Bilangan Pengunjung:

Monday, January 31, 2011

Analisa PRK Tenang

Analisa PRK Tenang
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA kecil Dun Tenang telah pun melabuhkan tirainya semalam, penulis percaya umum dah mengetahui yang keputusan PRK tersebut memihak kepada Barisan Nasional atau ringkasnya BN. Keputusan rasmi setelah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sepertimana berikut:

Barisan Nasional 6,699 undi
PAS 2,992 undi
Undi Rosak 74
BN menang dengan majoriti 3707

Sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini yang meramalkan berhubung keputusan PRK Dun Tenang di dalam artikel yang bertajuk "Hari Penentuan di Tenang Hari Ini". Di dalam artikel tersebut penulis meramalkan BN akan menang dengan majoriti yang merosot ternyata meleset.

Walaubagaimanapun ramalan penulis berhubung dengan undi daripada kaum Cina terhadap BN ternyata tidak meleset, apabila peratus keluar mengundi di kawasan-kawasan yang menpunyai ramai penduduk kaum cina tidak memuaskan. Dengan kata lain, ramalan penulis walaupun tidak tepat tapi hampir sudah mengenai sasaranya.

Terdapat dua kemungkinan kenapa peratus keluar mengundi kaum Cina tidak memuaskan antaranya ialah:

1) Banjir yang melanda Tenang menyukarkan mereka untuk pergi ke pusat mengundi jadi mereka memilih untuk tidak pergi ke pusat mengundi.

2) Mungkin juga mereka ingin menunjukkan protes mereka di atas beberapa sebab yang tidak memuaskan hati mereka.

Sasaran yang diletakkan oleh BN sebelum ini ialah untuk menang dengan majoriti lebih daripada 5,000 undi namun sasaran itu tidak tercapai. Mungkin ada benarnya juga kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tujuan mereka mensasarkan 5,000 undi majoriti itu adalah untuk memastikan petugas-petugas kempen bekerja dengan lebih kuat lagi.

Realitinya, BN telah berjaya mempertahankan DUN Tenang dan selepas ini Tok Ai perlulah memberi khidmat yang terbaik buat rakyat di DUN Tenang. Kepada yang tertewas janganlah bersedih mereka cuba lagi dalam pilihan raya yang akan datang.

Baca Lagi!

Sunday, January 30, 2011

Hari Penentuan Di Tenang Hari Ini

Hari Penentuan Di Tenang Hari Ini
Oleh: yieMEGA

TELAH lama juga penulis tidak membingkiskan sesuatu di blog milik penulis ini, perkara ini terjadi bukan kerana disengajakan kerana disebabkan penulis kesuntukkan masa untuk menulis maklum sahajalah tugas dan rutin harian penulis sejak dua menjak ini semakin hari semakin sibuk. Harap dimaafkan.

Hari ini penulis memilih untuk membincangkan berkenaan Hari Penentuan Di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang hari ini, sepertimana pembaca yang telah sedia maklum hari ini rakyat di sekitar DUN Tenang keluar beramai-ramai untuk membuang undi bagi memilih siapakah yang bakal menjadi pemimpin dan mewakili suara rakyat DUN Tenang.

Hari ini adalah merupakan hari untuk kita menjawab persoalan yang sebelum ini timbul di dalam benak fikiran kita iaitu Siapakah yang menang dan siapakah yang bakalan tertewas. Semua jawapan kepada persoalan-persoalan itu akan terjawab hari ini. Hari ini juga bakal menyaksikan strategi kempen dari parti mana yang berkesan atau yang tidak berkesan.

Begitulah lumrah dalam dunia politik, siapa yang bijak memilih strategi merekalah yang bakal bergelar pemenang, dunia politik ini ibarat bermain catur, tersilap langkah orang boleh 'check mate'. Begitulah hakikatnya.

Semalam banyak blogawan yang meramalkan mengenai PRK Tenang, antaranya ialah MSO Melayu dan Harian Mega. Masing-masing meramalkan mengikut versi mereka yang tersendiri. Namun itulah dikatakan kebebasan bersuara, masing-masing berhak bersuara.

Apa kesudahan PRK Tenang? sama-samalah kita nantikanya dengan penuh kesabaran kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan ramalan penulis berhubung PRK Tenang? Pada mulanya penulis tidak berminat untuk meramalkan tetapi setelah difikirkan untuk kali kedua, penulis mengambil keputusan untuk meramalkanya secara kasar dan bukanya 'detail'.

Penulis meramalkan BN menang tetapi dengan majoriti yang merosot terutamanya BN akan kehilangan undi daripada kaum Cina dan India. Ini adalah berdasarkan maklumat yang penulis terima daripada ejen-ejen penulis yang mengatakan ceramah BN di kawasan yang mempunyai kaum sepertimana tersebut adalah amat tidak memuaskan.

Walaubagaimanapun, ramalan ini tidak semestinya tepat terutamanya sekiranya pengundi di kawasan tersebut memilih untuk tidak melihatkan mereka menyokong mana-mana dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan di mana-mana ceramah politik.

Walau apa pun, sama-samalah kita menanti keputusanya kelak. Samaada PAS atau BN yang memenangi PRK tersebut, bersabarlah menanti.


Baca Lagi!

Thursday, January 6, 2011

Bebanan Rakyat Perlu Dikurangkan

Bebanan Rakyat Perlu Dikurangkan
Oleh: yieMEGA

TELAH lama juga Penulis tidak menambah sebarang artikel baru di dalam blog ini ekoran daripada penulis terlalu sibuk di dalam sehari dua ini, mujurlah hari ini ada kesempatan untuk menulis jadi penulis tidak mensia-siakan masa yang terluang ini untuk menulis artikel terbaru di blog penulis ini.

Idea untuk menulis artikel ini timbul setelah penulis terbaca satu artikel di sebuah Media Alternatif yang dipanggil Harian Mega. Artikel Harian Mega yang bertajuk "Cabaran 2011: Mengurangkan Bebanan Rakyat". Artikel ini adalah bersesuaian dengan senario sekarang ini di mana rakyat terbeban dengan keadaan sekarang ini.

Kalau yang ada di luar sana masih tidak percaya, sila lah pergi tanya salah seorang rakyat Malaysia di luar sana adakah mereka merasa terbeban dengan bebanan mereka yang terus meningkat dari hari ke sehari.

Bebanan Rakyat yang terus meningkat dari hari ke hari ini besar risikonya kepada Kerajaan yang memerintah sekarang kerana ia akan mendorong rakyat memberontak dan menukar selera memilih kerajaan baru.

Jadi, pada pandangan penulis Kerajaan perlu berbuat sesuatu agar dapat mengatasi permasalahan yang dialami rakyat. Masalah ini sekiranya tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan ia akan mengundang padah kepada kerajaan.

Pada masa ini, penulis juga dapat merasai kesulitan rakyat untuk mendapatkan bekalan minyak masak, sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan marjerin sebagai alternatif kepada minyak masak.

Tidakkah ini, bermakna rakyat menghadapi kesukaran, biarpun semalam Kerajaan telah mengumumkan bahawa tiada kenaikkan buat minyak masak, namun bekalan minyak masak masih sukar di dapati hingga ke hari ini.

Kerajaan perlu bekerja dengan lebih serius bagi membolehkan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan kadar yang seberapa segera.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin