Bilangan Pengunjung:

Monday, August 2, 2010

Polis Kembali Jahat ?

Coats of arms of MalaysiaImage via Wikipedia

Polis Kembali Jahat ?
Oleh: yieMEGA

PENULIS pada artikel kali ini memilih untuk mengulas artikel blog Merah Tinta MSO yang bertajuk "Polis Kembali Jahat". Persoalannya di sini, adakah Polis benar-benar kembali jahat? Penulis akan cuba mengulas perkara ini agar ianya tidak terlalu bias.

Dalam pada itu, blogger Keris Putera di dalam artikel blognya yang bertajuk "Kata Dua kepada Datuk H-2-O ". Dalam artikel tersebut Keris Putera telah mengatakan bahawa program Gelombang SSDE atau Selamatkan Selangor Darul Ehsan telah diggangu Polis, di mana Polis telah mengarahkan program itu dihentikan walaupun waktu itu baru pukul 11.30 malam, di mana kebiasaanya ia sepatutnya tamat pada pukul 12:00 tengah malam.

Kepada pembaca yang tidak tahu, Gelombang SSDE ini anjuran UMNO dan mempunyai permit tetapi ia tetap diganggu oleh Polis. Mungkin kita dapat lihat, polis adil dalam kes ini, namun bagi penulis ini semua berlaku bukan kerana silap Polis dan bukan juga silap Perdana Menteri tetapi ia lebih kepada silap Menteri Dalam Negeri itu sendiri.

Siapakah Datuk H-2-O? Datuk H-2-O adalah nama gelaran yang diberikan kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein iaitu Menteri Dalam Negeri. Dengan kata lain ia adalah kegagalan Menteri Dalam Negeri bertindak, boleh juga dikatakan seorang Menteri yang suka memberi amaran tanpa tindakan.

MSO boleh mendapatkan maklumat kenapa Polis Kembali Jahat sepertimana yang di dakwa oleh beliau dengan Datuk H-2-O kerana beliaulah yang lebih berhak mengeluarkan Amaran eh silap Arahan untuk sesuatu perkara.

Mungkin juga Datuk H-2-O tak sesuai dengan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah lebih sesuai jawatan Menteri Amaran Dalam Negeri diberikan kepadanya selaras dengan banyak amaran-amaran yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

Izinkan penulis mencelah sedikit, kalau program yang ada permit polis ada kaitan dengan UMNO pun boleh diganggu Polis, apa lagi kalau yang tak ada permit yang boleh diklasifikasikan sebagai haram.

Mungkin selepas ini, adalah lebih baik setiap pehimpunan yang nak diadakan perlulah mendapat permit dahulu, barulah perkara seumpama ini tidak akan terjadi lagi, kalau terjadi pun mungkin senasib dengan program Gelombang SSDE tersebut.


Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin