Bilangan Pengunjung:

Monday, January 31, 2011

Analisa PRK Tenang

Analisa PRK Tenang
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA kecil Dun Tenang telah pun melabuhkan tirainya semalam, penulis percaya umum dah mengetahui yang keputusan PRK tersebut memihak kepada Barisan Nasional atau ringkasnya BN. Keputusan rasmi setelah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sepertimana berikut:

Barisan Nasional 6,699 undi
PAS 2,992 undi
Undi Rosak 74
BN menang dengan majoriti 3707

Sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini yang meramalkan berhubung keputusan PRK Dun Tenang di dalam artikel yang bertajuk "Hari Penentuan di Tenang Hari Ini". Di dalam artikel tersebut penulis meramalkan BN akan menang dengan majoriti yang merosot ternyata meleset.

Walaubagaimanapun ramalan penulis berhubung dengan undi daripada kaum Cina terhadap BN ternyata tidak meleset, apabila peratus keluar mengundi di kawasan-kawasan yang menpunyai ramai penduduk kaum cina tidak memuaskan. Dengan kata lain, ramalan penulis walaupun tidak tepat tapi hampir sudah mengenai sasaranya.

Terdapat dua kemungkinan kenapa peratus keluar mengundi kaum Cina tidak memuaskan antaranya ialah:

1) Banjir yang melanda Tenang menyukarkan mereka untuk pergi ke pusat mengundi jadi mereka memilih untuk tidak pergi ke pusat mengundi.

2) Mungkin juga mereka ingin menunjukkan protes mereka di atas beberapa sebab yang tidak memuaskan hati mereka.

Sasaran yang diletakkan oleh BN sebelum ini ialah untuk menang dengan majoriti lebih daripada 5,000 undi namun sasaran itu tidak tercapai. Mungkin ada benarnya juga kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tujuan mereka mensasarkan 5,000 undi majoriti itu adalah untuk memastikan petugas-petugas kempen bekerja dengan lebih kuat lagi.

Realitinya, BN telah berjaya mempertahankan DUN Tenang dan selepas ini Tok Ai perlulah memberi khidmat yang terbaik buat rakyat di DUN Tenang. Kepada yang tertewas janganlah bersedih mereka cuba lagi dalam pilihan raya yang akan datang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin