Bilangan Pengunjung:

Saturday, August 14, 2010

Ramalan Anwar Berkenaan Bakun

Ramalan Anwar Berkenaan Bakun
Oleh: yieMEGA

PENULIS sebenarnya ingin mengelak berbicara hal politik pada bulan yang penuh kemuliaan ini tetapi membaca satu ulasan Facebook Saudara Mohd Sayuti Omar atau dikenali dengan nama MSO, hati penulis terdetik untuk turut mengulas mengenainya.

Sila Ke Facebook Sayuti Omar di alamat http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=1693525944

Sekiranya imej yang penulis pamerkan kurang jelas pembaca boleh membacanya di Facebook Sayuti Omar atau baca di bawah ini:

Anwar membayangkan Najib akan menggunakan wang KWSP dan KWAP untuk membayar sebahagian hutang projek Bakun bernilai RM5.75 billion. Kebimbangan Anwar itu ada asasnya. Dalam keadaan wang negara semakin susut di mana Najib nak gagar untuk membayar hutang berkenaan. Kalau ini benar berlaku betapa kejamnya Najib bin Razak? Salam MSO.

Mohd Sayuti Omar

Berdasarkan kenyataan tersebut sudah jelas di Bulan Ramadhan ini bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan pun Anwar telah cuba bersangka buruk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis melihat ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan mencemarkan kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Penulis hairan dengan sikap Anwar Ibrahim ini, kenapa dia nak membayangkan perkara yang belum tentu kesahihanya. Apa yang penulis dapat lihat daripada kenyataan Anwar ini ialah dia cuba untuk menampakkan dirinya lebih bijak daripada Najib, oleh yang demikian tanpa mengira kesucian bulan Ramadhan beliau telah membuat andaian buruk terhadap Najib.

Ada juga kemungkinan, ianya adalah salah strategi Pakatan Rakyat untuk memancing undi untuk pilihan raya yang akan datang. Mereka sudah terlalu yakin mereka bakal menjadi Kerajaan Baru di Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Projek Hidro Elektrik Bakun merupakan satu projek untuk kepentingan rakyat. Walaubagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat penjelasan segera berhubung dakwaan Anwar Ibrahim ini kerana kuatir ianya akan diekploitasi oleh Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Sekiranya benar bagai didakwa Anwar, penulis turut menentang perbuatan itu, sekiranya tidak benar dakwaan itu, penulis akan menentang Anwar Ibrahim secara habis-habisan. Marilah bersama-sama kita berdoa memohon petunjuk Adakah Anwar Ibrahim benar atau sebaliknya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Friday, August 13, 2010

Sajak Ramadhan

Sajak Ramadhan

Kedatanganmu dinanti
Kedatanganmu membawa seribu keberkatan
Kedatanganmu mendidik kesabaran kami
Kedatanganmu mengajar erti kehidupan

Ramadhan Al-mubarak nama diberi
Bulan yang penuh dengan ibadat mengejar keberkatan
Disiangnya kami berpuasa, menahan lapar dan dahaga dan juga diri
Ramadhan kali ini kami berdoa agar terus diberi kesempatan

Gandakan amal ibadatmu di bulan ini
Tambahkan pahala mu di bulan penuh keberkatan
Kurangkan dosa mu di bulan ini
Hindarkan perbuatan yang menjadi larangan

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga
Mulut, Mata, Telingga dan semua anggota badan
Hendaklah dijaga dengan sempurna
Agar tidak puasa hanya untuk meletihkan badan

Moga kedatanganmu kali ini memberi seribu erti kepada kami
Moga kehadiranmu kali ini memberi keberkatan
Moga dosa dapat dihindarkan kami
Moga pahala dapat ditambah demi mengejar keberkatan
[ yieMEGA, D'Lorong Che Mat Baba, Kota Bharu, Kelantan]

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, August 5, 2010

Hukum Candle Light Vigil Dalam Islam

Hukum Candle Light Vigil Dalam Islam
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini Parti Keadilan Rakyat telah menganjurkan satu ceramah politik yang bertajuk "Merakyatkan Ekonomi Selangor". Bagi penulis ceramah itu satu perkara biasa yang menjadi kelaziman bagi mana-mana parti politik. Tetapi apa yang luar biasanya di dalam ceramah ini terdapat satu acara yang menyerupai Candle Light Vigil.

Di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam.

Hujah/Keterangan:

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).

Sementara itu, Pembaca juga boleh membaca satu artikel yang bertajuk "The Candles and Their Symbolism" atau dalam Bahasa Melayunya "Lilin dan Simbolik".

Di bawah Adalah Rakaman Video Majlis Ceramah Anjuran PKR itu:

Rakaman Video Ceramah Merakyatkan Ekonomi Selangor


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, August 4, 2010

Pistol dan Politik !


Pistol dan Politik !
Oleh: yieMEGA

PISTOL dan Politik menjadi tajuk pilihan artikel penulis pada kali ini, bersesuaian dengan satu berita yang mengejutkan kita sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian. Kejadian ini amat mengejutkan, malah mungkin ia akan meletakkan Malaysia hampir setaraf dengan negara jiran kita yakni Thailand dari segi kematian yang disebabkan oleh pistol.

Polis belum mengesahkan samaada mangsa mati ditembak ataupun ianya membunuh diri. Walabagaimanapun portal TranungKite Online telah mengatakan mangsa tersebut membunuh diri. Penulis menasihatkan usahlah terlalu cepat membuat ulasan berhubung kematian Bekas Adun tersebut biarkan Polis menjalankan tanggungjawab beliau.

Walaubagaimanapun senario pistol dan politik, sejak akhir-akhir amat merimaskan dan membuatkan Politk kita menjadi semakin tidak selamat. Kenapa sejak akhir-akhir timbul banyak perkara yang aneh yang melibatkan politik di tanah air kita ini?

Adakah kematian tersebut benar-benar disebabkan oleh dirinya sendiri yakni membunuh diri ataupun ada orang yang membunuhnya masih menjadi tanda-tanya. Sekiranya Allahyarham benar-benar mati dibunuh apa sebabnya dan apa kaitanya dengan politik ataupun ada kena mengena dengan Isu Pasir di Selangor baru-baru ini.?

Jika benar ia ada kaitan dengan politik atau isu Pasir di Selangor baru-baru ini, memang sah dunia politik air kita semakin kejam. Budaya Gangsterisme telah mulai meresap ke dalam dunia politik kita.

Apa yang kita perlu buat, adakah cukup sekadar bersimpati dengan kematian salah seorang ahli Politik ini. Adakah budaya yakuza di Jepun sudah merebak ke Malaysia? Walaupun tranungkite online menyifatkan kejadian ini sebagai kejadian bunuh diri, penulis tidak menyifatkan kejadian ini sebagai kejadian bunuh diri selagi ianya tidak disahkan oleh pihak berkuasa yakni Polis.

Walauapapun bagi penulis insiden ini telah mencemarkan dunia politik kita. Ini adalah bahayanya apabila gangster berpolitik mereka akan membuat apa sahaja asalkan tercapai matlamat politik mereka.

Walaubagaimanapun penulis tidak juga ingin mengatakan bahawa ada satu pihak tertentu yang ada kena mengena dengan parti politik terlibat dalam kejadian pembunuhan ini. Perlu ditegaskan di sini apa yang penulis hendak tegaskan di sini ialah kejadian ini pasti ada hikmahnya untuk dunia politik tanah air kita.

Dalam pada itu, penulis menyeru semua rakyat Malaysia usahlah membuat spekulasi mengenai kematian Bekas ADUN ini dan biarkan Polis menyiasatnya dan tunggulah laporan daripada pihak Polis mengenainya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, August 3, 2010

Isu Kerusi MB, Salah Strategi atau Tersilap Percaturan

Present-day coat of arms of PenangImage via Wikipedia


Kerusi MB, Salah Strategi atau Tersilap Percaturan?
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini berlaku pertelingkahan di antara Pegawai Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang 'Ultra Kiasu'. Pertelingkahan itu melibatkan Pegawai SDO Pulau Pinang iaitu Nik Ali dengan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Tuan Lim Guan Eng.

Paling mengejutkan bahawa pertelingkahan itu berlaku hanya disebabkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak disediakan semasa satu acara yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri.

Walaupun kesilapan itu boleh dikatakan agak remeh, tapi ia telah mengundang kemarahan kepada Ketua Menteri yang kononya ingin melaksanakan sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz. Hanya kerana kerusi pun dah nak melenting. Mungkin masa dia kecil dulu sering berebut kerusi kot.

Maklumat terbaru yang penulis terima berkenaan tersebut ialah Kerusi yang di dakwa tiada oleh Lim Guan Eng sebenarnya ada seperti mana yang dilaporkan oleh Blog M.I.M.

Sementara itu, tersebar di dalam laman web youtube memaparkan video LGE di dalam sidang medianya yang menyifatkan atau menuduh Nik Ali sebagai Lidah Biawak. Seperti mana yang dimuatkan di dalam video ini.

Persoalanya di sini, kenapa sebelum ini LGE mendakwa bahawa tiada kerusi MB disediakan untuk majlis tersebut sedangkan mengikut maklumat yang penulis terima kerusi itu sebenarnya ada dan wujud.

Adakah ini salah satu sandiwara politik beliau, ataupun beliau cuba merancang untuk melakukkan sesuatu? Hanya beliau sahaja yang ada jawapanya.

Dalam pada itu, selepas gagal dengan isu Kerusi Untuk Ketua Menteri, kini LGE tampil dengan percubaan baru untuk menyerang Nik Ali SDO sepertimana laporan blog ini.

Mengapakah sejak-sejak akhir ini berlaku banyak kejadian-kejadian yang pelik terutamanya yang melibatkan LGE, adakah DAP sudah benar-benar terdesak sehingga terpaksa mengada-adakan isu yang sepatutnya tiada.

Mungkin PRU akan datang kita akan dapat jawapanya. Fikir-Fikir dan Renung-Renungkanlah.

SGMM: Malang bagi Pulau Pinang kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang kuat menipu, adakah masih mahu lagi anda terus ditipu oleh Ketua Menter berkaca mata ini.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, August 2, 2010

Polis Kembali Jahat ?

Coats of arms of MalaysiaImage via Wikipedia

Polis Kembali Jahat ?
Oleh: yieMEGA

PENULIS pada artikel kali ini memilih untuk mengulas artikel blog Merah Tinta MSO yang bertajuk "Polis Kembali Jahat". Persoalannya di sini, adakah Polis benar-benar kembali jahat? Penulis akan cuba mengulas perkara ini agar ianya tidak terlalu bias.

Dalam pada itu, blogger Keris Putera di dalam artikel blognya yang bertajuk "Kata Dua kepada Datuk H-2-O ". Dalam artikel tersebut Keris Putera telah mengatakan bahawa program Gelombang SSDE atau Selamatkan Selangor Darul Ehsan telah diggangu Polis, di mana Polis telah mengarahkan program itu dihentikan walaupun waktu itu baru pukul 11.30 malam, di mana kebiasaanya ia sepatutnya tamat pada pukul 12:00 tengah malam.

Kepada pembaca yang tidak tahu, Gelombang SSDE ini anjuran UMNO dan mempunyai permit tetapi ia tetap diganggu oleh Polis. Mungkin kita dapat lihat, polis adil dalam kes ini, namun bagi penulis ini semua berlaku bukan kerana silap Polis dan bukan juga silap Perdana Menteri tetapi ia lebih kepada silap Menteri Dalam Negeri itu sendiri.

Siapakah Datuk H-2-O? Datuk H-2-O adalah nama gelaran yang diberikan kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein iaitu Menteri Dalam Negeri. Dengan kata lain ia adalah kegagalan Menteri Dalam Negeri bertindak, boleh juga dikatakan seorang Menteri yang suka memberi amaran tanpa tindakan.

MSO boleh mendapatkan maklumat kenapa Polis Kembali Jahat sepertimana yang di dakwa oleh beliau dengan Datuk H-2-O kerana beliaulah yang lebih berhak mengeluarkan Amaran eh silap Arahan untuk sesuatu perkara.

Mungkin juga Datuk H-2-O tak sesuai dengan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah lebih sesuai jawatan Menteri Amaran Dalam Negeri diberikan kepadanya selaras dengan banyak amaran-amaran yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

Izinkan penulis mencelah sedikit, kalau program yang ada permit polis ada kaitan dengan UMNO pun boleh diganggu Polis, apa lagi kalau yang tak ada permit yang boleh diklasifikasikan sebagai haram.

Mungkin selepas ini, adalah lebih baik setiap pehimpunan yang nak diadakan perlulah mendapat permit dahulu, barulah perkara seumpama ini tidak akan terjadi lagi, kalau terjadi pun mungkin senasib dengan program Gelombang SSDE tersebut.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Pengumuman:- Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia


Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kepada para pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia kerana sejak dua hari lepas berlaku kesukaran untuk mengakses blog ini yang menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com kerana berlaku beberapa masalah teknikal.

Oleh yang demikian, penulis mengambil keputusan berkuatkuasa mulai hari ini iaitu Isnin 2 Ogos 2010 blog Suara Generasi Muda Malaysia tidak lagi menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com.

Mulai daripada hari ini, blog Suara Generasi Muda kembali menggunakan domain asalnya iaitu http://suaragenerasimuda.blogspot.com/. Sebarang kesulitan yang di alami oleh para pembaca setia blog ini amatlah penulis kesali.

Sebagai makluman kepada para pembaca blog ini, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri blog ini akan menggunakan domain berbayar yang baru. Sekali lagi penulis memohon maaf di atas kesukaran yang di alami.

Walaubagaimanapun artikel-artikel baru akan terus disiarkan di dalam blog ini sebagaimana biasa.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin