Bilangan Pengunjung:

Sunday, February 27, 2011

Misi Anak-Anak Ahmad


Misi Anak-Anak Ahmad
Oleh: yieMEGA

SEMALAM telah dilangsungkan dua acara penaman calon di dua tempat berbeza iaitu Merlimau dan Kerdau. Penamaan calon adalah acara rasmi untuk setiap pilihan raya tidak kiralah Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan Raya Umum itulah hakikatnya setiap kali pilihan raya sudah pasti ada penamaan calon, kalau calon tak dinamakan macamana pertandingan hendak dibuat betul tak?

Kalau di Merlimau calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad akan bertanding satu lawan satu melawan calon PAS iaitu Yuhaizad Abdullah, manakala di Kerdau pula BN mempertaruhkan Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk berentap dengan calon PAS Hasanuddin Salim.

Secara kebetulanya apa yang menarik bagi pihak BN untuk PRK Kali ini ialah kedua-dua calon mereka adalah anak kepada Ahmad. Oleh sebab itulah penulis membuat artikel yang bertajuk Misi anak-anak Ahmad untuk bacaan pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia.

Misi besar yang perlu digalas oleh kedua-dua Anak Ahmad ini ialah memberi kemenangan bergaya kepada Barisan Nasional (BN) untuk kedua-dua PRK ini iaitu PRK DUN MERLIMAU DAN PRK DUN KERDAU.

Penulis percaya ramai yang berada di luar sana adakah misi anak-anak Ahmad ini akan berhasil atau sebaliknya. Jawapanya itu hanya kita akan perolehi apabila keputusan rasmi diumumkan pada hari pengundian kelak.

Bagi penulis, kejayaan misi anak-anak Ahmad adalah bergantung kepada strategi dan pendekatan yang digunakan untuk mendekatkan hati kepada pengundi ataupun lebih tepat rakyat.

Apa yang penulis dapat lihat dalam PRK Kali ini ialah PAS akan memberi persaingan yang sengit buat BN selaras dengan strategi mereka yang sedikit mengalami perubahan mungkin berdasarkan pengalaman mereka tertewas di dalam beberapa siri PRK sebelum ini.

Apa pun siapa pun yang bakal memenangi kedua-dua PRK ini penulis berharap mereka akan dapat memberi khidmat terbaik untuk rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Itulah hakikatnya yang kita cari.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin