Bilangan Pengunjung:

Sunday, March 20, 2011

DUN Sarawak Bubar Isnin


DUN Sarawak Bubar Isnin
Oleh: yieMEGA

ISNIN ini bersamaan dengan 21 Mac 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Dalam pengumuman yang dibuat kelmarin itu juga berlaku satu kejutan apabila Abdul Taib telah memberi jaminan beliau sudah bersedia untuk berundur, walaubagaimanapun beliau mahu mengetuai pilihan raya DUN Sarawak untuk kali terakhir pada kali ini sebelum beliau meletak jawatan.

Dalam artikel sebelum ini yang bertajuk "KM Sarawak Patut Berundur Atau Tidak" di dalam artikel penulis menjelaskan adakah patut KM Sarawak berundur atau tidak, secara kebetulan dalam pengumuman Taib di dalam sidang media mengenai pembubaran DUN Sarawak beliau sendiri telah memberi jaminan akan berundur walaupun bukan sebelum pilihan raya tetapi sekurang-kurangnya beliau melafazkan keinginan untuk berundur.

Marilah kita menunggu dengan penuh sabar, janji-janji yang telah dibuat oleh KM Sarawak itu. Dalam pada itu, penulis pasti orang ramai di luar sana pasti ternanti-nanti siapakah yang bakal menggantikan KM Sarawak sekarang selepas Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Beralih pula kita kepada ramalan keputusan Pilihan Raya negeri Sarawak adakah ia akan memihak kepada BN atau sebaliknya. Sebelum ini, penulis pasti ramai orang melabelkan Sarawak adalah simpanan tetap buat BN. Penulis ingin nasihatkan kepada BN, jangan jadikan label 'simpanan tetap' alasan untuk berkempen secara ala kadar.

BN tidak boleh terlalu yakin dengan label 'simpanan tetap' yang diberikan, ingat rakyat Sarawak adalah manusia, dan lazimnya manusia sentiasa menilai daripada apa yang dilihatnya. Jadi petugas-petugas kempen BN haruslah mengambil pusing mengenainya.

Perlu diingatkan kegagalan pemimpin tempatan seperti ADUN menjaga kawasanya sebelum ini akan dinilai rakyat. Hasil daripada penilaian rakyat tersebut akan dizahirkan di dalam bentuk undi kepada parti yang menentang BN.

Itulah yang dinamakan politik, oleh yang demikian mulai sekarang semua petugas-petugas BN hauslah bekerja kuat mulai dari sekarang, ia juga termasuk pemimpin-pemimpin BN yang lain yang berada di Sarawak.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin