Samy: Persaraan Yang Sudah Lama Dinanti
Oleh: yieMEGA
PASTI semua orang sudah mengetahui mengenai hasrat Presiden MIC atau nama panjangnya Malaysian Indian Congress untuk bersara pada Januari tahun depan. Tak dinafikan juga ada juga yang masih belum mengetahuinya terutamanya bagi orang-orang yang kurang peduli mengenai apa yang berlaku di dalam pentas politik tanah air. Tak mengapa mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian.
Namun, bukanlah tujuan penulis untuk membicangkan berkenaan dengan orang yang mengambil peduli tentang isu-isu politik tanah air, penulis sebenarnya ingin mengulas berkenaan dengan hasrat Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang ingin bersara daripada MIC awal Januari tahun depan.
Sebenarnya penulis percaya bahawa ahli-ahli MIC di peringkat akar umbi sudah lama mengimpikan agar beliau (Samy) bersara daripada terus menjadi Presiden MIC, malah sudah lama ahli-ahli akar umbi MIC menyuarakan hasrat mereka secara diam atau sembunyi-sembunyi sehinggalah ada ahli yang sudah mula berani membuat gerakkan menentangnya secara terang-terangan contohnya Gerakan Anti Samy (GAS) yang begitu lantang mengkritik Samy baru-baru ini.
Kalau nak diikutkan sudah ramai pemimpin yang segenerasi denganya dari parti Komponen Barisan Nasional yang lain sudah bersara sebelum, tetapi pada waktu itu Samy berkeras tidak mahu bersara dan akhirnya beliau menyuarakan hasrat untuk bersara yang sememangnya hasrat itu sudah lama dinantikan oleh ahli MIC akar umbi yang lain.
Penulis ucapkan syabas kepada Samy kerana mengambil pendirian untuk bersara, walaupun sedikit terlewat namun ia tetap berguna kepada ahli-ahli akar umbi MIC. Tapi janganlah pula bila sampai waktu dan ketikanya pendirian beliau berubah. Jangan hampakan lagi hasrat ahli akar umbi MIC.
Dalam masa yang sama, penulis berharap selepas bersara Samy hendaklah tidak masuk campur lagi dalam urusan dalaman MIC terutamanya di dalam pemilihan parti yang mewakili bangsa India tersebut.
Jangan pula timbul cerita selepas ini, Samy mengatur orang-orangnya untuk menganggotai Barisan Kepimpinan MIC, bagi penulis barisan kepimpinan MIC biarlah ditentukan oleh ahlinya dan bukan ditentukan oleh pemimpin tertentu.
Penulis juga percaya bahawa persaraan Samy akan memberikan nafas baru kepada parti yang menjadi wadah perjuangan kaum india tersebut. Selepas ini cukuplah Samy sebagai pembimbing pemimpin-pemimpin baru di dalam MIC.
Ingatlah Samy zaman beliau sudah lama berlalu, kini berilah peluang kepada mereka yang benar-benar berhak untuk bergelar Presiden demi kejayaan MIC di masa hadapan.

No comments:
Post a Comment