Kehadiran Pelancong Asing Merosot Gara-Gara Kerajaan Laksana Cukai Penginapan
Oleh: yieMEGA
AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas penulis, terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana masih lagi menjadi pembaca setia walaupun blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Hari ini kebetulan, penulis ada sedikit masa terluang jadi penulis menggunakanya untuk mengemaskini blog penulis yang tidak seberapa ini.
1 September yang lalu Kerajaan Barisan Najib telah memperkenalkan satu cukai baru yang dipanggil cukai penginapan dan ada juga yang memanggilnya dengan nama cukai pelancongan. Cukai ini dikenakan ke atas pelancong-pelancong asing yang menginap di penginapan-penginapan berkait pelancongan seperti Hotel, Resort, Chalet mahupun Homestay. Untuk rekod kadar yang dikenakan ialah RM10 untuk seorang untuk satu hari. Sekiranya pelancong tersebut tinggal tiga hari ini bermakna mereka terpaksa membayar RM30 untuk cukai tersebut, bertambah parah lagi sekiranya bilangan mereka ramai dan mereka akan terpaksa membayar lebih lagi.
Memang benar, cukai berkenaan hanya dikenakan ke atas pelancong asing dan tidak dikenakan kepada pelancong domestik, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat negara ini terutamanya kepada pengusaha-pengusaha tempat penginapan kerana sejak cukai itu diperkenalkan kehadiran pelancong asing mula merosot. Ramai pengusaha-pengusaha tempat penginapan telah merungut tentang kemerosotan tersebut yang ternyata dengan kemerosotan tersebut ia benar-benar menjejaskan pendapatan mereka.
Langkah tidak 'berapa cerdik' Kerajaan Barisan Najib tersebut telah mengakibatkan pelancong asing yang pada awalnya ingin melancong di Malaysia mengubah haluan dengan memilih untuk melancong di negara-negara yang berjiran dengan negara kita.
Teryata langkah pengenalan cukai berkenaan telah menjejaskan pendapatan pengusaha-pengusaha Hotel, resort dan lain-lain. Bagi mereka langkah tersebut bukan boleh membantu meningkatkan pendapatan pengusaha hotel dan resort malah ia juga telah membuatkan pendapatan mereka terjejas.
Mereka menuntut bayaran cukai penginapan dibatalkan kerana ia telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk. Bagi mereka langkah mengenakan cukai tersebut bukanya dapat membantu mereka malah boleh membantu mereka untuk gulung tikar. Langkah mengenakan cukai tersebut dikatakan satu lagi langkah bodoh Kerajaan Barisan Najib.
Mungkin di dalam PRU 14 kelak tidak sepatutnya Kerajaan Barisan Najib diberi mandat untuk memeritah Malaysia untuk sepenggal lagi. Cukup-cukuplah sudah rakyat sudah banyak teraniaya dengan pemerintahan Yang Amat Berkuasa Najib Tun Razak.
Baca Lagi!