Bilangan Pengunjung:

Thursday, December 17, 2015

Kerjasama UMNO-PAS

Kerjasama UMNO-PAS
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini berlangsung satu perhimpunan yang dianggap keramat oleh ahli UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu Perhimpunan Agung UMNO atau ringkasnya PAU. Di dalam perhimpunan tersebut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghulurkan tangan mengeratkan silaturrahim dengan meminta PAS bersama-sama UMNO untuk membina Malaysia mengikut Syariat Islam. Sehingga kini ajakkan DS Najib itu terus dipolemikkan dan diperdebatkan terutamanya di antara media-media massa tempatan tak kiralah media cetak, media elektronik, mahupun media alternatif. 


Secara dasarnya penulis amat bersetuju sekali dengan cadangan DS Najib itu demi perpaduan umat Islam di Malaysia. Saban tahun umat Islam di Malaysia terus berpecah belah dek kerana doktrin politik yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan ianya membuka peluang kepada bukan Islam terutamnya Kafir Harbi untuk menuntut perkara yang bukan-bukan dan kadang-kadang ianya tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. 


Walaubagaimanapun, ajakkan Najib itu juga telah dipandang remeh oleh PAS selain ada juga yang menyangka saranan Najib itu hanyalah sebagai salah satu usaha UMNO untuk menyelamatkan kekuasaanya. PAS fikir UMNO tidak ikhlas di dalam seruan untuk bersatunya. PAS dilihat lebih berhati-hati dalam menangani isu ini, apa yang penting bagi mereka lebih selesa kekal bersendirian di samping bekerjasama dengan PKR tanpa melibatkan DAP dan juga PAN. 

Bagi penulis, adalah lebih baik PAS mencuba daripada terus menjadi parti yang disepak terajang oleh rakan pembangkang sendiri. Kata orang belum cuba, belum tau. PAS mungkin berfikiran positif dalam hal ini, janganlah angkuh dan sombong kerana itu kelak akan memakan dirinya sendiri. Penulis sendiri memang sudah lama mahukan penyatuan UMNO dan PAS dua parti yang majoritinya ahlinya adalah Umat Islam. 

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin