Empayar Najib VS Empayar Anwar
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
PENULIS percaya semua orang di luar sana terutamanya yang amat meminati dunia politik tanah air kita sedanga ternanti-nantikan bilakah Pilihan Raya Umum Ke 13 akan di adakan. Teka-teki mengenainya terus menjadi tanda tanya, timbul bermacam-macam andaian tentang tarikh PRU13. Walaubagaimanapun hari ini penulis bukan hendak meramalkan tarikh PRU13.
Apa yang penulis ingin bincangkan hari ini ada kaitan dengan PRU13, apabila kita bercakap mengenai PRU13, ada satu perkara yang sinonim dengan PRU13, perkara yang penulis maksudkan ialah pertembungan dua empayar iaitu Empayar Najib dengan Empayar Anwar Ibrahim.Siapa sangka dulu mereka daripada pasukan yang sama kini sudah menjadi pesaing dan bersaing sesama sendiri. Masihkan anda ingat Team Wawasan satu ketika dulu? Pada waktu itu Najib dengan Anwar Ibrahim boleh dikatakan sekapal. Tetapi sekarang masing-masing dengan arah tuju masing-masing.
Sejak kebelakangan ini, kita sering dapat lihat kedua-dua empayar cuba menonjolkan kelebihan empayar masing-masing, Najib dengan caranya yang tersendiri begitu juga Anwar dengan cara beliau sendiri menonjolkan kelebihan empayar beliau dengan cara yang tersendiri.
Akhir-akhir ini, kita lihat Najib kerap membuat pengumuman yang boleh disifatkan sebagai 'populis' apabila ianya membuat rakyat merasa senang hati dengan pengumuman yang dibuat oleh beliau. Mungkin ia sesuai dengan janji yang diberikan beliau sebelum ini yang beliau akan cuba menyelami denyut nadi rakyat marhaen dan cuba memberikan yang terbaik buat rakyat.
Begitu juga dengan Anwar, beliau sering membuat janji-janji yang begitu manis di dengar sekiranya Empayar beliau yang dinamakan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Di antaranya ialah menghapuskan pinjaman PTPTN dan memperkenalkan pendidikan tinggi percuma untuk rakyat.
Persoalanya sekarang diantara dua empayar tersebut, empayar manakah yang akan mendapat tempat di hati rakyat? Penulis percaya kedua-dua empayar tersebut mempunyai penyokongnya sendiri. Mungkin juga kekuatan penyokong kedua-dua empayar tersebut sama tetapi apa yang menjai penentu kepada kejayaan mereka adalah mereka-mereka yang berkecuali atau lebih tepat lagi kita katakan sebagai golongan 'atas pagar'.
Bagi memastikan empayar mereka mencapai kejayaan, mereka perlu berusaha untuk menyakinkan 'golongan atas pagar' agar memilih empayar mereka, mereka perlu menunjukkan empayar mereka adalah lebih daripada yang terbaik dan dapatlah 'golongan atas pagar' yakin dengan empayar mereka.
Penulis yakin pada waktu ini kedua-dua empayar tersebut sedang berusaha menjari 'senjata terbaik' untuk memastikan empayar mereka mencapai kemenangan. Disamping itu juga masing-masing berusaha untuk mencari kelemahan empayar masing-masing bagi memudahkan serangan dibuat.
Penulis merasakan sukar untuk meramalkan empayar mana yang dapat berkuasa selepas PRU13, begitu juga dengan saudari-saudari pembaca yang budiman sudah tentu anda semua tidak meramalkan empayar mana yang benar-benar dapat menguasai Malaysia, bersama-samalah kita nantikan keputusannya.
1 comment:
WINNABLE OR CABLE- NAJIB PILIH SIAPA?
Penulis bukan politikus yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN melaksanakan.
DS Najib banyak kali menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat. Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak, sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu. Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-
1. Rule of tumb-penukaran
Penulis cadangkan 50 peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas dasar `job rotation’. Jadi 50 peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau sihat atau usia muda. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah yang ditukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.
Polisi ini boleh digunapakai untuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan. Lebih ramai pemimpin politik boleh menjadi adun dan ahli parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.
Setengah tengah negera mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal. Amerika menghadkan dua penggal sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. BN boleh mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat masing-masing.
2. Rule of tumb- Pengalaman berbanding kurang pengalaman (Tua banding muda)
PM perlu membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi), Dato Jin Shamsudin (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh pendidik dan banyak lagi.
Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding.
Penulis berangan angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia.
Bersambung…
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com
Post a Comment