Bilangan Pengunjung:

Saturday, July 31, 2010

Lepas Felda, Felcra Pula Menjadi Sasaran PR


Lepas Felda, Felcra Pula Menjadi Sasaran PR

BARU-BARU INI Malaysia dihangatkan dengan isu Felda apabila Pakatan Rakyat melalui salah sebuah lidah parti subahat mereka dengan melemparkan fitnah kononya Felda Bankrap, akhirnya isu itu memakan diri mereka sendiri.

Setelah gagal dengan misi mereka menjatuhkan Felda, kini mereka cuba untuk menjadikan Felcra pula sebagai sasaran mereka seterusnya. Khabarnya misi menjatuhkan Felcra ini diketuai oleh Zaid Ibrahim atau dengan kata lain Zaid Ibrahim adalah Panglima Perang untuk misi mereka yang terbaru ini.

Mungkin ini adalah cubaan Zaid Ibrahim untuk menonjolkan diri, bagi menunjukkan dia seorang pemimpin yang hebat walaupun dirinya sendiri tak terpimpin oleh dirinya sendiri.

Penulis merasa hairan adakah mereka tidak serik dengan insiden semasa mereka cuba 'menyerang' Felda baru-baru ini. Mungkin juga dengan mengadakan aktiviti 'serangan' itu mereka akan kelihatan sebagai hero oleh peserta-peserta Felcra, kalau yang tidak faham mereka tentu akan terpengaruh.

Peserta Felcra perlu faham apakah tujuan yang tersirat di sebalik kesungguhan mereka yang kononya ingin membantu warga Felcra. Serangan-serangan yang mereka cuba lakukan terhadap Felcra sedikit sebanyak akan menjejaskan pendapatan Felcra secara tidak langsung pendapatan peserta Felcra juga akan terjejas disebabkan tindakan PR yang diketuai Zaid Ibrahim itu.

Dengan kata lain, PR yang diketuai Zaid Ibrahim telah melempar pasir ke dalam periuk-periuk nasi peserta Felcra, walaupun pada zahirnya kelihatan seperti mereka seperti benar-benar menolong tetapi sebenarnya tidak.

Bagi mereka yang faham, izinkan penulis merangkan sedikit mengenainya:

Spekulasi mengikut hukum ekonomi boleh mempengaruhi kedudukan ekonomi, sebagai contoh sekiranya spekulasi dibuat terhadap Felcra secara tidak langsung ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi Felcra atau dengan kata lain ia akan menjejaskan pendapatan felda dan secara tidak langsung dividen kepada peserta akan berkurangan.

Apa yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang ini ia disebutkan sebagai spekulasi, jadi secara tidak langsung peserta yang terpengaruh dengan kempen mereka ini telah ditipu mentah-mentah oleh mereka.

Sementara itu, pengerusi Felcra dilaporkan telah memberi amaran awal yang boleh diikuti di sini.

Nasihat penulis kepada peserta-peserta Felcra janganlah terpengaruh dengan kempen mereka kelak peserta sendiri yang rugi. Fikir-fikirkanlah.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Sunday, July 25, 2010

Perpaduan Yang Ditolak

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Perpaduan Yang Ditolak
Oleh: yieMEGA

TAK Berapa lama dahulu, timbul isu Unity Government (UG) yang menyeru ke arah perpaduan Melayu yang ingin melihat kerjasama UMNO dan PAS. Isu tersebut hangat seketika dan akhirnya PAS kekal dengan keputusan untuk menolak perpaduan.

Hari ini, kendengaran lagi seruan ke arah perpaduan, namun sekali lagi ia ditolak oleh PAS. Punca mereka menolak perpaduan ialah kerana mereka sudah berada di ambang kuasa dan mungkin lebih percayakan DAP dan PKR berbanding UMNO.

Penulis sedikit pun tidak hairan dengan penolakkan oleh PAS itu, kerana satu masa dahulu TG Nik Aziz pernah berkata "Berkawan dengan syaitan pun tak apa". Ini maknanya PAS lebih percaya pada syaitan berbanding percaya kepada manusia.

Tetapi apa yang penulis hairan, kenapa isu perpaduan UMNO-PAS ini ditimbulkan semula. Sedangkan PAS sudah beberapa kali menolak perpaduan sebelum ini, secara jelasnya PAS sememangnya menolak perpaduan.

Begitu juga kepada yang menimbulkan semula isu ini, adakah beliau tidak sedar dan serik bahawa PAS tidak akan berganjak kerana di dalam 'benak' pemimpin-pemimpin mereka sudah terbayang mereka akan membarisi menteri-menteri kabinet di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak apa pentingnya perpaduan Melayu umumnya, perpaduan Islam khasnya.

Penulis juga ada terbaca artikel blog Merah Tinta MSO berkenaan isu ini, beliau mengatakan UMNO akan kelihatan lebih ikhlas di dalam seruan perpaduanya sekiranya mengajak PKR turut serta di dalam perpaduan anjuran UMNO itu.

Persoalanya di sini, PKR adalah parti berbilang kaum dan berbilang agama, sedangkan berbicara mengenai perpaduan umat Islam. Jadi apa kena mengena PKR dengan perpaduan umat Islam.

Penulis merasakan tidak perlu lagi 'menghantar undangan' perpaduan kepada PAS, kerana mereka tidak mahukan perpaduan mereka mahukan kuasa untuk mengaut harta dan kekayaan. Mereka lebih gilakan kuasa berbanding perpaduan.

Cukuplah melayan mereka lagi, biarkan mereka terjun dengan labunya, kita sepatutnya bekerja dengan lebih kuat dan gigih agar tercapai hasrat negara maju pada tahun 2020. Sama-samalah kita berusaha.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, July 19, 2010

Pasir Oh Pasir

Pasir Oh Pasir
Oleh: yieMEGA

ISU CURI PASIR semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah isu ini sudah bertukar menjadi isu politik. Mungkin penulis sedikit terlambat untuk mengulas isu ini tetapi ia tidak menjadi masalah kepada penulis untuk mengulasnya pada kali ini kerana "Better late than never" .

Bercakap mengenai pasir ia adalah salah satu daripada hasil bumi Malaysia. Sepertimana benda-benda lain yang dijadikan Allah tuhan seru sekian alam di atas muka bumi ini ada gunanya. Bagi penulis pasir adalah sebahagian daripada tanah, cuba kita lihat kepada lirik lagu kebangsaan kita iaitu Negaraku "Negaraku, tanah tumpahnya darahku" ini bermakna pencuri-pencuri pasir adalah pengkhianat negara kerana menjual tanah tempat tumpahnya darah rakyat-rakyat Malaysia.

Apa yang menarik apabila isu pasir ini timbul, masing-masing asyik bermain 'tarik tali' dan saling tuduh menuduh. Jadi bagaimana isu ini boleh diselesaikan dengan cara yang sebegitu. Adalah lebih baik kita tidak bertengkar seperti mana kita berhujah antara ayam dan telur yang mana keluar terlebih dahulu.

Kalau kita terus mempertahankan pendirian masing-masing tanpa ada sebarang tindakan terhadap isu tersebut penulis percaya ia akan tetap menjadi 'polemik politik' sampai bila-bila dan isu tersebut tidak akan selesai kerana masing-masing asyik mempertahankan pendirian masing-masing tanpa ada sebarang tindakan yang lebih radikal terhadap isu tersebut.

Berapa lama lagi kita harus berperang mulut, bertekak dan bertengkar sedangkan isu itu tetap tak selesai malah menjadi makin parah dan serius. Isu ini harus diselesaikan bersama untuk kepentingan bersama. Ingatlah rakyat lebih suka kepada pemimpin yang lebih banyak bekerja daripada bercakap tanpa tindakan, atau kata orang 'habuk pun tarak'.
Baca Lagi!

Friday, July 16, 2010

Titik Persamaan UMNO dan PAS....

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

TITIK PERSAMAAN UMNO DAN PAS
Oleh: yieMEGA

SUDAH sekian lama penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesuntukkan masa tambahan pula penulis sekarang sibuk dengan latihan Bola Sepak KB United FC. Oh bukan penulis jurulatihnya tetapi sahabat penulis jadi penulis turut sama tampil membantunya.

Kita tinggalkan cerita tentang latihan bola sepak, kita teruskan dengan tajuk artikel kita pada hari ini iaitu "Titik Persamaan UMNO dan PAS".

Marilah bersama-sama kita membincangkanya dengan penudut beradab dan tidak terlalu emosional kerana itu bukan budaya orang yang suka berfikir dan juga menimbu ilmu. Emosional bukan bererti menang tetapi sebalinya ianya bererti kalah. Jadi fikir-fikirkanlah cara yang terbaik untuk kita berbahas.

Sedar atau tidak, sebenarnya UMNO dan PAS dalam konteks Kelantan ada persamaanya. Kalau kita bertanya kepada ahli PAS sudah tentu mereka akan kata UMNO tak adil, kalau kita tanya pada ahli UMNO sudah tentu mereka akan kata PAS tidak adil.

Marilah luangkan sedikit masa dan jernihkan sedikit fikiran anda dengan cuba meneliti dialog seperti di bawah:

Dialog 1:

Ahli PAS:
Orang UMNO ni tak adil, kalau ada-apa yang Kerajaan Pusat hulurkan bantuan mereka tidak akan beri kepada orang PAS.

Dialog 2:
Ahli UMNO:
Orang PAS ni tak adil, kalau apa-apa bantuan yang kerajaan negeri nak bagi, sudah tentu penyokong UMNO tak akan dapat.

Rumusan Kedua-dua Dialog tersebut:
Kita akan dapati orang PAS tidak akan bagi bantuan kepada UMNO dan orang UMNO tidak akan memberi bantuan kepada orang PAS.

Ini bermakna masing-masing mengamalkan "Politik Balas Membalas", penulis pun hairan kenapa dua-dua pihak ini tiada satu pun yang mahu mengalah dan mengambil pendekatan yang lebih liberal.

Sebagai contoh, sekiranya ahli PAS tidak dapat bantuan yang disalurkan melalui UMNO, mengapa tidak PAS mengambil langkah yang berbeza dengan menghulurkan bantuan kepada orang-orang UMNO.

Mengapa kedua-duanya masih mahu menggunakan strategi Api sedangkan strategi Air lebih selamat, jadi jikalau kita fikir dengan lebih mendalam ini maknanya UMNO dan PAS adalah sama dari segi perangainya.

Penulis pun begitu hairan kenapa harus ada rakyat yang tidak mendapat bantuan hanya kerana berbeza fahaman politiknya. Ini adalah salah satu puncanya mengapa umat Melayu yang beragama Islam berpecah.

Penulis tertunggu-tunggu untuk memerhatikan pihak yang mana mengorak langkah untuk berlaku lebih adil kepada mana-mana rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti oleh rakyat tersebut.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin