Bilangan Pengunjung:

Friday, February 25, 2011

PRK DUN KERDAU DAN MERLIMAU



PRK DUN KERDAU DAN MERLIMAU
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA KECIL DUN Kerdau dan Merlimau yang dijadualkan berlangsung serentak pada 6 Mac 2011 di mana penamaan calon untuk kedua-dua pilihan raya kecil tersebut akan berlangsung pada 26 Februari 2011. Kebetulan hari ini penulis mempunyai sedikit masa yang terluang jadi penulis luangkan masa untuk mengulas mengenai kedua-dua PRK tersebut.

Calon untuk PRK Kerdau bagi pihak BN diwakili oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, manakala calon yang mewakili PAS di Kerdau pula ialah Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim.

Pemilihan Hasanuddin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Manakala di DUN Merlimau pula Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah akan berdepan dengan Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad.

Menarik juga ni apabila mereka yang menggalas harapan besar yang diberikan oleh Barisan Nasional di Kerdau dan Merlimau adalah kedua-duanya anak Ahmad. Mampukah kedua-dua anak Ahmad ini memberikan kejayaan pada BN jawapanya hanya dapat dilihat pada 6 Mac 2011 kelak.

Sementara itu, di Kerdau PAS membayangkan peluang untuk mereka memenangi PRK DUN Kerdau hanyalah 50-50, namun apa yang dibayangkan oleh PAS itu tidak bermakna petugas-petugas BN tidak perlu bekerja kuat untuk meraih kemenangan, ingat satu perkara dalam politik kita tidak boleh memandang remeh kepada lawan kita.

Dalam pada itu, PAS kelihatan menggunakan calon kitar semula di Kerdau, tidak dapat dipastikan adakah PAS sudah membuat kajian yang sedalam-dalamnya berhubung pemilihan calon tersebut, adakah calon tersebut diterima ramai ataupun sebaliknya.

Walaubagaimanapun biarpun PAS menggunakan calon Kitar Semula di Kerdau itu tidak bermakna kita boleh memperlekehkan kemampuan mereka untuk memenangi PRK DUN Kerdau, ingat dalam politik semua yang mustahil boleh berlaku.

Penulis menyokong saranan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini bahawa kita tidak boleh terlalu yakin menang di dalam kedua-dua PRK yang bakal kita hadapi ini dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kemampuan lawan.

Itulah hakikatnya yang terpaksa kita akui dalam dunia politik ini. Kadang-kadang dalam politik yang kita tidak menjangka akan terjadi itulah realitinya. Jadi jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan lawan. Fikir-fikirkanlah....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin