Bilangan Pengunjung:

Sunday, January 18, 2009

Keputusan PRK P036 Kuala Terengganu Bukti Rakyat Terengganu Tolak Kepimpinan Ahmad Said

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia
Sudah diketahui sudah keputusan Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen P036 Kuala Terengganu, di mana pembangkang yakni PAS berjaya menawan Kerusi parlimen tersebut yang sebelum ini disandang oleh Barisan Nasional atau BN. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa BN boleh kalah di kerusi yang sudah hampir dua penggal dikuasai Barisan Nasional.

Memang benar kalah dan menang adat pertandingan, tetapi rasionalnya kekalahan Barisan Nasional ini sudah tentu ada sebab musabab yang munasabah dan rasional menjadikan Barisan Nasional sebagai parti di negeri Terengganu tewas. Jelas sekali ada beberapa perkara yang menyebabkan BN tewas di Parlimen P036 Kuala Terengganu dan menjadikan kekalahan kedua BN semasa PRK selepas PRK Permatang Pauh.

Penulis jangkakan bahawa ramai sudah mengetahui bahawa MB Terengganu sekarang ini yang juga Pengerusi BN Negeri iaitu Datuk Ahmad Said merupakan seorang pemimpin yang tidak disukai ramai lebih-lebih lagi rakyat di Kuala Terengganu yang masih mahu menyokong legasi Mantan MB Terengganu iaitu Datuk Idris Jusoh, tambahan pula terdapat beberapa peristiwa yang Ahmad Said lakukan menyebabkan rakyat di Kuala Terengganu hatinya terluka, antaranya adalah salah satu Perbarisan Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang diadakan di Kemaman sedangkan Kuala Terengganu adalah ibu negeri bagi negeri Terengganu Darul Iman Tersebut walhal semasa era mantan MB Dulu tidak pula ia diadakan di Besut sebaliknya ia tetap diadakan di Kuala Terengganu.

Walaupun perkara sedemikian mungkin boleh dianggap remeh tetapi jelas terpancar bahawa perkara tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalah UMNO/Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Selain itu kenyataan berbaur ugutan Ahmad Said semasa kempen PRK P036 Kuala Terengganu baru-baru ini juga menjadi punca kepada kekalahan BN di Parlimen tersebut. Dari pemerhatian penulis jelas sekali rakyat Terengganu menolak kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AHMAD SAID PERLU LETAK JAWATAN MB TERENGGANU DAN PENGERUSI BN NEGERI

Penulis sebagai rakyat Terengganu dengan ini mendesak agar Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga Pengerusi BN Negeri, kerana jelas sekali rakyat Terengganu menolak kepimpinan Datuk Ahmad Said. Pada masa yang sama Ahmad Said Perlu bertanggung jawab terhadap kekalahan yang dialami oleh BN di kerusi yang sudah hampir dua penggal dimenangi oleh BN ini. Penulis yakin selagi Ahmad Said menerajui Terengganu dan BN Terengganu BN akan terus mengalami kekalahan demi kekalahan di Pilihan Raya-pilihan raya yang disertai BN dan juga kemungkinan besar Terengganu akan jatuh ke tangan pembangkang kembali.

Sebelum nasi menjadi bubur penulis mewakili rakyat Terengganu yang ahli UMNO Terengganu yang lain mendesak dengan sekeras-kerasnya Ahmad Said perlu letak jawatan sebelum Kerajaan BN Terengganu bakal ditumbangkan semasa era kepimpinan beliau.


Reblog this post [with Zemanta]

3 comments:

Anonymous said...

woi..calon la sengal sangat..apsal pengerusi BN Trg pulak ni..proxy dollah kau ni..huhpttuui!!(ludah kat muka)

Badrulsyah said...

Sebab Utama BN Kalah di KT

Pelbagai pihak membuat kenyataan dan andaian sebab utama BN kalah di Kuala Terengganu. Ada yang menyatakan kerana Calon dan ada yang menyatakan kempen cara lama dan sebagainya. Sudah pasti ramai yang akan membuat post-mortem dan analisis mencari punca kekalahan tersebut.
-
Yang sebenarnya, punca ataupun sebab utama BN kalah di KT adalah disebabkan oleh BUDAYA FITNAH. BN telah menjadi mangsa fitnah. Fitnah-fitnah ini dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap BN.....baca selanjutnya di suararakyatselangor.blogspot.com

UMNO PARTI PENJARA said...

Betul ke ni? Mungkin ada sebab lain kot :-)

Saya ada bagi faktor kekalahan kat laman blog saya..

























p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu

Blog Widget by LinkWithin