Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Oleh: yieMEGA
AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin kerana kesibukkan tugas penulis menyebabkan penulis kesuntukkan masa dan tidak mempunyai masa untuk menulis, akhirnya hari ini Allah tuhan seru sekian alam memberi sedikit masa terluang pada penulis bagi membolehkan penulis mengemaskinikan entri terbaru blog penulis ini.
Hari ini penulis memilih untuk membicarakan "Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia". Umum sudah mengetahui salah seorang pemimpin UMNO dari Kelantan telah belot dan pengkhianat kepada parti dan akar umbi. Orang itu adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Tok Pa. Dimulakan dengan pengumuman Tok Pa untuk keluar UMNO menjadi Ahli Parlimen Bebas dan tak berapa lama selepas itu beliau mengumumkan untuk menyertai Bersatu kerana katanya pada masa ini Bersatu lebih relevan berbanding UMNO. Maklum sahaja Bersatukan salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang berjaya menjajah Malaysia pada PRU14 yang berlalu pergi. Dengan erti kata lain, peluang untuk menjadi Menteri Kabinet yang sebelum ini terhenti seketika memandangkan UMNO khasnya dan BN amnya sudah bertukar posisi menjadi pembangkang dan tidak mungkin seorang ahli Parlimen Pembangkang akan dipilih menjadi Menteri Kabinet. Pelahap jawatan macam Tok Pa harus ada di dalam Bersatu bagi merealisasikan Impian Utama Mahafiraun eh silap Mahathir.
Penyertaan Tok Pa ke dalam Bersatu membuatkan kerusi Parlimen Bersatu bertambah lagi satu, dan sekaligus membuatkan Pakatan Harapan mendapat kerusi sulung Dewan Undangan Negeri Kelantan. Mungkin selepas ini semakin ramai "Pelahap Kuasa"di dalam UMNO akan murtad menjadi Ahli Bersatu. Dengan semakin meningkatnya bilangan kerusi Bersatu di Parlimen akan menjadikan Bersatu semakin lebih berkuasa di dalam KERAjaan Malaysia, pada waktu itu kemungkinan telah terlambat bagi Parti komponen PH yang lain seperti PKR, DAP untuk menangani apakah kemungkinan yang akan timbul sekiranya Bersatu makin kuat, PKR boleh lupakan impianya untuk menobatkan Anwar Ibrahim dan DAP pula boleh lupakan hasratnya untuk membina Malaysia untuk Malaysia kerana apabila Bersatu sudah kuat, berkemungkinan kedua-dua parti ini akan ditendang keluar sepertimana BN menendang Keluar PAS suatu ketika dulu.
Baca Lagi!