Bilangan Pengunjung:

Tuesday, December 3, 2013

Ustaz Kazim Elias dan Muzakarah UMNO-PAS

Ustaz Kazim Elias
Oleh: yieMEGA

TELAH lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini ekoran daripada komputer baru-baru ini mengalami kerosakkan dan tidak berkesempatan untuk membaik pulih komputer berkenaan kerana penulis lebih gemar untuk membaikpulih kerosakan komputer itu sendiri. 

Penulis merasakan sudah begitu banyak isu yang penulis telah terlepas untuk mengemaskini dan mengulasnya secara panjang lebar di dalam blog penulis ini. Mungkin isu-isu tersebu telah dikupas oleh blogger-blogger lain, jadi ada baiknya sekiranya penulis mengabaikan isu tersebut. 

Beberapa hari yang lalu timbul satu berkenaan dengan seorang pendakwah bebas terkenal Ustaz Kazim Elias telah dilantik oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menganggotai barisan Majlis Tertinggi UMNO. Perlantikkan Ustaz Kazim Elias itu telah menjadi polemik hangat sehingga kini. Malah, Ustaz Kazim telah dicemuh oleh kebanyakkan ahli-ahli PAS dan juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain dan memaksa beliau meisytiharkan keluar daripada PAS kerana tak tahan dengan karenah mereka-mereka yang begitu angkuh di dalam PAS. 

Bagi penulis, sepatunya ahli-ahli PAS tidak berbuat demikian kerana tindakan seperti itu penulis anggapnya satu perbuatan yang 'tidak islamik' sedangkan mereka berada di dalam sebuah parti yang memperjuangkan apa yang dikatakan Islamik. 

Perlantikkan Ustaz Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pandangan penulis ialah satu penghormatan yang sewajarnya diberikan kepada pendakwah bebas seperti Ustaz Kazim Elias ini, golongan pendakwah ini sebenarnya diperlukan UMNO untuk menegakkan salah satu daripada tiang Alif Ba Ta yang telah digunapakai oleh UMNO sekian lama. Alif mewakili Agama, Ba mewakili Bangsa Ta mewakili Tanah Air. 

Mungkin juga perlantikan Ustaz Kazim merupakan salah satu daripada strategi Plan Transformasi UMNO untuk memastikan parti yang sudah sekian lama ini terus relevan dan tidak ditelan zaman. Penulis menyarankan agar UMNO terus memberi ruang kepada sesiapa sahaja terutamanya pendakwah yang ada di anah air ini untuk mencurahkan bakti kepada UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 

Muzakarah UMNO-PAS

Penulis menyokong 100% usaha-usaha ke arah untuk mengadakan Muzakarah antara UMNO dan PAS kerana kedua-dua parti tersebut didominasi oleh kaum Melayu, tambahan pula dalam konteks Perlembagaan Malaysia Melayu adalah mereka yang beragama Islam jadi Muzakarah UMNO-PAS ini membantu menyatu padukan umat Islam di Malaysia.

Penulis melihat betapa pentingnya Penyatuan Ummah di dalam misi untuk memastikan Umat Islam tidak akan ditindas oleh musuh-musuh Islam terutamanya mereka yang tergolong di dalam golongan kafir harbi. Inilah masanya untuk Umat Islam di negara kita bersatu padu dalam berjihad untuk menentang golongan kafir harbi yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan Islam. 

Akhir kalam, ingat kata pepatah "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" oleh itu marilah kita berusaha untuk menyatukan padukan  umat Islam di Malaysia. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin