Bilangan Pengunjung:

Thursday, October 28, 2010

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis merehatkan diri dari menulis sebarang artikel hari ini penulis tampil dengan artikel terbaru yang bertajuk "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri". Sebenarnya artikel ini lebih merujuk kepada suasana kempen parti-parti yang bertanding di PRK DUN Galas. Bagi PRK Parlimen Batu Sapi penulis akan mengulasnya di dalam artikel yang berasingan.

Sesuai dengan tajuk artikel ini iaitu "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri" hari ini penulis ingin mengulas beberapa perkara yang cuba diekploitasikan oleh PAS untuk dijadikan isu bagi memenangi PRK tersebut. Ketiadaan Ku Li di tempat penamaan calon telah dipolitikkan PAS dengan menyebarkan dakwaan bahawa 'Ku Li merajuk' sebab itu Ku Li tidak ada di tempat penamaan calon.

Itulah PAS, sudah terbiasa dengan taktik kotor dari dulu sampai sekarang. Mungkin bagi mereka 'matlamat menghalalkan cara' jadi mereka boleh adakan apa sahaja untuk memenangi PRK di kerusi yang disandangnya sebelum ini itu.

Ku Li menjawab berkenaan dakwaan itu di satu sidang media. Daripada penjelasan Ku Li dari sidang media tersebut, penulis ingin mengambarkan bahawa Ku Li selaku Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas bekerja dengan caranya yang tersendiri atau dengan kata lain cara Ku Li adalah cara yang lain daripada yang lain.

Apa yang penulis dapat lihat dari cara Ku Li yang lain daripada lain itu adalah satu cara yang amat istimewa dan mungkin pendekatan ini boleh digunapakai oleh BN dalam PRK mahupun PRU yang bakal mendatang.

Cara Ku Li itu lebih bersifat 'hamba kepada rakyat' atau dan bersesuaian dengan nama Ku Li yang sanggup menjadi Kuli kepada rakyat. Jarang benar kita nak dapat lihat pemimpin yang menggunakan pendekatan Ku Li ini. Tabik spring penulis berikan kepada Ku Li.

Beralih pula kita kepada peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas, setakat ini apa yang penulis lihat peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas adalah cerah, namun sekiranya jentera-jentera BN tidak bekerja dengan keras pastinya PRK ini menyaksikan kemenangan PAS dan kejayaan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas.

Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin