Bilangan Pengunjung:

Sunday, July 25, 2010

Perpaduan Yang Ditolak

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Perpaduan Yang Ditolak
Oleh: yieMEGA

TAK Berapa lama dahulu, timbul isu Unity Government (UG) yang menyeru ke arah perpaduan Melayu yang ingin melihat kerjasama UMNO dan PAS. Isu tersebut hangat seketika dan akhirnya PAS kekal dengan keputusan untuk menolak perpaduan.

Hari ini, kendengaran lagi seruan ke arah perpaduan, namun sekali lagi ia ditolak oleh PAS. Punca mereka menolak perpaduan ialah kerana mereka sudah berada di ambang kuasa dan mungkin lebih percayakan DAP dan PKR berbanding UMNO.

Penulis sedikit pun tidak hairan dengan penolakkan oleh PAS itu, kerana satu masa dahulu TG Nik Aziz pernah berkata "Berkawan dengan syaitan pun tak apa". Ini maknanya PAS lebih percaya pada syaitan berbanding percaya kepada manusia.

Tetapi apa yang penulis hairan, kenapa isu perpaduan UMNO-PAS ini ditimbulkan semula. Sedangkan PAS sudah beberapa kali menolak perpaduan sebelum ini, secara jelasnya PAS sememangnya menolak perpaduan.

Begitu juga kepada yang menimbulkan semula isu ini, adakah beliau tidak sedar dan serik bahawa PAS tidak akan berganjak kerana di dalam 'benak' pemimpin-pemimpin mereka sudah terbayang mereka akan membarisi menteri-menteri kabinet di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak apa pentingnya perpaduan Melayu umumnya, perpaduan Islam khasnya.

Penulis juga ada terbaca artikel blog Merah Tinta MSO berkenaan isu ini, beliau mengatakan UMNO akan kelihatan lebih ikhlas di dalam seruan perpaduanya sekiranya mengajak PKR turut serta di dalam perpaduan anjuran UMNO itu.

Persoalanya di sini, PKR adalah parti berbilang kaum dan berbilang agama, sedangkan berbicara mengenai perpaduan umat Islam. Jadi apa kena mengena PKR dengan perpaduan umat Islam.

Penulis merasakan tidak perlu lagi 'menghantar undangan' perpaduan kepada PAS, kerana mereka tidak mahukan perpaduan mereka mahukan kuasa untuk mengaut harta dan kekayaan. Mereka lebih gilakan kuasa berbanding perpaduan.

Cukuplah melayan mereka lagi, biarkan mereka terjun dengan labunya, kita sepatutnya bekerja dengan lebih kuat dan gigih agar tercapai hasrat negara maju pada tahun 2020. Sama-samalah kita berusaha.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin