Bilangan Pengunjung:

Monday, March 26, 2018

Apa pencapaian KJ (Khairy Jamaluddin)? dan Masalah Bekalan Air Di Besut, Terengganu

Apa pencapaian KJ (Khairy Jamaluddin)? dan masalah bekalan air di Besut, Terengganu
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang juga UMNO sudah biasa bersikap 'kurang ajar', mungkin sebab itu kita tidak hairanlah ramai pemimpin yang berada di bawah naunganya bersikap 'kurang ajar' salah seorangnya adalah Khairy Jamaluddin merangkap bekas 'budak tingkat 4' semasa era pemerintahan Pak Lah Badawi. Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa beliaulah yang menjadi punca utama kejatuhan Pak Lah Badawi dan juga kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. 

Hari ini dia berlagak hebat dengan kurang ajarnya dia mengkritik mantan Perdana Menteri yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun yang juga berstatus negarawan. Mungkin pada waktu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau belum lagi dikutip dari tapak pelupusan sampah dan masih jadi pemakan sampah. Nasib baiklah, Pak Lah Badawi mengutip beliau dari tapak perlupusan sampah tersebut kalau tidak sampai sekarang tak bergelar 'pak menteri'. Walaupun sebelum itu beliau berharap dikutip oleh Anwar Ibrahim kerana meminati anak gadis pejuang reformasi itu, tapi sebaliknya apabila jawatan Anwar Ibrahim terlucut sebagai Timbalan Perdana Menteri akhirnya beliau terpaksa mencari orang lain sehingga ditakdirkan Allah beliau bermenantukan Pak Lah Badawi. Di sinilah bermulalah 'kerjaya politik yang menyinar' manusia bernama "Khairy Jamaluddin ini, penulis lebih suka memanggilnya dengan "Kera Jib" bersesuaian dengan tindakanya yang terus 'membela' Najib, bagi beliau tiada yang lebih maksum dari Najib.

Wahai Kera Jib, siapa kamu untuk cakap bukan-bukan tentang Tun Mahathir, kamu hanyalah 'budak hingusan' dalam politik kamu tak tahu apa-apa, kamu hanya berjaya bertukar daripada golongan 'pemakan sampah' menjadi golongan 'pemakan dedak'. Tak apalah kalau nak makan 'dedak' makanlah kenyang-kenyang tak payah nak sibuk-sibuk campur urusan orang lain kalau diri sendiri tiada satu pun pencapaian yang boleh dibanggakan. 



Pertama sekali, selaku Ketua Pemuda UMNO setakat ini penulis melihat tiada satu pun usaha-usaha untuk menarik semula sokongan rakyat kepada UMNO yang berjaya. Kebanyakkanya bersifat retorik dan 'syok sendiri' dan ahli UMNO juga tidak lupa dengan 'The Elitis"  yang berkempen menggunakan kereta mewah di Kelantan akhirnya memberi petaka buat UMNO Kelantan apabila kehilangan banyak kerusi di dalam Pilihan Raya Umum ketika itu, kalau tak silap penulis Pilihan Raya Umum Ke 12. Jadi apa kita nak bangga dengan dengan Khairy Jamaluddin? Bagi penulis ia boleh diibaratkan 'biawak hidup' di dalam UMNO dia sepatutnya melepaskan jawatan tersebut kerana beliau sememangnya tidak layak memimpin Pemuda UMNO yang merupakan salah satu sayap dalam UMNO.

Kedua, sebagai Menteri Belia dan Sukan, tiada satupun tindakan beliau yang membuktikan beliau seorang Menteri Kabinet yang berkaliber. Bermacam-macam masalah berkaitan belia gagal diselesaikan beliau seperti Mat Rempit, Remaja Berpeleseran, Pergaulan Bebas di mana sampai sekarang masalah ini beliau tidak dapat atasi. Jadi kalau diri sendiri tidak berkaliber usahlah mengkritik orang yang lebih berpengalaman dan juga lebih berusia daripada dia. Adakah mak bapak dia tak ajar menghormati orang tua? Ataupun Najib yang ajar dia jadi 'kurang ajar'. Penulis mencadangkan agar Khairy Jamaluddin meletak jawatan dan berundur dari dunia politik kerana terbukti beliau tidak layak. 

Berkenaan Sukan pula, tiada satu pun pencapaian yang boleh membanggakan di dalam aktiviti sukan negara sejak beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Banyak yang terus merudum dan merudum terutamanya Bola Sepak beliau sememangnya Menteri Belia dan Sukan paling gagal dalam sejarah. Jadi beliau sememangnya bukan sahaja tidak layak mengkritik Tun M malah beliau juga tidak layak memegang jawatan-jawatan besar dalam Politik dia hanya layak menjadi 'pemakan dedak' sahaja.

Masalah Bekalan Air Di Besut, Terengganu. 

Penulis masih ingat hari itu apabila Selangor dilanda masalah bekalan air, kecoh satu dunia ditambah pula dengan propaganda yang dibuat oleh media-media 'penjilat No 1 Kerajaan Barisan Najib" kononya ini buktinya Kerajaan Selangor Gagal. Media-media penjilat ini telah menjadikan isu air di Selangor ini sebagai 'headlines' mereka. Itulah tindakan tidak bermaruah media penjilat No 1 Kerajaan Barisan Najib.

Ditakdirkan Allah kini masalah Air turut melanda daerah Besut yang merupakan salah sebuah daerah di dalam negeri Terengganu. Umum mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Terengganu dikuasai oleh Barisan Najib. Jadi tidak bolehkah kita kata Kerajaan Barisan Najib Terengganu Gagal kerana isu air yang berlaku di Besut ini. Mengapa tidak boleh? Apa bezanya ? Cuma yang berbeza adalah Kerajaan Barisan Najib dan Kerajaan Pakatan Harapan. 

Dalam minggu ini sahaja sudah berapa kali gangguan bekalan air berlaku, tapi hari ini yang paling dasyat dalam sejarah Besut. Apa alasan mereka? Adakah Kerajaan Barisan Najib ingin menyalahkan Pakatan Harapan  berhubung isu air ini? Kalau nak salahkan PAS memang jauh sekali kerana kenyataan-penyataan Presidenya sejak akhir-akhirini seolah-olah menampakkan mereka telah bersekutu. Jadi fikir-fikirkanlah. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin