Bilangan Pengunjung:

Friday, March 14, 2014

KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370

KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN agak terlewat untuk mengulas isu yang hangat kini diperkatakan. Isu yang penulis maksudkan ialah isu kehilangan Kapal Terbang MAS MH370 yang sampai kini masih menjadi 'misteri'. Semasa artikel ini disediakan sudah-sudah kira-kira 6 hari 18 jam dan 23 minit pesawat yang dimiliki oleh syarikat penerbangan negara itu hilang tanpa apa-apa jejak sehingga kini. 

Sejak daripada hari mula-mula pesawat dilaporkan hilang sehingga kini, bermacam-macam berita yang kita dengari. Bermacam-macam spekulasi bukan sahaja dimainkan oleh media massa malah masyarakat setempat juga turut membuat spekulasi berhubung kehilangan pesawat MH370 ini. Apabila terlalu banyak spekulasi ia ternyata memeningkan bukan sahaja rakyat negara kita malah rakyat negara asing terutamanya keluarga mangsa pesawat yang dikatakan hilang itu.

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menegur sedikit terutamanya kepada masyarakat setempat. Sekiranya mereka ada maklumat hendaklah mereka menyalurkanya melalui saluran tertentu dan bukanya mencari 'publisiti murahan' dengan memangil sidang akhbar untuk mengatakan yang mereka ada nampak itu dan ini. Kalau 'gila' sangat nak masyhur carilah cara lain jangan menggunakan cara ini kerana ia akan menambahkan lagi masalah sekaligus ia akan menyusahkan lagi kerja-kerja kerajaan dalam menyelesaikan isu kehilangan MH370 ini. 

Kesempatan ini juga penulis ambil untuk menegur perbuatan segelintir pihak yang cuba memasukkan unsur tahyul yang boleh membawa kepada syirik di dalam usaha-usaha mencari pesawat MH370. Bukan tak boleh menggunakan khidmat perubatan tradisional untuk mencari MH370 tetapi kena pastikan cara yang mereka guna itu biarlah berlandaskan syara'. 


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin