Bilangan Pengunjung:

Sunday, November 21, 2010

Samy: Persaraan Yang Sudah Lama Dinanti

Samy: Persaraan Yang Sudah Lama Dinanti
Oleh: yieMEGA

PASTI semua orang sudah mengetahui mengenai hasrat Presiden MIC atau nama panjangnya Malaysian Indian Congress untuk bersara pada Januari tahun depan. Tak dinafikan juga ada juga yang masih belum mengetahuinya terutamanya bagi orang-orang yang kurang peduli mengenai apa yang berlaku di dalam pentas politik tanah air. Tak mengapa mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian.

Namun, bukanlah tujuan penulis untuk membicangkan berkenaan dengan orang yang mengambil peduli tentang isu-isu politik tanah air, penulis sebenarnya ingin mengulas berkenaan dengan hasrat Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang ingin bersara daripada MIC awal Januari tahun depan.

Sebenarnya penulis percaya bahawa ahli-ahli MIC di peringkat akar umbi sudah lama mengimpikan agar beliau (Samy) bersara daripada terus menjadi Presiden MIC, malah sudah lama ahli-ahli akar umbi MIC menyuarakan hasrat mereka secara diam atau sembunyi-sembunyi sehinggalah ada ahli yang sudah mula berani membuat gerakkan menentangnya secara terang-terangan contohnya Gerakan Anti Samy (GAS) yang begitu lantang mengkritik Samy baru-baru ini.

Kalau nak diikutkan sudah ramai pemimpin yang segenerasi denganya dari parti Komponen Barisan Nasional yang lain sudah bersara sebelum, tetapi pada waktu itu Samy berkeras tidak mahu bersara dan akhirnya beliau menyuarakan hasrat untuk bersara yang sememangnya hasrat itu sudah lama dinantikan oleh ahli MIC akar umbi yang lain.

Penulis ucapkan syabas kepada Samy kerana mengambil pendirian untuk bersara, walaupun sedikit terlewat namun ia tetap berguna kepada ahli-ahli akar umbi MIC. Tapi janganlah pula bila sampai waktu dan ketikanya pendirian beliau berubah. Jangan hampakan lagi hasrat ahli akar umbi MIC.

Dalam masa yang sama, penulis berharap selepas bersara Samy hendaklah tidak masuk campur lagi dalam urusan dalaman MIC terutamanya di dalam pemilihan parti yang mewakili bangsa India tersebut.

Jangan pula timbul cerita selepas ini, Samy mengatur orang-orangnya untuk menganggotai Barisan Kepimpinan MIC, bagi penulis barisan kepimpinan MIC biarlah ditentukan oleh ahlinya dan bukan ditentukan oleh pemimpin tertentu.

Penulis juga percaya bahawa persaraan Samy akan memberikan nafas baru kepada parti yang menjadi wadah perjuangan kaum india tersebut. Selepas ini cukuplah Samy sebagai pembimbing pemimpin-pemimpin baru di dalam MIC.

Ingatlah Samy zaman beliau sudah lama berlalu, kini berilah peluang kepada mereka yang benar-benar berhak untuk bergelar Presiden demi kejayaan MIC di masa hadapan.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, November 20, 2010

Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO

Zaid recumbent.Image by treviño via Flickr
Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO
Oleh: yieMEGA

ISU ZAID IBRAHIM masih hangat diperkatakan kini ia termasuklah daripada penyokong tegar Anwar Ibrahim. Sepertimana yang sudah mengetahu bahawa Zaid Ibrahim telah mengesahkan bahawa beliau akan keluar PKR pada 16 Disember kelak. Seperti biasa kedatangan beliau di dalam PKR dahulu disambut dengan penuh puji-pujian, hari ini pemergian beliau dari PKR disambut dengan penuh kehinaan.

Begitulah rencah hidup bagi seorang politikus. Apabila ia mendatangkan keuntungan kepada pihak tertentu ia akan disambut dengan penuh puji-pujian. Apabila ianya memberikan kerugian kepada pihak tertentu ianya akan disambut dengan penuh penghinaan, sudah menjadi adat resam dalam politik begitulah suratanya.

Begitulah dengan Zaid semasa di awal kehadiranya di dalam PKR tidak lama dahulu mendapat pujian melambung daripada sekalian pihak yang menyokong Pakatan Rakyat dan juga PKR termasuklah blogger, tidak terkecuali blogger terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar semasa di awal kemasukkan Zaid pujian yang melambung diberikan beliau terhadap Zaid, namun setelah Zaid menyuarakan niatnya hendak keluar PKR MSO mula mencaci Zaid. Zaid kena terima kerana ini sudah menjadi ketentuan Ilahi apa jua orang kata terhadapnya.

MSO di dalam posting terbaru blognya yang bertajuk "Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara ini". Meibaratkan Zaid sebagai tukang berak di dalam PKR dan selepas selesai berak terus keluar dari PKR.

Mengapa sampai begitu sekali MSO meibaratkan Zaid itu mungkin hanya MSO yang ada jawapanya. Namun, mungkin juga selama ini kalau diperhatikan tulisan-tulisan MSO kita boleh mengandaikan bahawa MSO adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim kerana kebanyakkan tulisanya mengenai Anwar Ibrahim penuh dengan pujian melambung yang diberikan kepada Anwar oleh MSO, jadi kesimpulanya beliau adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, diwaktu MSO memuji melambung Zaid Ibrahim semasa mula-mula menyertai PKR dahulu penulis telah jelaskan di sini bahawa kemasukkan Zaid akan memberi liabiliti kepada PKR dan penulis sendiri telah meibaratkan Zaid sebagai sampah yang dibuang UMNO dan cuba dikitar semula oleh PKR.

Sampai sekarang pun penulis berpegang kepada kenyataan itu, walaupun MSO 'bengang' dengan kebanyakkan media massa yang 'mempopularkan' Zaid dengan pujian demi pujian. Jangan cepat lupa MSO dulu pun MSO sendiri di dalam blog MSO memuji melangit Zaid Ibrahim, sekarang ini perkara sama yang cuba dilakukan oleh Media Arus Perdana, adakah tindakan tuan dianggap suci sekiranya tuan menganggap perangai media massa tempatan tidak suci?

MSO kena ingat, kini Politik Bela Diri sudah tidak sesuai, politik zaman sekarang memerlukan pemikiran yang lebih matang. Kalau orang lain buat tak boleh, kalau sendiri buat boleh itu tidak adil namanya, bukankah begitu?
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Friday, November 19, 2010

Rombakan Kabinet: Beri Kepercayaan Kepada Ku Li

Too Far AwayImage by Syed Azidi AlBukhary via FlickrRombakan Kabinet: Beri Kepercayaan Kepada Ku Li
Oleh: yieMEGA

PENULIS difahamkan di dalam masa yang terdekat ini, akan berlaku satu rombakan kabinet yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Khabarnya berkemungkinan ada menteri yang bakal digugurkan, namun setakat ini belum ada pengesahan mengenainya.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya memberi peluang kepada orang yang telah banyak berjuang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Kecil DUN Galas berlangsung baru-baru ini iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah portfolio di dalam barisan kabinet baru Kerajaan Persekutuan.

Penulis melihat portfolio yang amat sesuai dengan Tengku Razaleigh ialah Kementerian Kewangan memandangkan beliau mempunyai kelayakkan yang berlatar belakangkan ekonomi dan juga pernah memegang jawatan itu sebelum ini.

Setidak-tidakpun berilah Menteri Kewangan kedua kepada beliau sebagai membalas usaha-usaha beliau yang membawa kepada kejayaan BN menawan kembali kerusi Dun Galas, walaupun tidak sendiri tidak mengharapkan apa-apa balasan tetapi bagi penulis sudah tiba masanya kita mencuba pula strategi ekonomi Ku Li.

Sampai bila kita hanya mahu Ku Li terus menjadi Askar Gurkha, walau apa pun terjadi beliau tetap setia dengan UMNO jadi sudah tiba masanya untuk kita memberikan peluang kepada beliau mana tahu perlantikkan beliau mungkin merancakkan lagi pertubumbuhan ekonomi negara kita,
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, November 8, 2010

Gelombang Merah Melanda Di Galas


Gelombang Merah Melanda Di Galas
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Galas berlangsung penulis kurang memberi komen berkenaan dengan pilihan raya kecil tersebut. Penulis bukan sengaja tak mahu komen berkenaan PRK tersebut sewaktu ianya berlangsung sebelum ini tetapi apakan daya penulis terlalu banyak tugas lain yang perlu dibereskan dan tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini di waktu dan ketika itu.

Namun penulis merasakan masih belum terlambat untuk mengulas mengenai perjalanan PRK tersebut untuk tatapan kesemua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia. Sepertimana kata pepatah Inggeris "Better late than never".

Daripada pemerhatian penulis sepanjang PRK ini berlangsung, penulis dapati 'strategi' BN kali ini lain daripada yang lain, dan mengikut maklumat yang penulis terima pada PRK DUN Galas ini BN kurang menggunakan pendekatan Rapat Umum ia lebih kepada pendekatan 'Face to Face' dan terbukti strategi ini benar-benar berkesan sehingga menyaksikan BN berjaya merampas balik kerusi DUN Galas daripada PAS.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di atas kejayaan beliau 'mengatur strategi' untuk menawan kembali kerusi DUN Galas itu daripada cengkaman PAS.

Mungkin sudah tiba masanya bagi BN untuk menghadiahkan apa sahaja yang difikirkan perlu kepada Ku Li, yang ternyata beliau berkempen seolah-olah askar gurkha tanpa mengharapkan apa-apa balasan, namun adat orang berbudi kita berbahasa sudah menjadi pengangan umat Melayu dari zaman dulu kala, jadi sebagai membalas jasa beliau BN haruslah mempertimbangkan untuk memberikan beliau hadiah yang sesuai, walaupun penulis tahu Ku Li mengharapkan balasan, tetapi apa salahnya kalau kita membalas jasa Ku Li itu yang bekerja bagaikan Kuli kepada rakyat sewaktu kempen PRK DUN Galas baru-baru ini.

Kempen BN menjadi semakin berkesan apabila jentera-jentera BN menggunakan semangat Gelombang Merah sewaktu berkempen di PRK tersebut. Khabarnya hasil idea dari bekas MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang dahulunya terkenal dengan gerakan Gelombang Biru di Terengganu dan gerakan itu berjaya menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Presiden PAS sekarang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semangat Gelombang Merah, benar-benar memberi semangat kepada petugas-petugas kempen BN, ditambah pula 'semangat The Red Warrior' yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke kelantan baru-baru ini, menjadikan rakyat Kelantan begitu berminat dengan warna merah.

Sementara itu, Penulis terbaca satu laporan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan beberapa hari lalu yang menjadi tajuk utama iaitu Tok Guru Ragu dengan keputusan PRK DUN Galas. Beliau membuat dakwaan BN telah menyogok wang kepada pengundi Galas.

Bagaimana pula dengan PAS yang juga menawarkan RM250 seorang untuk balik mengundi di Galas, dan pemberian wang ringgit sewaktu kempen oleh TGNA sendiri walau apa alasan yang diberikan beliau tetapi kenapa waktu PRK DUN Galas dipilih untuk memberi zakat, sudah tentu ada maksud tersirat.

Dengan kenyataan TGNA itu, terbuktilah bahawa PAS masih mengamalkan politik Walhalalku, Walharamu. TGNA perlu belajar menerima kenyataan bahawa rakyat di DUN Galas sudah muak dan jelak dengan perangai PAS tetapi bukan dengan PAS, perangai PAS dan PAS adalah perkara yang berbeza. Fikir-fikirkanlah....
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin