Bilangan Pengunjung:

Saturday, November 14, 2015

Menggali Kubur UMNO

Menggali Kubur UMNO
Oleh: yieMEGA

MENGGALI kubur UMNO menjadi tajuk pilihan penulis pada artikel penulis pada kali ini. Tajuk yang penulis pilih ini bersesuaian dengan keadaan semasa kini. Beberapa isu yang terpalit pada UMNO sejak kebelakangan ini telah menyebabkan UMNO mula goyah. Realitinya sokongan akar umbi kepada UMNO telah pun merosot disebabkan beberapa isu yang terus menghantui UMNO.

Daripada isu derma 2.6B, isu 1MDB dan terbaru isu YAPEIM telah sedikit sebanyak mengugat kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah Malaysia. Kredibiliti kerajaan pimpinan rejim Najib Razak juga terjejas teruk sehinggakan semakin ramai akar umbi UMNO sudah melafazkan ketidakpercayaan mereka pada Najib Razak. 

Isu-isu yang timbul sepertimana penulis sebutkan tadi secara terang lagi bersuluh telah menganggu gugat UMNO merupakan sebuah parti yang meneruskan legasi Tengku Abdul Rahman. Imej UMNO sememangnya tercalar-balar disebabkan isu-isu yang penulis sebutkan tadi.

UMNO perlu mengambil langkah pemulihan bagi memastikan kesinambungan pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO di Malaysia. Penulis bersetuju kepada pandangan Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir bahawa UMNO sememangnya memerlukan perubahan.

Apa yang penulis dapat lihat ialah perubahan paling mandatori UMNO kena buat ialah menukar pucuk pimpinan yang sedia ada. UMNO memerlukan presiden baru untuk membuat 'transformasi' pada UMNO, di samping membersihkan nama UMNO agar rakyat terus menerasi legasi pemerintahan UMNO.


Baca Lagi!

Wednesday, November 11, 2015

Negara Dikuasai Politik Pegampu

Negara Dikuasai Politik Pegampu
Oleh: yieMEGA

ARTIKEL penulis pada kali ini berkisar tentang suatu fenomena baru yang timbul di arena politik tanah air kita. Fenomena yang penulis gelarkanya sebagai 'Politik Pengampu'. Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Pengampu bermaksud orang yang suka mengampu atau memuji-muji seseorang.

Dewasa ini semakin banyak lahir pemimpin-pemimpin yang suka jadi pengampu. Paling melampau lagi pegampu ini akan menyerang sesiapa sahaja yang menyerang orang yang di ampunya. Sebenarnya pada pandangan penulis pengampu sememangnya tidak layak untuk bergelar pemimpin kerana mereka juga mungkin bergelar pemimpin kerana 'kuat mengampu'. 

Kewujudan Pengampu dalam dunia politik hari ini tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pengampu selalunya tidak mengambil peduli apa orang bawah kata tetapi mereka lebih kepada mengambil tindakan sendiri dengan menyokong 100% orang yang disokongnya walaupun kredibiliti orang yang disokongnya itu diragui oleh akar umbi. 

Tidak keterlaluan kewujudan pengampu dalam politik ini boleh mendatangkan bahaya besar kepada parti-parti politik di tanah air. Kewujudan golongan pengampu ini jugalah menyebabkan masalah-masalah rakyat peringkat bawahan gagal diselesaikan dengan baik. Permasalaahan rakyat di peringkat bawahan gagal diterjemah dengan baik dan hasilnya rakyat memberi undi kepada parti lawan. Itu hakikat yang kita kena akui.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin