Bilangan Pengunjung:

Monday, March 7, 2011

BN Tidak Boleh Selesa dengan Siri Kemenangan PRK


Justify FullBN Tidak Boleh Selesa dengan Siri Kemenangan PRK
Oleh: yieMEGA

BARISAN NASIONAL tidak boleh selesa dengan beberapa siri kemenangan Pilihan Raya Kecil sebelum ini, sepertimana yang sedia maklum BN telah banyak kali memenangi PRK di dalam beberapa siri PRK sebelum ini dan yang terbaru ialah PRK Merlimau dan Kerdau di mana BN berjaya memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

Penulis ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin BN tidak mengira apa pun jawatan mereka, walaupun mereka banyak memenangi beberapa siri PRK ia tidak bermakna BN boleh merasa selesa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang penulis sendiri tidak tahu bila ia akan diadakan.

BN perlu ingat sebelum PRU12 yang lepas, BN telah melalui beberapa siri kemenangan di dalam PRK sebelum PRU12 seingat penulis yang terakhir sebelum PRU12 BN telah memenangi PRK DUN Ijok oleh kerana terlalu selesa dengan beberapa siri kemenangan pilihan raya kecil akhirnya di dalam PRU12 BN telah diberikan pengajaranya apabila parti hampir tersebut kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional hanya dibentuk dengan majoriti mudah. PRU12 setakat ini adalah prestasi terburuk buat BN.

Oleh yang demikian, BN tidak boleh merasa selesa dengan beberapa siri kemenangan PRK sebelum ini kerana bagi penulis kemenangan tersebut adalah bersifat sementara, jadi adalah lebih baik BN menumpukan usaha untuk terus memperkasa parti di dalam membuat persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal mendatang.

BN tidak boleh leka dengan kemenangan-kemenangan yang dilalui sebelum ini, malah BN perlu bekerja dengan lebih kuat lagi agar tragedi Tsunami Politik pada PRU12 tidak berulang lagi sepertimana kata pepatah melayu yang berbunyi "Jangan biarkan pisang berbuah dua kali".

Peringatan ini sengaja penulis berikan agar BN tidak terus tenggelam dan terleka dengan beberapa siri kemenangan di dalam PRK sebelum ini. Sudah tiba masanya mereka perlu melipatkan gandakan usaha dan apa yang penting setiap apa yang dibuat mesti dahulukan rakyat.

Ini adalah bersesuaian dengan slogan 1Malaysia yang seringkali dilaung-laungkan kini iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. Ingat jangan pula slogan ini hanya tinggal slogan. Ingatlah apa yang penting rakyat mesti di dahulukan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin