Bilangan Pengunjung:

Sunday, February 27, 2011

Misi Anak-Anak Ahmad


Misi Anak-Anak Ahmad
Oleh: yieMEGA

SEMALAM telah dilangsungkan dua acara penaman calon di dua tempat berbeza iaitu Merlimau dan Kerdau. Penamaan calon adalah acara rasmi untuk setiap pilihan raya tidak kiralah Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan Raya Umum itulah hakikatnya setiap kali pilihan raya sudah pasti ada penamaan calon, kalau calon tak dinamakan macamana pertandingan hendak dibuat betul tak?

Kalau di Merlimau calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad akan bertanding satu lawan satu melawan calon PAS iaitu Yuhaizad Abdullah, manakala di Kerdau pula BN mempertaruhkan Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk berentap dengan calon PAS Hasanuddin Salim.

Secara kebetulanya apa yang menarik bagi pihak BN untuk PRK Kali ini ialah kedua-dua calon mereka adalah anak kepada Ahmad. Oleh sebab itulah penulis membuat artikel yang bertajuk Misi anak-anak Ahmad untuk bacaan pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia.

Misi besar yang perlu digalas oleh kedua-dua Anak Ahmad ini ialah memberi kemenangan bergaya kepada Barisan Nasional (BN) untuk kedua-dua PRK ini iaitu PRK DUN MERLIMAU DAN PRK DUN KERDAU.

Penulis percaya ramai yang berada di luar sana adakah misi anak-anak Ahmad ini akan berhasil atau sebaliknya. Jawapanya itu hanya kita akan perolehi apabila keputusan rasmi diumumkan pada hari pengundian kelak.

Bagi penulis, kejayaan misi anak-anak Ahmad adalah bergantung kepada strategi dan pendekatan yang digunakan untuk mendekatkan hati kepada pengundi ataupun lebih tepat rakyat.

Apa yang penulis dapat lihat dalam PRK Kali ini ialah PAS akan memberi persaingan yang sengit buat BN selaras dengan strategi mereka yang sedikit mengalami perubahan mungkin berdasarkan pengalaman mereka tertewas di dalam beberapa siri PRK sebelum ini.

Apa pun siapa pun yang bakal memenangi kedua-dua PRK ini penulis berharap mereka akan dapat memberi khidmat terbaik untuk rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Itulah hakikatnya yang kita cari.


Baca Lagi!

Friday, February 25, 2011

PRK DUN KERDAU DAN MERLIMAU



PRK DUN KERDAU DAN MERLIMAU
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA KECIL DUN Kerdau dan Merlimau yang dijadualkan berlangsung serentak pada 6 Mac 2011 di mana penamaan calon untuk kedua-dua pilihan raya kecil tersebut akan berlangsung pada 26 Februari 2011. Kebetulan hari ini penulis mempunyai sedikit masa yang terluang jadi penulis luangkan masa untuk mengulas mengenai kedua-dua PRK tersebut.

Calon untuk PRK Kerdau bagi pihak BN diwakili oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, manakala calon yang mewakili PAS di Kerdau pula ialah Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim.

Pemilihan Hasanuddin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Manakala di DUN Merlimau pula Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah akan berdepan dengan Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad.

Menarik juga ni apabila mereka yang menggalas harapan besar yang diberikan oleh Barisan Nasional di Kerdau dan Merlimau adalah kedua-duanya anak Ahmad. Mampukah kedua-dua anak Ahmad ini memberikan kejayaan pada BN jawapanya hanya dapat dilihat pada 6 Mac 2011 kelak.

Sementara itu, di Kerdau PAS membayangkan peluang untuk mereka memenangi PRK DUN Kerdau hanyalah 50-50, namun apa yang dibayangkan oleh PAS itu tidak bermakna petugas-petugas BN tidak perlu bekerja kuat untuk meraih kemenangan, ingat satu perkara dalam politik kita tidak boleh memandang remeh kepada lawan kita.

Dalam pada itu, PAS kelihatan menggunakan calon kitar semula di Kerdau, tidak dapat dipastikan adakah PAS sudah membuat kajian yang sedalam-dalamnya berhubung pemilihan calon tersebut, adakah calon tersebut diterima ramai ataupun sebaliknya.

Walaubagaimanapun biarpun PAS menggunakan calon Kitar Semula di Kerdau itu tidak bermakna kita boleh memperlekehkan kemampuan mereka untuk memenangi PRK DUN Kerdau, ingat dalam politik semua yang mustahil boleh berlaku.

Penulis menyokong saranan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini bahawa kita tidak boleh terlalu yakin menang di dalam kedua-dua PRK yang bakal kita hadapi ini dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kemampuan lawan.

Itulah hakikatnya yang terpaksa kita akui dalam dunia politik ini. Kadang-kadang dalam politik yang kita tidak menjangka akan terjadi itulah realitinya. Jadi jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan lawan. Fikir-fikirkanlah....


Baca Lagi!

Wednesday, February 23, 2011

PILIHANRAYA UMUM

SEJAK KEBELAKANGAN ini semua orang asyik bercakap tentang Pilihan Raya Umum , nak kata PRU dah hampir tak nampak pun tanda-tanda ianya dah nak hampir mungkin juga orang ramai sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu PRU yang seterusnya.

Begitulah senario politik tanah air kita, bermacam ragam dan peel. Apa yang penulis dapat lihat politik negara kita ini adalah politik yang banyak bercakap daripada membuat kerja, pemain-pemain politik kita lebih banyak bercakap daripada membuat kerja tidak kiralah parti cap apa yang mereka wakili.

Itulah yang menjadi lumrah dunia politik tempatan negara kita, apa yang mereka tahu ialah bercakap dan terus bercakap walaupun kerja habuk pun tarak. Sampai bila negara kita hendak maju kalau kita asyik bercakap dan terus bercakap.

Negara lain kebanyakkan ahli politiknya kurang bercakap dan lebih banyak membuat kerja berbeza dengan negara kita yang kebanyakkan ahli politik kita menghabiskan masa dengan bercakap sebab itulah negara mereka maju.

Itulah perangai orang politik kita yang tak berubah-ubah dari dulu hinggalah sekarang. Mungkin mereka dah terbiasa dengan kehidupan sekarang. Sama-samalah kita renungkanya.
Baca Lagi!

Friday, February 18, 2011

PAS Ganti UMNO

PAS Ganti UMNO
Oleh: yieMEGA

PAS sedia ganti UMNO itulah kata-kata yang penulis secara tak sengaja terlihat pada waktu tengahari tadi sewaktu makan tengahari di sebuah kedai makan di Kota Bharu, Kelantan. Hebat bunyinya PAS Ganti UMNO....adakah ini menunjukkan PAS sudah bersedia untuk menggantikan UMNO.

Slogan yang digunakan di atas sehelai T-Shirt bewarna Hijau Menyilau ini sudah tentu menarik, tambahan pula ia akan memberikan semangat kepada pejuang-pejuang PAS. Namun, penulis sendiri tidak nampak adakah PAS benar-benar boleh menggantikan UMNO atau tidak.

Kenapa saya berkata demikian di dalam Barisan Nasional UMNO yang mendominasi Barisan Nasional manakala di dalam Pakatan Rakyat ianya langsung tidak didominasi oleh PAS jadi mana boleh mereka kata mereka boleh gantikan UMNO melainkan mereka adalah parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.

Melainkan mereka (yakni PAS) mempunyai bilangan kerusi yang tertinggi di dalam Pakatan Rakyat, inilah baru boleh mereka nak mendakwa mereka boleh gantikan UMNO atauapun mereka sedia ganti UMNO.

Dalam konteks sekarang ini, umum mengetahui parti manakah yang mendominasi Pakatan Rakyat dan sudah tentunya bukanya PAS yang menjadi parti dominasi tersebut. Jadi dalam keadaan sekarang mana mungkin mereka boleh gantikan UMNO.

Memang senang membuat dakwaan dan juga perancangan namun perlaksanaanya tidak semudah apa yang kita rancangkan itulah hakikatnya yang terpaksa kita terima walaupun pahit kita nak telan.

Baca Lagi!

Thursday, February 17, 2011

TG Nik Aziz juga akan berdiri depan Allah Satu Hari Nanti - Tun Dr. M


TG Nik Aziz juga akan berdiri depan Allah Satu Hari Nanti - Tun Dr. M

Oleh: yieMEGA

PENULIS baru sahaja selesai membaca sebuah artikel yang ditulis di AgendaDaily, di bawah artikel tersebut yang bertajuk "Nik Aziz juga akan berdiri depan Allah Satu Hari Nanti - Dr Mahathir". Telah lama juga penulis tidak mendengar Tun membidas TGNA, sudah sekian lama akhirnya Tun bersuara juga.

Di dalam artikel tersebut Tun mencabar Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz agar membuat tuntutan kepada DAP bahawa jika Kerajaan Campuran Pakatan mereka akan haramkan judi, arak dan melaksanakan hukum hudud. Menurut Tun lagi sekiranya DAP Enggan membuat kenyataan tersebut sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP (kerana enggan menerima perjuangan PAS).

“Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?” soal beliau.

Wah ini sudah dikira hebat, otai-otai sudah mula berhujah, tidak seperti sebelum ini bak kata orang Kelantan hanya anak wek yang bersuara sebelum ini. Apabila bertemu otai-otai barulah kita dapat melihat suasana yang lebih menarik.

Bagi penulis memang benar kata Tun tersebut, penulis juga bakal berdiri di depan Allah satu hari nanti, tambahan pula di waktu kita bersembahyang di belakang Imam inilah kita perlu memperbaiki amalan-amalan kita selepas kita sembahyang di hadapan Imam sudah tiada gunanya lagi. Faham-faham aje lah.

Tiada niat walaupun sekelumit di hati penulis mengeluarkan artikel ini untuk menghina TGNA tetapi penulis sedar TGNA hanyalah manusia biasa yang bukan maksum dan juga bukanlah seorang yang suci dari dosa. Maaf dipinta kepada penyokong TGNA yang terlalu taksub, tetapi sudah menjadi tanggungjawab menegakkan kebenaran walaupun ianya pahit untuk ditelan.

Sepanjang hidup penulis, dari umur setahun sehinggalah umur sekarang pemerhatian penulis sering tertumpu kepada TGNA, maklum sahajalah kalau kenyataan kontroversi tidak lain keluar daripada mulut beliau.

Daripada waktu itulah bermacam-macam perkara yang beliau timbulkan, namun masih ramai yang jadi penyokong tegar umpama penagih heroin yang merempat di tepian jalan. Itulah hakikatnya yang terpaksa kita terima.


Baca Lagi!

Wednesday, February 16, 2011

Ada apa dengan Dali Husin?

Ada apa dengan Dali Husin?
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN agak lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini memandangkan penulis banyak dengan tugasan-tugasan harian penulis, diharap pembaca setia blog penulis sudi memaafkan, kebetulan pada hari ini penulis ada sedikit masa terluang jadi penulis mengambil keputusan untuk mengemaskini blog penulis ini.

Baru-baru ini di dalam kesibukkan tugas penulis, secara tak sengaja telah terjumpa satu risalah yang ditampal di salah sebuah kedai serbaneka di hadapan JPJ Panji Kota Bharu, Kelantan. Risalah yang bertajuk Dali Husin tidak layak menjadi calon Pilihan Raya Umum itu ternyata menarik minat hati penulis untuk membacanya untuk mengetahui apakah kandungan-kandunganya.

Mengikut dakwaan yang ditulis di dalam risalah tersebut dia mengatakan bahawa Dali Husin merupakan salah seorang penganggur terkaya di Malaysia. Dia dikatakan telah mendapat beberapa komisyen daripada projek-projek Kerajaan Persekutuan, selain itu kehidupan beliau sangat mewah dan tidak mesra rakyat.

Perlu diingatkan dakwaan tersebut bukan penulis buat, tetapi apa yang penulis cuba buat adalah untuk mencari kebenaran dan untuk mengetahui siapakah yang di pihak yang benar dan siapakah berada di pihak yang salah.

Penulis sebagai seorang individu yang pendokong kepada politik pro kebenaran bertanggungjawab untuk mengetahui adakah dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Dali Husin itu benar-benar berasas atau ia sekadar fitnah untuk menjatuhkan Dali Husin semata-mata.

Penulis merayu mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang sahih dan tepat mengenai isu ini, tampilah bersuara, bagi penulis sekiranya Dali Husin benar bagai dikata, orang seperti ini kita tidak boleh angkat beliau menjadi pemimpin, kalau ia sekadar fitnah untuk menjatuhkan Dali Husin penulis akan menjadi orang pertama yang akan membenci orang yang membuat fitnah tersebut.

Janganlah disaatkan kedudukan UMNO yang masih belum pulih sepenuhnya ini dirosakkan oleh ahli dan pemimpin yang hanya mementingkan diri demi harta dan wang ringgit, pangkat dan kedudukan.

Jangan menjadi liabiliti kepada parti pada waktu ini, berusahalah untuk menjadi sebuah aset kepada parti kerana inilah waktunya untuk kita membuktikan kepada parti yang kita sentiasa bersama parti walaupun kita berada di dalam kesenangan mahupun berada di dalam kesusahan. Inilah baru dinamakan satu perjuangan yang tulen.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin