMI) kerana mereka harus bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami mereka.

Peniaga-peniaga bolehlah pergi menuntut di pejabat GMI kalau tak jumpa pejabat GMI, mereka juga boleh menuntut di Pejabat PAS, Pejabat PKR ataupun Pejabat DAP dan desak mereka sampai mereka membayar gantirugi akibat insiden tersebut. Peniaga berhak mendapat hak mereka yang telah dirampas dengan insiden itu, sebagai seorang yang pernah bergelar peniaga penulis faham situasi yang di alami peniaga di kawasan tersebut jadi jangan berdiam diri buat tuntutan kepada pihak-pihak yang terbabit dalam menganjurkan perhimpunan tersebut.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin