Bilangan Pengunjung:

Monday, November 8, 2010

Gelombang Merah Melanda Di Galas


Gelombang Merah Melanda Di Galas
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Galas berlangsung penulis kurang memberi komen berkenaan dengan pilihan raya kecil tersebut. Penulis bukan sengaja tak mahu komen berkenaan PRK tersebut sewaktu ianya berlangsung sebelum ini tetapi apakan daya penulis terlalu banyak tugas lain yang perlu dibereskan dan tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini di waktu dan ketika itu.

Namun penulis merasakan masih belum terlambat untuk mengulas mengenai perjalanan PRK tersebut untuk tatapan kesemua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia. Sepertimana kata pepatah Inggeris "Better late than never".

Daripada pemerhatian penulis sepanjang PRK ini berlangsung, penulis dapati 'strategi' BN kali ini lain daripada yang lain, dan mengikut maklumat yang penulis terima pada PRK DUN Galas ini BN kurang menggunakan pendekatan Rapat Umum ia lebih kepada pendekatan 'Face to Face' dan terbukti strategi ini benar-benar berkesan sehingga menyaksikan BN berjaya merampas balik kerusi DUN Galas daripada PAS.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di atas kejayaan beliau 'mengatur strategi' untuk menawan kembali kerusi DUN Galas itu daripada cengkaman PAS.

Mungkin sudah tiba masanya bagi BN untuk menghadiahkan apa sahaja yang difikirkan perlu kepada Ku Li, yang ternyata beliau berkempen seolah-olah askar gurkha tanpa mengharapkan apa-apa balasan, namun adat orang berbudi kita berbahasa sudah menjadi pengangan umat Melayu dari zaman dulu kala, jadi sebagai membalas jasa beliau BN haruslah mempertimbangkan untuk memberikan beliau hadiah yang sesuai, walaupun penulis tahu Ku Li mengharapkan balasan, tetapi apa salahnya kalau kita membalas jasa Ku Li itu yang bekerja bagaikan Kuli kepada rakyat sewaktu kempen PRK DUN Galas baru-baru ini.

Kempen BN menjadi semakin berkesan apabila jentera-jentera BN menggunakan semangat Gelombang Merah sewaktu berkempen di PRK tersebut. Khabarnya hasil idea dari bekas MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang dahulunya terkenal dengan gerakan Gelombang Biru di Terengganu dan gerakan itu berjaya menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Presiden PAS sekarang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semangat Gelombang Merah, benar-benar memberi semangat kepada petugas-petugas kempen BN, ditambah pula 'semangat The Red Warrior' yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke kelantan baru-baru ini, menjadikan rakyat Kelantan begitu berminat dengan warna merah.

Sementara itu, Penulis terbaca satu laporan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan beberapa hari lalu yang menjadi tajuk utama iaitu Tok Guru Ragu dengan keputusan PRK DUN Galas. Beliau membuat dakwaan BN telah menyogok wang kepada pengundi Galas.

Bagaimana pula dengan PAS yang juga menawarkan RM250 seorang untuk balik mengundi di Galas, dan pemberian wang ringgit sewaktu kempen oleh TGNA sendiri walau apa alasan yang diberikan beliau tetapi kenapa waktu PRK DUN Galas dipilih untuk memberi zakat, sudah tentu ada maksud tersirat.

Dengan kenyataan TGNA itu, terbuktilah bahawa PAS masih mengamalkan politik Walhalalku, Walharamu. TGNA perlu belajar menerima kenyataan bahawa rakyat di DUN Galas sudah muak dan jelak dengan perangai PAS tetapi bukan dengan PAS, perangai PAS dan PAS adalah perkara yang berbeza. Fikir-fikirkanlah....
Enhanced by Zemanta

1 comment:

azlishukri said...

salam, blog ini sudah dipaut

Blog Widget by LinkWithin