Bilangan Pengunjung:

Thursday, March 10, 2011

Apa akan jadi jika GSTT Menjadi Penjawat Tetap



Apa akan jadi jika GSTT Menjadi Penjawat Tetap
Oleh: yieMEGA

GSTT adalah akronim kepada Guru Sandaran Siswaza Tidak Terlatih. Kendengaran pihak Kerajaan sedang mengkaji untuk menyerap guru GSTT ini sebagai Guru Tetap keputusan mengenainya akan diumukan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu depan.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa yang penulis nak bincangkan pada hari ini ialah Apa Akan Jadi Jika GSTT diserap menjadi penjawat tetap. Persoalan ini adalah suatu perkara penting dan perlu dibincangkan bersama.

Terlebih dahulu ingin penulis tegaskan di sini, bukanlah tujuan penulis menerbitkan artikel ini untuk merendah-rendahkan kredibiliti guru-guru GSTT, namun apa yang penulis ingin sampaikan biarlah ia mengikut keutamaan.

Adakah Kerajaan sedar atau tidak di luar sana, masih ramai graduan-graduan yang mengikuti kursus pendidikan di IPTS masih tidak dapat bertugas sebagai guru, sepertimana yang kita semua tahu GSTT adalah asalnya daripada mereka-mereka yang tidak berasal daripada bidang pendidikan. Jadi siapa yang patut diberi keutamaan.

Penulis sendiri mendapat maklumat graduan pendidikan daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) masih ramai yang belum mendapat tempat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Sedangkan mereka ada kelayakkan kalau nak dibandingkan dengan GSTT.

Mereka-mereka seperti ini perlu diberi keutamaan untuk menjadi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST). Mengikut apa yang disampaikan kepada penulis, jarang sekali permohonan untuk Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) keluaran IPTS dibuka dan kebanyakkan permohonan adalah menumpukan kepada siswazah keluaran IPTA semata-mata.

Kerajaan perlu sedar, kebanyakkan graduan-graduan pendidikan IPTS membuat pinjaman daripada badan-badan kerajaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yayasan-yayasan negeri dan ada juga yang membuat pinjaman daripada Bank.

Sekiranya mereka gagal mendapat kerja bagaimana mereka hendak membayar pinjaman-pinjaman tersebut. Oleh yang demikian sebelum kerajaan memutuskan untuk menyerap GSTT adalah lebih baik mereka menerima graduan-graduan pendidikan daripada IPTS yang masih menganggur ini.

Kerajaan perlu mengambil keputusan yang tepat berhubung hal ini agar di kemudian hari tidak pula timbul masalah lain. Bagi penulis graduan pendidikan yang masih menganggur adalah lebih berkelayakkan untuk diserap menjadi guru tetap.

2 comments:

Anonymous said...

saya bersetuju dengan pandangan encik..saya sendiri graduan pendidikan ipts yg hanya mampu menjadi gstt sedangkan kementerian sibuk nak serapkan gstt ke jawatan tetap(yg akan diserap hanya gstt BUKAN SISWAZAH PENDIDIKAN)...sudahlah kpli/dpli dibuka setiap tahun walhal mereka2 ni kadangkala hanya berminat jd guru disebabkan terpaksa..HARAP KEMENTERIAN BUKA MATA DAN MINDA UTK BERFIKIR..

namaberita.com said...

GSTT juga layak & berpeluang utk menjadi Guru Tetap.

Namun jika graduan pendidikan diabaikan maka sistem pendidikan negara adalah kurang adil bagi yang lebih layak.

Ikuti perkembangan Graduan Pendidkan Unirazak yang masih lagi memperjuangkan hak utk turut mendapat tempat menjadi guru di sekolah kerajaan.

Sama-sama kita berdoa & membantu graduan ini...

Boleh lihat artikel di http://www.namaberita.com/2011/03/halatuju-graduan-pendidikan-ipts-fight.html.

Terima Kasih saudara.

Blog Widget by LinkWithin