Bilangan Pengunjung:

Friday, May 2, 2008

اخبار سينر هارين واجر دڤوجي!

ڤوجيان يڠ ڤنوليس بريكن كڤد اخبار سينر هارين اين بوكنله كران ڤنوليس اداله ساله سأورڠ بكس ڤنوليس سمبيلن سينر هارين سواتو ماس دهولو، بوكن جوڬ برمقصود اونتوق مناريق هاتي سينر هارين سوڤاي مڠمبيل ڤنوليس منجادي ڤنوليس تتڤ سينر هارين تتاڤي ڤوجيان ڤنوليس كران تيندقن سينر هارين يڠ بوليه دصيفتكن مسرا بلوڬڬر دڠن منجاديكن ايسو-ايسو يڠ دكتڠهكن اوليه بلوڬڬر داڤت داوتاراكن.

سسياڤا يڠ ڤرنه ممباچ سينر هارين ڤستي اكن ترجومڤا رواڠن اينفورماسي دري بلوڬ يڠ مماڤركن اينفورماسي-اينفورماسي يڠ دڤتيق درڤد بلوڬ-بلوڬ سلوروه نڬارا، تيندقن اين ممبوليهكن رعيت يڠ تيدق مڠتاهوي چارا ڤڠڬوناان اينترنيت مڠتاهوي اڤا٢ ايسو يڠ داوتاراكن اوليه ڤارا بلوڬڬر تانه اير. والاوڤون ڤنوليس سديكيت تركيلن كران رواڠن بلوڬ يڠ دسدياكن اوليه سينر هارين ايت اڬق كچيل، نامون كات اورڠ "بيتتر سمالل ثان نيۏير" مقصودڽ لبيه باءيق كچيل درڤد تياد لڠسوڠ.

ڤمباچ-ڤمباچ اخبار اروس ڤردان تانه اير يڠ مڠتاهوي ڤركمبڠن ايسو-ايسو يڠ دكتڠهكن د دالم بلوڬ ڤنوليس چادڠكن اڬر مريك ممبلي اخبار سينر هارين د كاوسن-كاوسن يڠ اد دجوال اخبار ترسبوت، باڬي كاوسن يڠ بلوم سمڤأي جوالن اخبار سينر هارين ڤنوليس برهارڤ مريك برصبر منوڠڬو كران ڤنوليس دمعلومكن بهاوا اخبار اين اكن دڤرلواسكن د سلوروه نڬارا.

ميديا اروس ڤردان لاين واجر چونتوهي سينر هارين

ميديا-ميديا اروس ڤردان د تانه اير هندقله منچوتوهي تيندقن سينر هارين دڠن مڠتڠهكن ايسو-ايسو يڠ دكتڠهكن اوليه ڤارا بلوڬڬر تانه اير سلارس دڠن داسر مسرا بلوڬڬر يڠ دڤركنلكن اوليه منتري ڤنراڠن داتوق احمد شابيري چيايك. دڠن مڠاداكن رواڠن خاص ڤتيكن دري بلوڬ د ميديا ماسيڠ-ماسيڠ ڤنوليس ڤرچاي كسقسمأن دان كتلوسن ميديا اروس
ڤردان داڤت دڤرباءيقي دڠن لبيه موده لاڬي.

باڬي يڠ ماسيه بلوم ممباچ اخبار سينر هارين تنتو مريك تيدق تاهو بهاوا مريكله ساتو-ساتوڽ ميديا اروس ڤردان يڠ مڠڬوناكن داسر كسقسمأن دان كتلوسن د دالم ڤڽامڤاين بريتا كران بوكن سهاج بريتا-بريتا يڠ ممبري كاونتوڠن كڤد كراجأن دسياركن تتاڤي جوڬ بريتا-بريتا يڠ ممبري كاونتوڠن كڤد ڤمبڠكڠ توروت دسياركن دان اينله يڠ ديناماكن ميديا اروس ڤردان يڠ تيدق برت سبله، تيدق سڤرتي اد ميديا الترناتيف يڠ مڠاتكن ملاڤوركن بريتا يڠ تيدق برت سبله تتاڤي سبنرڽ مليسيت مريك جوڬ اداله برت سبله، اونتوق ملاهيركن ميديا يڠ بتول-بتول الترناتيف اياله ميديا يڠ تيدق مڽبلها مان-مان ڤيهق دان مڠكريتيك سسياڤا سهاج يڠ ساله باءيق كراجأن باءيق ڤمبڠكڠ.

چادڠن كڤد سينر هارين

ڤنوليس ايڠين منچادڠكن كڤد اخبار سينر هارين ڤد ماس اكن داتڠ بوليه له مريك منچوبا اونتوق مڠاداكن كولوم خاص يڠ مماڤركن ايسو-ايسو يڠ دڤتيق دري بلوڬ-بلوڬ يڠ دمواتكن د دالم كالاو بوليه دوا موك سورت اتاوڤون ساتو موك سورت اونتوق مماڤركن ايسو-ايسو دري بلوڬ يڠ دتوليس اوليه ڤارا بلوڬڬر تانه اير دمي منجاديكن مليسيا اين نڬارا ماجو دان بيبس منريما دان ممبري كريتيككن باڬي مان-مان ڤركارا يڠ مريك راس سسواي.

اخيركات، كسوڠڬوهن سينر هارين مڠتڠهكن ايسو-ايسو يڠ دكموكاكن اوليه ڤارا بلوڬڬر تانه اير كڤد مشاركت عموم باڬي ممبوليهكن مريك-مريك يڠ تيدق ممڤوڽاءي كموداهن اينترنيت منداڤتكن اينفورماسي تراوتماڽ ڤندودوق لوار بندر. سموڬ لڠكه سينر هارين اين منجادي ايكوتن ميديا-ميديا اروس ڤردان لاين.


Baca Lagi!

Akhbar Sinar Harian Wajar Dipuji!

Pujian yang penulis berikan kepada akhbar Sinar Harian ini bukanlah kerana penulis adalah salah seorang bekas Penulis Sambilan Sinar Harian suatu masa dahulu, bukan juga bermaksud untuk menarik hati Sinar Harian supaya mengambil penulis menjadi penulis tetap Sinar Harian tetapi pujian penulis kerana tindakan Sinar Harian yang boleh disifatkan mesra Blogger dengan menjadikan isu-isu yang diketengahkan oleh Blogger dapat diutarakan.

Sesiapa yang pernah membaca Sinar Harian pasti akan terjumpa ruangan informasi dari Blog yang memaparkan informasi-informasi yang dipetik daripada blog-blog seluruh negara, tindakan ini membolehkan rakyat yang tidak mengetahui cara penggunaan internet mengetahui apa-apa isu yang diutarakan oleh para Blogger tanah air. Walaupun penulis sedikit terkilan kerana ruangan blog yang disediakan oleh Sinar Harian itu agak kecil, namun kata orang "Better Small Than Never" maksudnya lebih baik kecil daripada tiada langsung.

Pembaca-pembaca akhbar arus perdana tanah air yang mengetahui perkembangan isu-isu yang diketengahkan di dalam blog penulis cadangkan agar mereka membeli akhbar Sinar Harian di kawasan-kawasan yang ada dijual akhbar tersebut, bagi kawasan yang belum sampai jualan akhbar Sinar Harian penulis berharap mereka bersabar menunggu kerana penulis dimaklumkan bahawa akhbar ini akan diperluaskan di seluruh negara.

Media Arus Perdana Lain Wajar Contohi Sinar Harian

Media-media arus perdana di tanah air hendaklah mencotohi tindakan Sinar Harian dengan mengetengahkan isu-isu yang diketengahkan oleh para Blogger tanah air selaras dengan Dasar Mesra Blogger yang diperkenalkan oleh Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Dengan mengadakan ruangan khas petikan dari blog di media masing-masing penulis percaya kesaksamaan dan ketelusan media arus perdana dapat diperbaiki dengan lebih mudah lagi.

Bagi yang masih belum membaca akhbar Sinar Harian tentu mereka tidak tahu bahawa merekalah satu-satunya media arus perdana yang menggunakan dasar kesaksamaan dan ketelusan di dalam penyampaian berita kerana bukan sahaja berita-berita yang memberi keuntungan kepada kerajaan disiarkan tetapi juga berita-berita yang memberi keuntungan kepada pembangkang turut disiarkan dan inilah yang dinamakan media arus perdana yang tidak berat sebelah, tidak seperti ada media alternatif yang mengatakan melaporkan berita yang tidak berat sebelah tetapi sebenarnya meleset mereka juga adalah berat sebelah, untuk melahirkan media yang betul-betul alternatif ialah media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mengkritik sesiapa sahaja yang salah baik kerajaan baik pembangkang.

Cadangan Kepada Sinar Harian

Penulis ingin mencadangkan kepada akhbar Sinar Harian pada masa akan datang boleh lah mereka mencuba untuk mengadakan kolum khas yang memaparkan isu-isu yang dipetik dari blog-blog yang dimuatkan di dalam kalau boleh dua muka surat ataupun satu muka surat untuk memaparkan isu-isu dari blog yang ditulis oleh para Blogger tanah air demi menjadikan Malaysia ini negara maju dan bebas menerima dan memberi kritikkan bagi mana-mana perkara yang mereka rasa sesuai.

Akhirkata, kesungguhan Sinar Harian mengetengahkan isu-isu yang dikemukakan oleh para Blogger Tanah air kepada masyarakat umum bagi membolehkan mereka-mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet mendapatkan informasi terutamanya penduduk luar bandar. Semoga langkah Sinar Harian ini menjadi ikutan media-media arus perdana lain.

Baca Lagi!

Thursday, May 1, 2008

امنو سكارڠ أومڤام مڠڬ بوروق

ڤنوليس داڤت مراساكن تنتو اورڠ يڠ ترباچ تاجوق اين اكن ملابيلكن ڤنوليس سباڬاي انتي امنو كران لازيمڽ مأنسي اين منيلاي سسواتو دري سودوت لواران دي تق منيلاي دري سودوت دالمن باڬي مريك كالاو بواه مڠڬ يڠ كوليت كونيڠ كامسان تياد چاچت چلا مك تنتوڽ ايسيڽ ڤون باڬوس، اينله مينتاليتي يڠ كيت تيدق بوليه اوبه، ايڠت بلوم تنتو كوليت يڠ ايلوق ايسيڽ ايلوق، كادڠ-كادڠ كوليت د لوار تو نمڤق سهاج ايلوق تتاڤي سكيراڽ دكوڤاس مشاالله توهن سرو سكالين عالم ساج يڠ تاهو بتاڤ بوسوق دان بوروقڽ مڠڬ ايت.

سبنرڽ ڤنوليس بوكنله انتي-امنو تتاڤي ڤنوليس مراسا برتڠڬوڠجواب اونتوق منددهكن ڤركارا اين دمي مڽلامتكن امنو. اڤ يڠ دمك سدوكن دڠن امنو أومڤام مڠڬ بوروق د سيني اياله امنو سبنرڽ بوليه دڤرباءيقي لاڬي دان دڤربهاروءي سام سڤرتي مڠڬ بوروق يڠ تق سموا ايسيڽ بوروق جادي سكيراڽ كيت نق ماكن مڠڬ ايت كران كالاو نق دبواڠ ممباذير كيت كنا بواڠله بهاڬين-بهاڬين يڠ بوروق مڠڬ ايت. اڤابيلا كيت ادڤتاسيكن بواه مڠڬ بوروق تادي دڠن امنو اياله كونسيڤڽ سام جوڬ كيت بواڠ سموا يڠ بوروق باروله كقواتن امنو داڤت دڤربهاروءي.

كالاو مڠڬ بوروق كيت مڠڬوناكن ڤيساو اونتوق ممبواڠ بهاڬين-بهاڬين يڠ بوروق، باڬايمانا ڤولا دڠن امنو؟ اڤاكه ڤولا ڤرالاتن يڠ دڤرلوكن اونتوق ممبواڠ بهاڬين-بهاڬين يڠ بوروق د دالم امنو؟ ڤرالاتن يڠ دڤرلوكن اونتوق ممبواڠ بهاڬين-بهاڬين يڠ بوروق د دالم امنو اياله ڤرهيمڤونن اڬوڠ امنو. باڬايمانا هندق مڠڬوناكن ڤرهيمڤونن اڬوڠ امنو سباڬاي ءالتء اونتوق ممبواڠ يڠ بوروق د دالم امنو؟ جواڤنيا موده سكالي بواڠله مان-مان اورڠ يڠ منجادي ڤونچا كڤد برلاكوڽ بهاڬين امنو منجادي بوروق. اڤ لاڬي دڤرلوكن اونتوق ممڤربتولكن كادأن؟ جاوتن ترتيڠڬي د دالم امنو هندقله جوڬ دڬنتي كران د جاوتن ترسبوت اد ءاولت بسرء يڠ منجاديكن امنو منجادي بوروق. ڤنوليس منچادڠكن يڠ برحرمت مليا تڠكو غزالياغ حمزه مڠڬنتيكن جاوتن ترتيڠڬي ترسبوت، اهلي-اهلي ڤريڠكت مرحين امنو ڤاتوت ممبري سوكوڠن كڤد بلياو كران بلياو اداله اورڠ يڠ ڤاليڠ لايق دان مروڤاكن ڤميمڤين يڠ برستاتوس نڬاراون د سمڤيڠ بلياو اداله لڬسي تون عبدالرازق يڠ ماسيه اد دان جوڬ بلياو تياد انق سچارا اوتوماتيكڽ بلياو تياد مننتو، بلياو هاڽ ماهو برخدمت.

ڤرچايله اهلي-اهلي امنو سلوروه نڬارا، سكيراڽ كيت برجاي ممبواڠ يڠ بوروق د دالم امنو مك ڤنوليس يقين كيت اكن ڬاڬه كمبالي، سامله سڤرتي كيت ممبواڠ بهاڬين يڠ بوروق د دالم سبيجي مڠڬ، كيت اكن داڤت ماكن مڠڬ ايت اخيرڽ، ماريله برساتو هاتي اهلي-اهلي امنو سلوروه نڬارا اونتوق ممبوات ساتو ڬرقن سوڤاي ڤروسيس ڤمبواڠن يڠ بوروق د دالم امنو دمي مڽلامتكن واريثن ڤرجواڠن نينيق مويڠ كيت يڠ برجواڠ منونتوت كمرديكأن. جاڠن لاڬي منجادي ڤق توروت دان لايو كران واڠ ريڠڬيت يڠ دتاوركن اونتوق مڽوكوڠ اورڠ ترتنتو، جاڠن بياركن امنو دقبوركن تنڤا نيسن دمي اليف، با، تا ﴿اڬام، بڠسا دان تانه اير﴾ ماريله ممبوات سسواتو اڬر بنديرا امنو تروس بركيبر مڬه د اڠكاس مليسيا.

Baca Lagi!

UMNO Sekarang Umpama Mangga Buruk!

Penulis dapat merasakan tentu orang yang terbaca tajuk ini akan melabelkan penulis sebagai anti UMNO kerana lazimnya manusia ini menilai sesuatu dari sudut luaran dia tak menilai dari sudut dalaman bagi mereka kalau buah mangga yang kulit kuning keemasan tiada cacat cela maka tentunya isinya pun bagus, inilah mentaliti yang kita tidak boleh ubah, ingat belum tentu kulit yang elok isinya elok, kadang-kadang kulit di luar tu nampak sahaja elok tetapi sekiranya dikupas MasyaAllah tuhan seru sekalian alam saja yang tahu betapa busuk dan buruknya mangga itu.

Sebenarnya penulis bukanlah anti-UMNO tetapi penulis merasa bertanggungjawab untuk mendedahkan perkara ini demi menyelamatkan UMNO. Apa yang dimaksdukan dengan UMNO umpama Mangga Buruk di sini ialah UMNO sebenarnya boleh diperbaiki lagi dan diperbaharui sama seperti Mangga Buruk yang tak semua isinya buruk jadi sekiranya kita nak makan mangga itu kerana kalau nak dibuang membazir kita kena buanglah bahagian-bahagian yang buruk mangga itu. Apabila kita adaptasikan buah mangga buruk tadi dengan UMNO ialah konsepnya sama juga kita buang semua yang buruk barulah kekuatan UMNO dapat diperbaharui.

Kalau Mangga buruk kita menggunakan pisau untuk membuang bahagian-bahagian yang buruk, bagaimana pula dengan UMNO? Apakah Pula Peralatan yang diperlukan untuk membuang bahagian-bahagian yang buruk di dalam UMNO? Peralatan yang diperlukan untuk membuang bahagian-bahagian yang buruk di dalam UMNO ialah Perhimpunan Agung Umno. Bagaimana hendak menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai 'alat' untuk membuang yang buruk di dalam UMNO? Jawapanya mudah sekali buanglah mana-mana orang yang menjadi punca kepada berlakunya bahagian UMNO menjadi buruk. Apa lagi diperlukan untuk memperbetulkan keadaan? Jawatan Tertinggi di dalam UMNO hendaklah juga diganti kerana di jawatan tersebut ada 'ulat besar' yang menjadikan UMNO menjadi buruk. Penulis mencadangkan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah menggantikan jawatan tertinggi tersebut, ahli-ahli peringkat Marhaen UMNO patut memberi sokongan kepada beliau kerana beliau adalah orang yang paling layak dan merupakan pemimpin yang berstatus Negarawan di samping beliau adalah Legasi Tun Abdul Razak yang masih ada dan juga beliau tiada anak secara automatiknya beliau tiada menantu, beliau hanya mahu berkhidmat.

Percayalah ahli-ahli UMNO seluruh negara, sekiranya kita berjaya membuang yang buruk di dalam UMNO maka penulis yakin kita akan gagah kembali, samalah seperti kita membuang bahagian yang buruk di dalam sebiji mangga, kita akan dapat makan mangga itu akhirnya, marilah bersatu hati ahli-ahli UMNO seluruh negara untuk membuat satu gerakan supaya proses pembuangan yang buruk di dalam UMNO demi menyelamatkan warisan perjuangan nenek moyang kita yang berjuang menuntut kemerdekaan. Jangan lagi menjadi Pak Turut dan layu kerana wang ringgit yang ditawarkan untuk menyokong orang tertentu, jangan biarkan UMNO dikuburkan tanpa nisan demi Alif, Ba, Ta (Agama, Bangsa dan Tanah Air) marilah membuat sesuatu agar bendera UMNO terus berkibar megah di angkasa Malaysia.



Baca Lagi!

Dr Mahathir Mohamad: The Appointment of Judges

Dr Mahathir Mohamad: The Appointment of Judges
Baca Lagi!

سيارن لڠسوڠ ڤرسيداڠن ڤرليمين واجر دتروسكن

ڤنوليس ڤد كالي اين ايڠين مڠتڠهكن ايسو بركاءيتن دڠن سيدڠ ڤرليمين يڠ كيني دسياركن سچارا لڠسوڠ د رتم1 سلاما 45 مينيت. كلمارين اد ڤرتيكامن ليده برلاكو د انتارا كرڤل سيڠه، بوكيت ڬلوڬور دان داتوق بوڠ مختار رادين، كينباتڠن، د مان كرڤل سيڠه مڠڬلر داتوق بوڠ موكتر رادين سباڬاي بيڬ فوت كران مڠڠڬو سؤالاڽ يڠ ممڤرسوالكن كدودوكن داتوق ڤدوك إبراهيم علي كران برادا د ديوان سباڬاي اهلي ڤرليمين بيبس سداڠكن دڤ إبراهيم علي منڠ اتس تيكيت ڤاس.

بركنأن دڠن ايسو دڤ إبراهيم علي اين، سڤاتوڽ اي سوده تيدق منجادي ايسو كران سبلوم ڤيليهن راي عموم 12 بارو-بارو اين، توان ڬورو نئ عبدالعزيز نئ مت تله منرڠكن بهاوا دڤ إبراهيم علي اداله چالون بيبس يڠ برتنديڠ اتس تيكيت ڤاس. كمودين دايكوتي ڤولا اوليه كڽاتأن ميديا دڤ إبراهيم علي سلڤس بلياو برجاي ممنڠي كروسي ڤرليمين ڤاسير مس يڠ مڠاتكن بلياو هندق منجادي اهلي ڤرليمين بيبس. جلس د سيني دڤ إبراهيم اداله اهلي ڤرليمين بيبس دان سسياڤا يڠ ممڤرسوالكڽ موڠكين دي تق هابيس سكوله.

برباليق كڤد سيارن لڠسوڠ سيدڠ ڤرليمين يڠ دسياركن اوليه رتم1. ڤنوليس برڤنداڤت سيارن لڠسوڠ اين واجر دتروسكن ماله واجر دتمبه وقتو ڤنڽياراڽ باڬي ممڤرليهتكن ڤراڠاي سبنر اهلي-اهلي ڤرليمين دري سلوروه نڬارا كران د دالم سيستم ديموكراسي اين منونتوت رعيت منجادي جوري، جادي اداله لبيه ايلوق سكيراڽ سيارن اين دتروسكن دان دتمبه ماس سياراڽ.

تق ڤرلوله كيت منجاديكن ڤرتيكامن ليده كرڤل دان بوڠ موكتر رادين سباڬاي كايو ڤڠوكور اونتوق مننتوكن كواجرن سيارن لڠسوڠ اين كران رعيت ميمڠ تاهو د دالم ڤرليمين ميمڠ ڤنوه دڠن ڤنچاروب. بريكنله ڤلواڠ كڤد رعيت اونتوق مڠادلي ڤميمڤين يڠ مواكيلي كاوسن مريك برحجه كران اينله ڤلواڠ ترباءيق اونتوق منجاديكن رعيت لبيه ءتلوسء د دالم مميليه ڤميمڤين مريك.

ڤنوليس ممبنته سكرس-كراسڽ سكيراڽ سيارن لڠسوڠ سيدڠ ڤرليمين اين دهنتيكن كران اي تله منوتوڤ ڤلواڠ رعيت د دالم ڤروسيس مڠادلي اهلي ڤرليمين يڠ مواكيلي كاوسن مريك. ڤنوليس مموهون سيارن لڠسوڠ سيدڠ ڤرليمين اين دتروسكن كران "هاڽ جوهري يڠ مڠنل مانيكم". رتم1 تيدق اكن روڬي اڤا٢ سكيراڽ تروس مڽياركن سيارن لڠسوڠ اين ماله لبيه مڠوتوڠكن لاڬي ممندڠكن راتيڠ مريك سماكين منيڠكت سلڤس احمد شابيري چيايك مڠمبيل اليه كمنترين ڤنراڠن.

Baca Lagi!

Siaran Langsung Persidangan Parlimen Wajar Diteruskan

Penulis pada kali ini ingin mengetengahkan isu berkaitan dengan sidang Parlimen yang kini disiarkan secara langsung di RTM1 selama 45 minit. Kelmarin ada pertikaman lidah berlaku di antara Karpal Singh, Bukit Gelugur dan Datuk Bung Mokhtar Radin, Kinabatangan, di mana Karpal Singh menggelar Datuk Bung Moktar Radin sebagai Big Foot kerana menganggu soalanya yang mempersoalkan kedudukan Datuk Paduka Ibrahim Ali kerana berada di dewan sebagai Ahli Parlimen Bebas sedangkan DP Ibrahim Ali menang atas tiket PAS.

Berkenaan dengan isu DP Ibrahim Ali ini, sepatunya ia sudah tidak menjadi isu kerana sebelum Pilihan Raya Umum 12 baru-baru ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menerangkan bahawa DP Ibrahim Ali adalah Calon Bebas yang bertanding atas tiket PAS. Kemudian diikuti pula oleh kenyataan media DP Ibrahim Ali selepas beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas yang mengatakan beliau hendak menjadi Ahli Parlimen Bebas. Jelas di sini DP Ibrahim adalah ahli Parlimen Bebas dan sesiapa yang mempersoalkanya mungkin dia tak habis sekolah.

Berbalik kepada Siaran Langsung Sidang Parlimen yang disiarkan oleh RTM1. Penulis berpendapat siaran langsung ini wajar diteruskan malah wajar ditambah waktu penyiaranya bagi memperlihatkan perangai sebenar ahli-ahli Parlimen dari seluruh negara kerana di dalam sistem demokrasi ini menuntut rakyat menjadi juri, jadi adalah lebih elok sekiranya siaran ini diteruskan dan ditambah masa siaranya.

Tak perlulah kita menjadikan pertikaman lidah Karpal dan Bung Moktar Radin sebagai kayu pengukur untuk menentukan kewajaran siaran langsung ini kerana rakyat memang tahu di dalam Parlimen memang penuh dengan pancaroba. Berikanlah peluang kepada rakyat untuk mengadili pemimpin yang mewakili kawasan mereka berhujah kerana inilah peluang terbaik untuk menjadikan rakyat lebih 'telus' di dalam memilih pemimpin mereka.

Penulis membantah sekeras-kerasnya sekiranya Siaran Langsung Sidang Parlimen ini dihentikan kerana ia telah menutup peluang rakyat di dalam proses mengadili Ahli Parlimen yang mewakili kawasan mereka. Penulis memohon Siaran Langsung Sidang Parlimen ini diteruskan kerana "Hanya jauhari yang mengenal manikam". RTM1 tidak akan rugi apa-apa sekiranya terus menyiarkan siaran langsung ini malah lebih mengutungkan lagi memandangkan rating mereka semakin meningkat selepas Ahmad Shabery Cheek mengambil alih Kementerian Penerangan.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin