Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 24, 2010

Jangan Bermain Dengan Najis



Jangan Bermain Dengan Najis
Oleh: yieMEGA

MENJIJIKAN mungkin itulah yang boleh penulis gambarkan mengenai satu insiden yang berlaku di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia. Insiden tersebut sepatutnya tidak berlaku di negara yang bertamadun.

Kejadian Kedutaan Malaysia di Indonesia dilempar najis merupakan satu insiden yang amat memalukan. Setahu penulis ada dua jenis orang sahaja yang suka main dengan najis pertama sekali kanak-kanak dan keduanya adalah orang kurang siuman. Namun, dewasa ini sudah jarang kita kendengaran kanak-kanak yang bermain najis, cuma kalau yang ada lagi pun orang kurang siuman dalam bahasa sopan atau orang gila dalam bahasa kurang ajar.

Penulis percaya insiden ini tidak berlaku sekiranya ianya tidak dimain dan di spin oleh media-media Indonesia yang terlalu gilakan rating. Bukan pertama kali media Indonesia cuba membuat manipulasi isu berkenaan isu yang ada kaitan dengan Malaysia dengan Indonesia. Sudah banyak kali, kalau ya pun ingin mengejar rating tidak ada ke cara lain yang lebih hikmah berbanding melaga-lagakan rakyat Indonesia dengan Malaysia.

Penulis merasa sungguh kecewa melihat semasa kita di ambang menyambut kemerdekaan kita, kita terpaksa menyaksikan bendera yang menjadi kebanggaan kita iaitu Jalur Gemilang dipijak-pijak oleh rakyat negara lain, sedangkan Jalur Gemilang merupakan maruah negara kita.

Ugutan untuk mengusir keluar rakyat Malaysia di Indonesia merupakan satu ugutan daripada bangsa yang tak bertamadun. Penulis pun hairan juga kenapa kita di dalam rumpun yang sama perlu bergaduh sesama sendiri, dari dulu hingga sekarang.

Rakyat Indonesia perlu ingat di dalam mereka nak mengusir rakyat Malaysia di Indonesia, mereka perlu sedar jutaan rakyat Indonesia yang giat mencari rezeki di Malaysia, perbuatan mereka itu seolah-olah ingin melempar pasir ke dalam periuk rakan senegara mereka di Malaysia.

Insiden yang tak bertamadun tersebut mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak termasuk dari Pemuda UMNO, Penulis blog Merah Tinta MSO, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan bermacam-macam lagi pihak yang turut memberi reaksi terhadap insiden tersebut.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Blog Widget by LinkWithin